KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar, penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar global yang terkemuka, telahpun menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan GSPARX Sdn. Bhd, Malaysia (GSPARX, Malaysia) subsidiari milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), untuk saling bekerjasama membangunkan sektor tenaga mampan yang teguh di Malaysia.
Melalui MoU itu, GSPARX, Malaysia dan Trina Solar bersetuju untuk menubuhkan jawatankuasa kerja yang akan membantu memacu inisiatif kelestarian dan menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu di negara ini. Selain itu, pihak-pihak tersebut bersetuju untuk menjalankan pemasaran bersama dan berusaha secara kolaboratif untuk meninjau dan membuka peluang perniagaan baharu, agar dapat membangunkan pasaran fotovolta solar Malaysia.
Elva Wang, Ketua Asia Tenggara di Trina Solar berkata: "Kami telah menjalin hubungan yang lama dengan GSPARX, Malaysia sebagai pembekal modul solarnya untuk perniagaan solar bumbung di Malaysia sejak tahun 2019. Perjanjian ini mengukuhkan dan meluaskan lagi hubungan kami pada peringkat strategik dan kerja. Kami memfokuskan untuk menjamin peluang perniagaan untuk sistem bumbung, terapung dan dipasang di atas tanah, demi manfaat bersama kami dan membantu Malaysia melangkah ke arah masa depan sifar-bersih hijau."
"Di bawah MoU ini, Trina Solar akan berkongsi pengetahuan antarabangsa dan kepakaran teknikalnya dengan GSPARX, Malaysia berhubung penyelesaian grid pintar, sistem storan tenaga, dsb. Kerjasama ini akan membolehkan GSPARX, Malaysia mengukuhkan keupayaan dalaman teknikalnya dan membantu, umpamanya, mengemudi cabaran teknikal dalam projek-projek bumbung solar," tambah Wang.
Majlis Pertukaran MOU berlangsung di Kuala Lumpur dan disaksikan oleh:
The MOU was exchanged by Elmie Fairul Mahsuri, Managing Director of GSPARX, Malaysia and Elva Wang, Head of Southeast Asia at Trina Solar.
Latar Belakang GSPARX
GSPARX Sdn. Bhd. (www.gsparx.com) ialah subsidiari milik penuh Tenaga Nasional Berhad yang menawarkan penyelesaian PV solar bumbung kepada pelanggan runcit. Ditubuhkan pada Januari 2018, ketika ini, GSPARX memiliki jumlah portfolio kasar 298 MW di Semenanjung Malaysia yang merangkumi sistem PV solar bumbung dan sistem PV solar terapung. Dengan visi untuk mencapai emisi karbon sifar bersih TNB menjelang tahun 2050, GSPARX sebagai entiti khas TNB, komited untuk menyediakan penyelesaian solar bumbung dengan modal sifar kepada pelanggan. (Tertakluk kepada terma & syarat)
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.gsparx.com
Latar Belakang Trina Solar
Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar ialah penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar yang terkemuka di dunia. Syarikat ini terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan penjualan produk PV; pembangunan projek PV, EPC, O&M; pembangunan dan penjualan sistem pelengkap mikro-grid pintar dan berbilang-tenaga serta operasi platform-awan tenaga. Pada tahun 2018, Trina Solar melancarkan jenama Energy IoT, menubuhkan Perikatan Pembangunan Perindustrian IoT Tenaga Trina bersama-sama perusahaan-perusahaan terkemuka dan institut-institut penyelidikan di China dan seluruh dunia serta menubuhkan Pusat Inovasi Perindustrian IoT Tenaga Baharu. Melalui tindakan ini, Trina Solar komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya bagi membina ekosistem IoT tenaga dan membangunkan platform inovasi bagi meneroka IoT Tenaga Baharu ketika ia berusaha untuk menjadi peneraju dalam tenaga pintar global. Pada Jun 2020, Trina Solar disenaraikan pada STAR Market dalam Bursa Saham Shanghai.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.trinasolar.com