Peneraju E-Dagang Menerbitkan Buku Ketengahkan Penjual Cemerlang di Setiap Negeri
KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Shopee Malaysia melancarkan buku panduan berjudul Shopee Rai Lokal - Terokai Kejayaan Anak Tempatan yang mengetengahkan penjual tempatan dengan prestasi cemerlang di setiap negeri dan Wilayah Persekutuan.
Kenneth Soh, Head of Marketing Shopee Malaysia and the PR team with the Shopee Spotlights Local Book
Buku ini adalah yang pertama seumpamanya diterbitkan di Malaysia dan bertujuan menyeru rakyat membeli dari penjual e-dagang tempatan bagi memelihara warisan negara, memupuk bakat tempatan serta memacu ekonomi secara mampan dan berketerangkuman.
Shopee Rai Lokal memberi peluang kepada penjual tempatan untuk bersuara bagi berdepan halangan dalam talian. Buku ini mengetengahkan penjual Shopee di setiap negeri dengan prestasi cemerlang dari segi populariti, kedai terbesar, produk hijau, pengeksport, strim langsung, dan juga perniagaan milik wanita. Ini menandakan Shopee berazam memperkasakan rakyat untuk mengutamakan dan membeli produk buatan tempatan dari komuniti yang memerlukan.
Buku ini turut mengandungi kisah dan testimonial penjual yang menggunakan kejayaan mereka untuk membantu komuniti setempat. Selain itu, buku berkenaan menyertakan 'tips' membeli-belah dengan selamat di Shopee, penerangan tentang Shopee Guarantee, mengenalpasti penjual bertanggungjawab dan Polisi Keaslian 100%.
Orang awam boleh mula membaca buku ini di laman web Shopee Malaysia PR Newsroom pada Hari Merdeka, iaitu 31 Ogos ini. Shopee juga akan mengedarkan sebanyak 15,000 salinan buku ini kepada pelanggan menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.
Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh berkata, perniagaan tempatan adalah nadi ekonomi tempatan dan tulang belakang komuniti kita. "Apabila anda membeli dari kedai tempatan dalam talian, anda menyokong produk buatan Malaysia dari komuniti yang memerlukan. Kami gembira perniagaan dalam talian dikendalikan penjual tempatan menerima sokongan kuat rakyat. Kami berkomited untuk terus bekerjasama dan menyokong perniagaan e-dagang mereka," katanya.
Muat turun Shopee Rai Lokal - Terokai Kejayaan Anak Tempatan di pautan ini sekarang! https://sites.google.com/shopee.com/prnewsroom/home