omniture

Asia Pasifik Rantau Paling Bertenaga bagi Jualan Runcit Pelancongan dan Bebas Cukai

TFWA
2014-06-05 22:13 215

LONDON, 5 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Komuniti jualan runcit pelancongan & bebas cukai telah berhimpun di Pusat Konvensyen & Ekspo Marina Bay Sands, Singapura pada bulan lalu bersempena sidang kemuncak serantau tahunan mereka iaitu acara amat berjaya yang memperlihatkan kekuatan industri tersebut di rantau ini.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/mnr/65003-asian-duty-free-travel-retail-industry-booming

Para pembeli, tuan tanah, ejen serta pengedar yang berkhidmat di lapangan terbang, syarikat penerbangan, feri, pelayaran dan juga kedai bebas cukai di pusat bandar di seluruh rantau ini, telah berkumpul di Pameran & Persidangan Asia Pasifik TFWA yang bermula pada 11 hingga 15 Mei untuk mengemas kini tentang arah aliran industri dan menjalankan perniagaan bersama lebih 260 syarikat berprestij yang terlibat dengan pameran.

Suasana sepanjang minggu itu adalah bermatlamat dan mempunyai fokus, suasana yang memperlihatkan kemajuan yang bersungguh-sungguh bagi perniagaan serantau sepanjang tahun lalu.

Angka sementara yang dikeluarkan oleh Generation AB menunjukkan jualan runcit pelancongan dan bebas cukai peringkat global pada tahun 2013 telah mencecah AS$60 bilion. Rantau Asia Pasifik telah menyumbang sebanyak AS$22.3 bilion iaitu 37 peratus daripada jumlah keseluruhannya, meningkat 12 peratus berbanding tahun 2012 yang mendahului arah aliran global iaitu +7.5 peratus. Pada tahun 1995, ketika Pameran & Persidangan Asia Pasifik TFWA yang pertama telah diadakan, saham di rantau tersebut adalah 30.5 peratus; dijangka mencapai 45 peratus pada dekad akan datang.

Menariknya, daripada segi pertumbuhan, kedai bebas cukai di pusat bandar menyumbang pertumbuhan tertinggi bagi jualan tahun demi tahun di rantau tersebut, berbanding kebanyakan rantau lain yang mempunyai kedai di lapangan terbang sebagai penyumbang utama.

Acara TFWA berjaya memecahkan rekod sekali lagi bagi ruang pameran, jumlah pengunjung dan pempamer, prestasi yang cemerlang sebagai bukti kedinamikan industri jualan runcit pelancongan & bebas cukai di Asia Pasifik.

Sejumlah 2,683 pengunjung, meningkat sebanyak 9.4 peratus berbanding tahun lalu, telah mengunjungi acara tersebut, yang terdiri daripada 1,022 syarikat (+1.8 peratus). Daripada jumlah tersebut, 982 merupakan tuan tanah dan pengendali (pembeli utama) jualan runcit pelancongan & bebas cukai, meningkat +8.7 peratus berbanding tahun 2013, dengan 255 syarikat (+6.2 peratus).

Maklumat lanjut tentang kesemua acara TFWA boleh didapati di http://www.tfwa.com.

Video: http://www.multivu.com/mnr/65003-asian-duty-free-travel-retail-industry-booming

Sumber: TFWA

Source: TFWA
Keywords: Retail Travel Economic news, trends, analysis