omniture

Mindray Perkenal Penaiktarafan Inovatif kepada Sistem Anestesia Siri A untuk Keselamatan dan Kecekapan Pesakit yang Dipertingkat

Mindray
2023-08-30 16:42 6

SHENZHEN, China, 30 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Mindray (SZSE: 300760), peneraju global dalam menyediakan penyelesaian peranti perubatan termaju, mendedahkan penaiktarafan kepada sistem anestesia A7 dan A5 di bawah A Series Anaesthesia. Peningkatan ini menggabungkan teknologi inovatif yang memperkasa pakar bius untuk menyampaikan anestesia yang tepat, menjurus kepada keselamatan dan kecekapan pesakit yang lebih tinggi sepanjang tempoh perioperatif.

integrated solution for combined intravenous-inhalational anesthesia (CIVIA)
integrated solution for combined intravenous-inhalational anesthesia (CIVIA)

"Permintaan terhadap praktis anestesia yang lebih pelbagai dan berkualiti lebih tinggi semakin meningkat. Sebagai tindak balas kepada keperluan ini, Mindray membangunkan sistem anestesia A7 dan A5, menyediakan penyelesaian bersepadu untuk penyampaian anestesia yang tepat dan selamat kepada pesakit dengan pelbagai keadaan dan memperkemas pengurusan untuk pakar bius," kata Mark Sun, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran Antarabangsa, Pemantauan Pesakit dan Sokongan Hayat, Mindray.

AnaeSight™ ialah penyelesaian bersepadu perintis Mindray untuk anestesia intravena-inhalasi tergabung. Dengan menghubungkan mesin, monitor pesakit dan pam, ia membolehkan kawalan terpusat ke atas anestesia intravena-inhalasi. Ini membolehkan pakar bius mengurus anestetik dengan mudah dan memantau tanda vital pesakit daripada pelbagai peranti melalui satu antara muka mesra pengguna, memastikan penilaian komprehensif status pesakit dan memperkemas pengurusan anestesia. Di samping itu, penunjuk eMAC™ bagi AnaeSight™ mengukur gabungan kesan ubat daripada pelbagai anestetik, membantu dalam pemberian ubat untuk membantu pakar bius membuat keputusan bermaklumat. Kawalan terpusat, penilaian bersepadu dan kesan ubat tergabung kesemuanya berfungsi bersama untuk mengurangkan beban kerja dengan berkesan, meminimumkan risiko kesilapan manusia, meningkatkan kualiti anestesia serta meningkatkan keselamatan pesakit.

Mesin yang dibina khas untuk membantu pakar bius menyediakan pengurusan pengudaraan yang optimum, A7 dan A5 Mindray menawarkan kedua-dua pilihan anestesia diintubasi dan tidak diintubasi bagi memenuhi keperluan semua pesakit. Selain daripada Kanula Nasal Aliran Tinggi (HFNC) yang ditemui dalam mesin anestesia siri-A yang lain, sistem ini menggabungkan HFJV untuk pengudaraan jet, berharga terutamanya dalam pembedahan di mana saluran udara dikongsi atau apabila berhadapan dengan kes saluran udara yang mencabar. Penggunaan pengudaraan jet dapat meningkatkan keselamatan pesakit dengan mengekalkan tahap pengoksigenan dan mewujudkan persekitaran pembedahan yang lebih baik.

Alat perekrutan paru-paru dan parameter pemantauan dimasukkan ke dalam sistem bagi memastikan penjagaan yang tepat sepanjang pemberian anestesia dan mengurangkan risiko kecederaan paru-paru perioperatif dan meningkatkan hasil pesakit.

Sistem ini meningkatkan ketersambungan dan kecekapan dengan menawarkan gambaran keseluruhan status pesakit dalam setiap bilik bedah, memberi akses mudah kepada pakar bius bagi kemas kini masa sebenar mengenai status tanda vital pesakit. Tambahan pula, status operasi peranti mudah diakses, bagi memastikan penyelenggaraan yang betul untuk prosedur klinikal.

Source: Mindray
Related Stocks:
Shenzhen:300760
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services