omniture

QNAP Perkenal NAS AI berasaskan-ARM - TS-AI642 dengan 6 TOPS NPU, Percepatkan Pengecaman Imej AI dan Aplikasi Pengawasan Pintar

QNAP Systems, Inc.
2023-08-30 19:00 44

Membina NAS Pengawasan berkuasa-AI berprestasi tinggi dengan pemproses 8-teras ARM cekap-kuasa

TAIPEI, 30 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- QNAP® Systems, Inc., penginovasi penyelesaian pengkomputeran, rangkaian dan storan yang terkemuka, hari ini mendedahkan AI NAS TS-AI642 generasi baharu. Dengan mengguna pakai pemproses 8-teras ARM dengan 6 TOPS NPU, the TS-AI642 sangat sesuai untuk pengecaman imej AI dan aplikasi pengawasan pintar. Mencapai kedua-dua prestasi tinggi dan kecekapan-kuasa dengan sambungan 2.5GbE, kebolehkembangan 10GbE melalui PCIe dan dwi output HDMI 4K, TS-AI642 memenuhi permintaan storan imej, sandaran dan pengawasan video PKS.

QNAP's TS-AI642, the 8-core ARM-based AI NAS with 6 TOPS performance NPU, is perfect for AI image recognition and smart surveillance applications - providing entry-level,power-efficient AI image storage and Surveillance NAS for SMBs.
QNAP's TS-AI642, the 8-core ARM-based AI NAS with 6 TOPS performance NPU, is perfect for AI image recognition and smart surveillance applications - providing entry-level,power-efficient AI image storage and Surveillance NAS for SMBs.

"Menurut firma-firma media teknologi dan teknologi global profesional, tahun 2023 merupakan tahun AI Pinggir. Kajian menunjukkan bahawa syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi memanfaatkan penyelesaian AI Pinggir yang lebih cekap dan mesra belanjawan ekoran ketidaktentuan pasaran dan ekonomi," kata Jerry Deng, Pengurus Produk QNAP. "QNAP TS-AI642 ialah NAS AI berasaskan ARM pertama dalam pasaran. Menggabungkan NPU untuk meningkatkan prestasi pengecaman imej AI dengan reka bentuk kuasa yang rendah. TS-AI642 ialah NAS storan imej AI dan Pengawasan berasaskan ARM aras-permulaan dengan kos yang dioptimumkan untuk PKS."

TS-AI642 mengguna pakai Cortex-A76 ARM 64-bit dan pemproses 8-teras Cortex-A55 dengan 6 TOPS NPU. Ini dapat membantu mempercepatkan pengecaman imej AI, analisis video pengawasan dan aplikasi pengawasan pintar. Pengguna boleh mencapai 200% peningkatan prestasi pada pengecaman imej AI dalam pengurusan foto QuMagie*, peningkatan prestasi yang ketara dalam merakam teks pada imej dengan AI OCR melalui enjin gelintar teks-penuh Qsirch dan peningkatan kamera untuk analitis masa sebenar bagi pengecaman wajah QVR Face Insight serta penyelesaian pengiraan orang QVR Human. TS-AI642 ialah NAS Pengawasan profesional, membolehkan anda memasang QVR Elite untuk menggunakan 2 saluran percuma atau sehingga 64 saluran dengan membeli lesen tambahan. Dengan HDMI dwi-port, pengguna boleh bermain dan bertukar-tukar antara video berbilang saluran pada dua monitor.

TS-AI642 mempunyai satu port 2.5GbE dan menyokong sambungan 10GbE melalui pengembangan PCIe; ia juga boleh diskala dengan menghubungkan unit pengembangan storan QNAP untuk kapasiti storan sehingga ratusan terabait. Menyediakan penyelesaian sandaran/pemulihan semua-dalam-satu dengan perkhidmatan berasaskan awan serba guna untuk penggunaan awan hibrid yang ringkas, TS-AI642 turut menyokong syot kilat bagi melindungi fail daripada ancaman perisian tebusan.

Untuk maklumat lanjut dan untuk melihat barisan penuh QNAP NAS, sila kunjungi www.qnap.com.

*Nota: Dengan membandingkan NAS 6-ruang petak gred-sama.

Source: QNAP Systems, Inc.
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications New products/services Artificial Intelligence