omniture

CGTN: "The Art Beat" Musim II - Lapan Artis Tawarkan Perspektif Baharu kepada Kisah China

CGTN
2023-08-31 02:11 40

BEIJING, 31 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- The Art Beat Musim II ditayangkan buat julung kalinya di televisyen CGTN dan pelbagai platform media sosial pada 21 Ogos. Setiap satu daripada lapan episodnya memfokuskan kepada kehidupan dan karya artis Cina kontemporari terkemuka yang berbeza. Diterbitkan dalam pelbagai bahasa, ia menggambarkan bagaimana seni mereka menceritakan kisah China dari perspektif budaya.

Melalui penelitian terhadap falsafah peribadi mereka serta lukisan, persembahan dan penulisan asli mereka, siri tersebut mendedahkan bagaimana, didorong oleh inspirasi dan kekuatan yang mereka perolehi daripada tradisi Cina, setiap artis menerima inovasi dan membawa bentuk seni pilihannya ke dalam bidang penerokaan baharu.

Artis terkenal Wu Yueshi percaya bahawa intipati lukisan Cina terdapat dalam aspek spiritual keseluruhannya. Hanya melalui pemupukan mendalam, maka dapatlah menguasai kehalusan ekspresi dan memperoleh pemahaman secara beransur-ansur tentang bidang seni Cina yang mendalam dan luas.

"Baca, kemudian lukis" merupakan moto Liu Wanming, seorang artis yang komited untuk menggambarkan sifat semula jadi semangat lukisan tradisional Cina. Minat beliau terhadap membaca, katanya, membolehkan beliau membawa dimensi tambahan pesona purba kepada lukisan beliau bagi pemandangan kampung halaman beliau.

Sebagai seorang artis yang sentiasa mencari inovasi, Shi Qi mencadangkan konsep "Tiga Bentuk dalam Satu". Keduaan antara perwakilan dan pengabstrakan, kata beliau, tidak lengkap. Sebaliknya, trio perwakilan, impresi dan pengabstrakan menawarkan gambaran yang lebih penuh, mentakrifkan baik kehidupan mahupun ciptaan artistik.

"Seni merupakan gaya hidup yang membuatkan saya berasa gembira," kata He Jialin, seorang ahli seni lukis dengan pelbagai minat artistik. Beliau percaya dalam memupuk semangat patriotisme melalui karya beliau dan mempromosikan budaya tradisional Cina. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beliau mengunjungi banyak kampung purba di China, berazam untuk mengekalkan warisan budaya masyarakat ini yang semakin lenyap.

Kerjaya penari balet Feng Ying ditakrifkan oleh usaha mengejar kecemerlangan tanpa henti dan ekspresi artistik. Gigih dan sangat berani, beliau telah menangani pelbagai kesukaran dan mendaki ke puncak tertinggi profesion beliau. Hari ini, sebagai pengarah National Ballet of China, beliau tetap komited seperti sebelum ini kepada seni beliau.

"Penonton harus terpaku di tempat duduk mereka, mendengar dengan penuh teliti kepada setiap patah perkataan anda," kata artis pingshu Tian Lianyuan. Di atas pentas, beliau hanya menggunakan tiga objek harian sebagai prop untuk menceritakan kisah beliau – kipas, bongkah kayu dan sapu tangan. Namun begitu, beliau berjaya menjelmakan "sebuah kisah kehidupan, drama bersejarah" yang melaluinya penonton menjadi asyik dalam sejarah selama beribu-ribu tahun dan landskap luas yang dihuni oleh watak-watak yang jelas.

Sebagai penerima paling muda Mao Dun Literature Prize, Alai berkata beliau ditakdirkan untuk menulis. Sebagai seorang penulis, beliau membangkitkan dengan teliti detik-detik keterujaan, kekeliruan dan kesakitan tanpa pernah hilang gaya renungan beliau. "Manusia adalah titik permulaan mahupun destinasi," kata beliau.

"Menggunakan coret luas dan bongkah dakwat besar bagi membawakan kesan tiga dimensi kepada kertas," telah menjadi pendekatan pentakrif Zhou Jingxin. Pada tahun 1995, beliau memperkenalkan buat julung kalinya satu siri lukisan yang memperkenalkan gaya serba baharu: "Ink Sculpture" ("Arca Dakwat"). Beliau benar-benar percaya bahawa lukisan tradisional Cina konsisten dengan konsep tiga dimensi.

 

Source: CGTN
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services