omniture

Ruijie Networks, Peneraju Industri ICT, Lancar Perkhidmatan OEM dan ODM di Malaysia untuk Menyumbang kepada Pembangunan Ekonomi Digital

Ruijie Networks
2023-08-31 08:00 13

BEIJING, 31 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Ruijie Networks, peneraju industri ICT, melancarkan perkhidmatan OEM dan ODM untuk produk rangkaian ICT di Malaysia baru-baru ini, meliputi produk tanpa wayar, peranti rangkaian kampus dan suis pusat data. Memanfaatkan kelebihan rantaian bekalannya dan keupayaan pembuatan termaju, Ruijie dapat menawarkan perkhidmatan OEM&ODM yang fleksibel dan berkualiti tinggi yang disesuaikan untuk memenuhi kehendak pelanggan, seterusnya membantu perusahaan Malaysia mengintegrasikan sumber dan meningkatkan faedah perniagaan bagi membantu mempercepatkan transformasi digital.

Sebagai pembekal yang terkemuka dalam industri ICT, Ruijie menawarkan perkhidmatan kepada lebih 60 negara dan wilayah di seluruh dunia, dengan perkhidmatan OEM&ODM tersedia di 11 negara.

Perkhidmatan OEM&ODM yang dilancarkan di Malaysia termasuk perkhidmatan ODM Standard, perkhidmatan ODM berasaskan penyelesaian dan perkhidmatan JDM. Ruijie menubuhkan pasukan tempatan untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan berkelajuan tinggi kepada pelanggan tempatan. Perusahaan amat menghargai keupayaan pengeluaran berautonomi, proses pembuatan termaju dan keupayaan bekalan komponen teras perkhidmatan OEM&ODM. Dengan 23 barisan pengeluaran berautonomi, Ruijie berada di barisan hadapan industri ini dari segi keupayaan pemasangan cip utama dan proses pembuatan penyambung penting. Sementara itu, Ruijie menjalin kolaborasi yang mendalam dan ekstensif bersama pembekal-pembekal terkemuka bagi menjamin bekalan produk serta pembangunan bersama dan inovasi komponen teras (cip, peranti storan, penyambung dan kipas).

Mengapa Perniagaan OEM&ODM Ruijie

  • 56000m2 Pengeluar dengan 23 Barisan produk
  • Kerjasama mendalam dan ekstensif bersama pembekal yang utama dalam industri
  • Sistem pengurusan kualiti unggul: sistem pengurusan & sijil produk

Maklumat lanjut: https://www.ruijienetworks.com/solutions/odmoem

Adam Tang, Ketua perniagaan OEM&ODM Ruijie, menyatakan, Malaysia sedang dalam proses untuk menjadi sebuah negara digital dan perkhidmatan ICT memainkan peranan penting. Ruijie menembusi pasaran Malaysia untuk menyediakan pilihan baharu model perniagaan yang dapat mengoptimumkan peruntukan sumber serta mencapai faedah bersama dan juga hasil yang saling menguntungkan kepada rakan-rakan kongsi industri.

Menggunakan perkhidmatan OEM&ODM yang disediakan oleh Ruijie di Malaysia, perusahaan akan berpeluang untuk mendapat manfaat daripada teknologi canggih mereka dan proses pengeluaran yang cekap. Langkah yang strategik ini dijangka dapat mendorong inovasi dan kerjasama dalam bidang ICT Malaysia, lalu membolehkan perusahaan meraih pencapaian operasi yang lebih tinggi serta daya saing dalam pasaran global.

Latar Belakang Ruijie

Ruijie Networks, penyedia infrastruktur ICT dan penyelesaian industri terkemuka, menumpukan perhatian terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D), reka bentuk dan jualan peranti rangkaian serta produk keselamatan rangkaian. Menurut IDC, Ruijie disenaraikan di tempat pertama bagi penghantaran produk Wi-Fi 6 selama 4 tahun berturut-turut dan tempat ketiga dalam pasaran suis eternet China.

https://www.ruijienetworks.com/

OEM@ruijienetworks.com 

Source: Ruijie Networks
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors Telecommunications Wireless Communications New products/services