omniture

ARCTECH SAMBUT ULANG TAHUN KETIGA SEJAK IPO DENGAN VISI GLOBAL

Arctech
2023-08-31 10:08 32

KUNSHAN, China, 31 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Arctech, penyedia penyelesaian penjejakan, pemparaan solar dan BIPV (Fotovolta Bersepadu Bangunan) yang terkemuka di dunia, dengan bangganya menyambut ulang tahun ketiganya sejak disenaraikan secara terbuka pada pasaran STAR gaya-Nasdaq China pada 28 Ogos 2020. Pencapaian penting ini menunjukkan pertumbuhan luar biasa Arctech dan mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam industri tenaga boleh baharu.

 

Sejak IPOnya, Arctech mengalami kejayaan luar biasa, membekalkan lebih 50GW sistem penjejakan dan pemparaan solar kepada hampir 1,500 loji PV (Fotovolta) merentas 40 negara. Penyelesaian termaju daripada syarikat ini menyumbang kepada pengembangan penjanaan tenaga bersih dan lestari di seluruh dunia, lalu memberi impak yang besar ke atas perjuangan memerangi perubahan iklim.

Dedikasi Arctech kepada inovasi, kecemerlangan teknologi dan kepuasan pelanggan memainkan peranan penting dalam pencapaiannya. Dengan tenaga kerja yang pelbagai dengan lebih 1,300 pekerja mahir, syarikat ini mewujudkan kehadiran global yang kukuh. Pejabat-pejabat tempatan Arctech terletak secara strategik dalam pasaran-pasaran penting seperti China, Jepun, India, Amerika Syarikat, Sepanyol, Australia, Emiriah Arab Bersatu, Mexico, Chile, Brazil, Vietnam, Colombia dan Argentina, antara lain. Operasi setempat ini membolehkan Arctech memberi sokongan diperibadikan, mengekalkan hubungan kukuh dengan pelanggan serta memastikan pelaksanaan projek yang lancar.

"Mencapai kejayaan penting ini merupakan bukti dedikasi tidak berbelah bahagi Arctech untuk merevolusikan landskap tenaga boleh baharu," kata En. Cai Hao, Presiden Arctech. "Sejak penyenaraian kami pada pasaran STAR, kami mengalami pertumbuhan yang luar biasa dan memberi sumbangan penting kepada industri solar global. Kami berterima kasih kepada pelanggan, rakan kongsi dan pekerja kami atas sokongan dan kepercayaan mereka yang tidak berbelah bahagi terhadap keupayaan kami."

Sistem penjejakan dan pemparaan solar Arctech (SkyLine, SkySmart dan SkyWings Series) diiktiraf atas reka bentuk, kekukuhan dan keandalannya yang unggul, membolehkan penjanaan tenaga yang optimum dan kecekapan yang dipertingkat untuk loji janakuasa solar.

Strategi penyetempatan Arctech merangkumi semua aspek operasinya, bermula daripada pembuatan hingga sokongan selepas jualan. Dengan mengutamakan pemahaman pasaran tempatan, kolaborasi dan kepuasan pelanggan, Arctech menyasarkan untuk mengukuhkan kehadiran globalnya sekali gus menyampaikan penyelesaian penjejakan, pemparaan solar dan BIPV dioptimumkan yang memenuhi keperluan unik pelanggan di wilayah-wilayah berbeza. Syarikat ini juga telahpun memperdalam strategi penyetempatannya dalam seluruh kitaran hayat produk, bermula daripada pembuatan hingga sokongan selepas jualan. Syarikat ini mengakui kepentingan untuk memahami dan memenuhi keperluan tertentu pasaran tempatan dan pelanggan bagi menyediakan tahap perkhidmatan dan sokongan tertinggi.

Selaras dengan strategi ini, Arctech menubuhkan kemudahan pembuatan secara strategik di wilayah-wilayah penting, termasuk China, India dan merancang ke hadapan di wilayah-wilayah lain di dunia. Dengan mengilangkan produk di kawasan setempat, Arctech dapat menjamin pengurusan rantaian bekalan yang cekap, mengurangkan masa penghantaran dan mematuhi peraturan tempatan serta piawaian kualiti. Pendekatan penyetempatan ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi, tetapi turut mengukuhkan gerak balas syarikat ini terhadap keperluan unik pasaran-pasaran berbeza.

Komitmen Arctech terhadap penyetempatan melangkaui pembuatan. Syarikat ini membuat pelaburan penting dalam menubuhkan pusat perkhidmatan tempatan dan jaringan sokongan selepas jualan di pelbagai negara. Pusat-pusat ini dikendalikan oleh pakar-pakar teknikal yang amat terlatih yang memberi perkhidmatan bantuan, penyelenggaraan dan penyelesaian masalah yang segera kepada pelanggan.

Pencapaian luar biasa Arctech dalam tiga tahun ini sebagai sebuah syarikat yang disenaraikan secara terbuka mendapat pengiktirafan antarabangsa. Syarikat ini menerima pelbagai penghargaan industri termasuk "Anugerah Teknologi Inovasi Global 2022" dan anugerah "Jenama PV Solar Terbaik di Dunia" oleh PVBL. Penghargaan ini mengesahkan komitmen Arctech kepada kecemerlangan dan keupayaannya untuk menyampaikan penyelesaian canggih yang memenuhi kehendak industri solar yang berkembang pesat.

 

Source: Arctech
Related Stocks:
Shanghai:688408
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards General Manufacturing