omniture

Kongres Persatuan Kardiologi Eropah: Ubat Cina Tradisional Qili Qiangxin memberikan pengurangan ketara risiko kematian kardiovaskular dan kemasukan semula ke hospital ekoran kegagalan jantung

Yiling Pharmaceutical Co, Ltd.
2023-08-31 14:16 65

AMSTERDAM, 31 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Kajian terkini menunjukkan bahawa penambahan TCM Qili Qiangxin Capsules (dibangunkan dan dihasilkan oleh Yiling Pharmaceutical) kepada standard penjagaan untuk kegagalan jantung dapat memberikan pengurangan ketara risiko kemasukan semula ke hospital ekoran kegagalan jantung yang semakin teruk dan kematian akibat kardiovaskular dalam kalangan pesakit yang mengalami kegagalan jantung kronik.

Pada 26 Ogos, Prof. Xinli Li, seorang pakar bagi penyakit kardiovaskular, mendedahkan keputusan kajian semasa Kongres Persatuan Kardiologi Eropah (ESC), sebuah persidangan akademik global yang terkemuka dalam domain perubatan kardiovaskular, diadakan di Amsterdam, Belanda.

On August 26, local time, Prof. Xinli Li delivered an academic presentation during the Hot Line session at the ESC Congress.
On August 26, local time, Prof. Xinli Li delivered an academic presentation during the Hot Line session at the ESC Congress.

Prof. Xinli Li menyatakan bahawa keputusan daripada percubaan klinikal rawak, dwibuta, dikawal plasebo, berbilang pusat yang melibatkan 3119 orang pesakit yang menghidap kegagalan jantung kronik, dijalankan di 133 hospital di seluruh tanah besar China dan Hong Kong SAR, sepanjang tempoh rawatan selama 12 hingga 36 bulan, mendedahkan bahawa Qili Qiangxin Capsules dapat mengurangkan risiko kejadian titik akhir komposit utama yang melibatkan kemasukan semula ke hospital ekoran kegagalan jantung yang semakin teruk dan kematian akibat kardiovaskular, sebanyak 22%.

Kajian relevan itu diterbitkan dalam jurnal kardiovaskular antarabangsa yang disegani "Journal of the American College of Cardiology" (JACC) pada tahun 2013. Ia diiktiraf oleh JACC sebagai kemuncak pencapaian akademik untuk tahun berkenaan: "Kajian berkenaan mengesahkan keberkesanan andal Qili Qiangxin Capsules serta kesan sinergistiknya apabila digabungkan dengan rawatan perubatan Barat. Ini memberi faedah yang besar kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung."

On August 26, local time, Prof. Carolyn Sp Lam, a Senior Consultant at the National Heart Centre Singapore, delivered a presentation and engaged in a discussion during the Hot Line session at the ESC Congress.
On August 26, local time, Prof. Carolyn Sp Lam, a Senior Consultant at the National Heart Centre Singapore, delivered a presentation and engaged in a discussion during the Hot Line session at the ESC Congress.

Kajian ini diiktiraf sebagai percubaan rawak, dwibuta, dikawal plasebo pertama yang menyasarkan hasil ketara dengan menggunakan ubat tradisional Cina dalam rawatan kegagalan jantung kronik. Semasa Kongres itu, Prof. Carolyn Sp Lam, Perunding Kanan di National Heart Centre Singapore dan NUS Yong Loo Lin School of Medicine serta peserta jemputan dalam perbincangan tersebut, menekankan bahawa kajian ini menawarkan bukti saintifik yang mantap untuk Qili Qiangxin Capsules—rawatan tradisional yang digunakan secara meluas oleh berjuta-juta pesakit kegagalan jantung di China. Bukti tersebut menunjukkan bahawa ubat berkenaaan dapat mengurangkan dengan ketara insiden kejadian kardiovaskular dalam kalangan pesakit yang mengalami kegagalan jantung kronik dan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan kemasukan semula ke hospital ekoran kegagalan jantung yang semakin teruk dan kematian kardiovaskular, kesemuanya sambil mengesahkan lagi profil keselamatan jangka panjangnya. Kajian ini meningkatkan tahap bukti klinikal untuk perubatan tradisional Cina dan menetapkan kayu ukur yang baharu untuk bukti klinikal dalam dunia perubatan tradisional.

Source: Yiling Pharmaceutical Co, Ltd.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries