omniture

Laporan Pandangan Dron DJI Agriculture Baharu Dedahkan Penerimaan Lebih Luas, Teknik Perladangan Canggih dan Penerokaan Amalan Terbaik untuk Petani

DJI
2023-08-31 21:00 107

Teknologi DJI & dasar dron global membantu menangani kenaikan harga makanan global dan sekuriti makanan

SHENZHEN, China, 31 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- DJI Agriculture, peneraju global dalam mempermudah inovasi pertanian melalui teknologi dron, hari ini mendedahkan penemuan dalam Laporan Pandangan Dron DJI Agriculture 2022/23.

New DJI Agriculture Drone Insight Report Reveals Greater Acceptance, Advanced Farming Techniques and Exploration of Best Practices for Farmers
New DJI Agriculture Drone Insight Report Reveals Greater Acceptance, Advanced Farming Techniques and Exploration of Best Practices for Farmers

"DJI Agriculture berusaha untuk meningkatkan kecekapan pengurusan tanah ladang melalui penyelesaian pertanian digital berdasarkan kepada dron pertanian pintar dengan cara yang mesra alam dan ekologi," kata Yuan Zhang, Ketua Jualan Global di DJI Agriculture. "Laporan ini menunjukkan bahawa kerajaan di seluruh dunia dan petani, menerima pakai penggunaan dron pertanian dan kaedah perladangan pintar untuk meningkatkan pengeluaran makanan dengan cara yang lebih saintifik, mampan dan mesra alam. Pendekatan ini dapat mengurangkan amaun bahan kimia pertanian yang digunakan sekali gus menjamin sekuriti makanan dan keseimbangan alam sekitar."

Laporan tersebut dibahagikan kepada beberapa bahagian yang meneliti usaha DJI Agriculture dalam tahun 2022/23, Trend Dasar Global, Ujian Dron Pertanian, Inovasi dalam Aplikasi Dron dan Amalan Terbaik.

Usaha DJI Agriculture dalam tahun 2022/23

Sejak penubuhannya hanya lebih sepuluh tahun yang lalu, DJI Agriculture berkembang merentas enam benua, meliputi lebih daripada 100 negara dan wilayah. Pada penghujung tahun 2022, bilangan global dron pertanian DJI melebihi 200,000 unit dan kawasan operasi kumulatif melebihi 200 juta hektar, membawa manfaat teknologi udara kepada ratusan juta pengamal pertanian. Melalui latihan penerbangan, sejumlah 150,000 juruterbang dron pertanian dan 2,500 orang guru dilatih untuk menggalakkan lebih ramai usahawan muda menyertai usaha pertanian sains dan teknologi serta memberi sokongan bakat demi pembangunan pertanian pintar.

Trend Dasar Global

Memandangkan teknologi dron pertanian semakin diterima oleh petani di seluruh dunia, kerajaan mula melihat banyak manfaat yang dibawa oleh teknologi ini kepada industri ini. Terdapat cadangan untuk menyemak semula peraturan di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Brazil. Di China, dron pertanian T16, T20, T10 dan T30 DJI kesemuanya diberikan pensijilan kelayakan terbang oleh CAAC.

Ujian Dron Pertanian

Beberapn ujian mendalam telahpun dijalankan termasuk ujian saiz titisan, ujian hanyut dan ujian racun herba, dalam siri dron pertanian DJI Agras.

Inovasi dalam Aplikasi Dron

Dron telahpun digunakan dalam beberapa cara yang inovatif bermula daripada kawalan perosak dan penyakit di Maldives hinggalah mengintegrasikannya dengan teknik-teknik penanaman anggur tradisional, malah dalam pertanian pintar, mengoptimumkan hasil ubi kentang dan padi. Seorang peladang ubi kentang berskala besar di Washington State menyaksikan pengurangan kerosakan serangga sebanyak 80% dengan melakukan penyemburan setempat di ladang berkeluasan 60-hektar. Di Jepun, seorang pengeluar beras tempatan berupaya menjimatkan baja dan meningkatkan hasilnya, memberikan kepada beliau tambahan 5,425 USD bagi setiap hektar. Terdapat beberapa keadaan penggunaan yang lebih baharu termasuk pendebungaan, menggoncang bunga mati daripada pokok buah-buahan dan menyembur antibeku dan pelindung matahari pada pokok buahan-buahan.

Amalan Terbaik

Terdapat perbincangan yang meluas di serata dunia untuk mewujudkan amalan terbaik bagi dron pertanian termasuk latihan pekerja, peningkatan teknologi dron, spesifikasi penggunaan farmaseutikal, prosedur pengendalian standard dan garis panduan operasi selamat.

DJI telahpun menubuhkan DJI ACADEMY dan menjalankan latihan dron pertanian di Thailand, Mexico, Brazil dan Turkiye. Teknologi baharu seperti muncung emparan, teknologi radar dan kamera baharu telahpun dibangunkan bagi mengoptimumkan pengurusan pengeluaran pertanian dari segi kecerdasan, kecekapan, keberkesanan dan keselamatan.

DJI Agriculture bukan sahaja mengeluarkan dron, tetapi juga aktif menjalin hubungan dengan beberapa syarikat bahan kimia, universiti dan institusi profesional untuk meneroka amalan terbaik bersama-sama.

AGRITECHNICA 2023 HANNOVER, 12-18 November

DJI Agriculture akan mempamerkan rangkaian dron pertaniannya dan penyelesaian perladangan pintar di AGRITECHNICA 2023 di Dewan 9, Gerai Pameran 16. Untuk mengatur temu bual atau mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana DJI Agriculture bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya untuk mencipta ekosistem aplikasi udara yang bertumpukan pada pengoptimuman pestisid, penambahbaikan produk, kemajuan teknologi dan pertumbuhan bakat, sila hubungi alamat emel perhubungan di bawah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
pr@dji.com

Latar Belakang DJI Agriculture

Sejak tahun 2006, DJI telah memimpin dunia dengan inovasi dron orang awam yang telah memperkasa individu untuk terbang buat julung kalinya, individu berwawasan untuk mengubah imaginasi mereka menjadi realiti dan golongan profesional untuk mentransformasikan tugas mereka sepenuhnya. Dengan penetapan minda berorientasikan penyelesaian dan sifat ingin tahu yang tulen, DJI memperluaskan cita-citanya ke dalam bidang pertanian.

Pada tahun 2012, DJI memulakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dron pertanian dan pada tahun 2015 menubuhkan DJI Agriculture. DJI Agriculture komited untuk membangunkan penyelesaian yang inovatif, cekap dan mampan untuk terus meningkatkan produktiviti pertanian. Dengan produk-produk yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 100 negara seluruh dunia, DJI Agriculture memperkasa lebih 10 juta pengguna profesional dengan penyelesaian perladangan pintar.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: 
Laman Web: https://ag.dji.com/,
Facebook: https://www.facebook.com/DJIAgriculture/,
Twitter: https://twitter.com/DJIAgriculture,
YouTube: http://www.youtube.com/c/DJIAgriculture

 

 

Source: DJI
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications