SAO PAULO, Brazil, 6 Jun 2014 /PRNewswire/ -- MetaQuotes Software dengan bangganya mengumumkan platform perdagangan MetaTrader 5 mereka telah memasuki pasaran Brazil. Broker bebas terbesar di Brazil XP Investimentos telah melancarkan MetaTrader 5 secara rasmi. Ini bermakna lebih 80,000 pelanggan syarikat itu kini boleh berdagang dalam pasaran kewangan menggunakan platform yang terkenal seluruh dunia itu.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140424/683323 )
Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/71400547-metatrader-5-available-for-brazilian-traders
Lebih penting lagi, para pedagang boleh berdagang bukan sahaja alat mata wang, tetapi juga stok serta perniagaan masa hadapan syarikat Brazil. Untuk berhubung dengan Bursa Saham Sao Paulo BM&FBovespa, pakar XP Investimentos telah membangunkan gerbang khas untuk menyediakan pelaksanaan perdagangan dan penyediaan sebut harga pasaran yang betul. Akhir sekali, para pelanggan XP Investimentos boleh menikmati sepenuhnya faedah perdagangan saham dengan platform MetaTrader 5.
XP Investimentos telah menjalankan ujian yang ketat ke atas terminal itu sebelum mengumumkan pelancaran perkhidmatan baharu itu kepada orang awam. "Selama lebih 10 bulan, MetaTrader 5 hanya tersedia kepada 100 pengguna yang terpilih untuk ujian beta produk itu. Hanya selepas peringkat penyahpepijatan terakhir ke atas semua proses, barulah perdagangan dengan MetaTrader 5 disediakan kepada semua pelanggan kami," kata Guilherme Benchimol, Ketua Pegawai Eksekutif XP Investimentos.
"Minat dalam pasaran Amerika Selatan telah meningkat baru-baru ini," kata Renat Fatkhullin, Ketua Pegawai Eksekutif MetaQuotes. "Kami ingin mencari jalan untuk meluaskan kehadiran kami di rantau ini. Kami telah memasuki pasaran Brazil dengan bantuan broker tempatan utama dengan sejumlah besar pelanggan tetap agar dapat memegang syer pasaran yang banyak dengan serta-merta. Dengan ini, kami mendapat pendedahan yang lebih tinggi dengan menyediakan MetaTrader 5 kepada para pedagang, sementara rakan kongsi kami XP Investimentos telah memenuhi keinginan para pelanggan mereka. Kami gembira dapat mengukuhkan kedudukan kami di rantau ini dan akan terus giat memperluas kehadiran kami ke dalam pasaran Amerika Latin."
Latar belakang MetaQuotes Software
Setelah ditubuhkan pada tahun 2000, MetaQuotes Software Corp. telah membangunkan platform perdagangan untuk pasaran kewangan di bawah tanda dagangan MetaTrader. Ia dikenali pada peringkat antarabangsa sebagai peneraju dalam pasaran perisian Tukaran Asing. Platform perdagangan MetaTrader kini sedang digunakan oleh lebih 600 syarikat broker dan bank seluruh dunia. Platform baharu itu, MetaTrader 5 telah dibangunkan oleh Syarikat itu dengan tumpuan terhadap pasaran saham dan kini sedang galak dipromosikan kepada pelbagai bursa saham dunia.
Latar belakang XP Investimentos
Setelah ditubuhkan pada tahun 2001, XP Investimentos ialah broker bebas terbesar di Brazil, dengan lebih 120,000 pelanggan. Syarikat itu berpusat di Rio de Janeiro dan mempunyai cawangan di Sao Paulo, Porto Alegre, Belo Horizonte serta New York, diwakili oleh XP Securities. XP hadir di semua negeri Brazil melalui rangkaian pengedarannya – 500 cawangan bersekutu dan juga 1,800 penasihat yang diperakui.
Video:
http://www.multivu.com/mnr/71400547-metatrader-5-available-for-brazilian-traders