omniture

Dreame Technology Lancar Vakum Robotik Unggulan Revolusioner L20 Ultra dengan Teknologi MopExtend™ Pacuan-AI Pertama* dalam Industri di IFA 2023

Dreame Technology
2023-09-01 09:00 60

SINGAPURA, 1 September 2023 /PRNewswire/ -- Dreame Technology, peneraju industri bagi perkakas rumah, melancarkan vakum robotik unggulan baharunya L20 Ultra, menampilkan teknologi lonjak-ke-hadapan, di IFA 2023. Diadakan di Berlin mulai 1 September hingga 5 September, pameran elektronik pengguna dan perkakas rumah yang terkenal di dunia ini merupakan persekitaran yang sangat baik untuk mempamerkan ciri-ciri L20 Ultra, termasuk teknologi MopExtend™ berpacukan AI perintis baharu, yang menyediakan pembersihan bahagian tepi yang mendalam. L20 Ultra turut menawarkan beberapa ciri berkuasa lain yang menyediakan pengalaman pembersihan revolusioner untuk penggunanya.

Dreame Technology Lancar Vakum Robotik Unggulan Revolusioner L20 Ultra dengan Teknologi MopExtend™ Pacuan-AI Pertama* dalam Industri di IFA 2023
Dreame Technology Lancar Vakum Robotik Unggulan Revolusioner L20 Ultra dengan Teknologi MopExtend™ Pacuan-AI Pertama* dalam Industri di IFA 2023

L20 Ultra merupakan keluaran terkini bagi perkakas rumah pintar daripada Dreame Technology yang membawa pembersihan terperinci ke tahap baharu, vakum robotik automatik sepenuhnya yang membersihkan lantai dan mencuci sendiri. Di samping itu, L20 Ultra akan menjadi produk pertama dengan logo Dreame Technology serba baharu, bagi menerajui era baharu Dreame Technology.

Teknologi MopExtend ™ Pacuan-AI Pertama dalam Industri*

Bertujuan untuk menangani kesukaran yang mana pembersihan bahagian tepi sentiasa meninggalkan banyak ruang, Dreame Technology membangunkan teknologi teras eksklusifnya sendiri, Mop-Extend™ dan sistem mop Duo-Scrub™ bagi menyediakan penyelesaian yang lebih baik dalam menghadapi kesukaran tersebut.


Teknologi Mop-Extend™ yang ditampilkan menggabungkan beberapa Pengesan Peka Kedudukan yang berupaya untuk mengenal pasti sudut dan bahagian tepi secara automatik dan tepat. Apabila sudut dan bahagian tepi dikenal pasti, teknologi Mop-Extend™ akan diaktifkan selanjutnya dan memanjangkan mop ke bahagian tepi dinding serapat yang mungkin, demi pengalaman pembersihan yang lebih mendalam, lebih dekat dan secara sudut-ke-sudut. Di samping itu, algoritma teknologi Mop-Extend™ dapat membantu L20 Ultra untuk menunjukkan kecemerlangan dari segi pembersihan tepi walaupun dalam persekitaran rumah yang rumit, bagi memastikan keperluan pembersihan bahagian tepi pengguna ditangani dengan lebih teliti dan cekap.

Dilengkapi dengan dua mop berputar yang berkelajuan tinggi dalam sistem mop Duo-Scrub™, L20 Ultra direka bentuk untuk mengatasi kesan kotoran degil dan kotoran lama. Di samping itu, L20 Ultra memiliki teknologi pengesanan kotoran terbina dalam yang menggunakan data yang diperoleh daripada kitaran pembersihan terdahulu bagi mengesan sama ada bilik memerlukan pembersihan tambahan. Sebagai contoh, L20 Ultra boleh bertindak balas kepada perubahan musim dan impak yang berkaitan, seperti bulu haiwan peliharaan, debunga atau kotoran tambahan yang dibawa masuk ke dalam rumah dan menggunakan maklumat tersebut bagi menyampaikan tahap pembersihan yang disegerakkan dengan perkakas rumah Dreame Technology.

Prestasi Menyeluruh Automatik

Menampilkan stesen pangkal automatik yang baru dinaik taraf, L20 Ultra boleh menawarkan kepada pengguna dengan pengalaman pembersihan yang lebih automatik, berbanding dengan model-model terdahulu. Dengan teknologi DualBoost 2.0 dan beg habuk 3.2L, stesen pangkal automatik boleh menyimpan habuk sehingga 75 hari tanpa perlu mengeluarkan habuk tersebut secara manual. Selain itu, L20 Ultra juga boleh mencuci dan mengeringkan mopnya sendiri. Apabila mop menjadi kotor, ia akan dibasuh dalam stesen pangkal automatik dengan tangki air 4.5L. Selepas pembersihan kendiri selesai, mop akan dikeringkan dengan pantas menggunakan udara panas, yang dapat bertahan sehingga 2 jam, bagi mengelakkan pembentukan kulapuk dan bau yang tidak menyenangkan.


Automasi juga ditingkatkan dengan pengisian semula air auto dan pengisian semula larutan pembersih auto. L20 Ultra akan mengisi semula tangki air secara automatik bagi memastikan mop lembap, sebagai persediaan untuk pembersihan yang cekap pada bila-bila masa. Namun demikian, larutan pembersih juga boleh diisi semula secara automatik bagi memudahkan pengguna.

Sistem Pembersihan Canggih

L20 Ultra direka bentuk untuk menyampaikan prestasi yang tiada tandingan kepada penggunanya dengan sistem pembersihan canggih serta fungsi-fungsi yang berbeza untuk mengendalikan persekitaran rumah yang berbeza.

Dengan Sistem Sedutan Vormax™ canggih daripada Dreame Technology, L20 Ultra mengoptimumkan kecekapan memvakum untuk menyedut puing isi rumah daripada ambal, permaidani dan juga daripada lantai kasar. Sistem Sedutan Vormax™ yang berkuasa mengisi 7,000Pa kuasa sedutan untuk pemvakuman yang cemerlang. Kuasa ini menjamin penyingkiran habuk yang berkesan sambil mencapai kadar pengambilan yang luar biasa tinggi. Berus getah boleh angkat pula menyediakan fungsi meleraikan kusut rambut yang mudah dengan teknologi pengeluaran mop bagi pembersihan yang berkuasa dalam reka bentuk yang boleh disesuaikan.

Tambahan pula, L20 Ultra dilengkapi dengan pengecaman permaidani ultrasonik dan teknologi pengeluaran mop yang digabungkan untuk pembersihan permaidani dan ambal yang dipertingkat. Apabila permaidani dan ambal dikenali, pengguna boleh memutuskan pilihan untuk dilaksanakan daripada tiga pilihan pembersihan permaidani: mengeluarkan mop, meninggikan mop atau mengelakkan permaidani, dalam mengendalikan jenis permaidani atau ambal yang berbeza atau mengelakkan daripada membasahkan permaidani dan ambal sama sekali.


Ciri-ciri pintar yang lain termasuk Navigasi Pintar Pathfinder™ yang menggunakan pembelajaran AI dan teknologi cahaya struktur 3D untuk mengimbas bilik di hadapan, mengenali sebarang halangan dan mengelak daripadanya, menghalang barangan yang mungkin tertinggal di atas lantai tanpa sengaja daripada divakum, yang seterusnya menghalang gangguan dalam proses pembersihan terancang anda dan memastikan penyempurnaan tugas di tangan.


L20 Ultra unggulan ini menggabungkan kuasa yang dinaik taraf, teknologi AI serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama bertahun-tahun bagi menyampaikan vakum robotik yang akan terbukti menjadi satu revolusi dalam pembersihan untuk penggunanya. Pengenalan termaju Teknologi Mop Extend menyampaikan fungsi pembersihan unggul, membolehkan L20 Ultra berada lebih dekat dengan bahagian tepi yang sukar dicapai, serta membersihkan antara perabot dan ruang yang lebih kecil.

Bagi menyaksikan sendiri revolusi yang seterusnya dalam pembersihan dan melihat L20 Ultra beraksi, kunjungi Dreame di IFA 2023. Kami berada di Dewan: City Cube_A di Gerai Pameran CCA-209

Latar Belakang Dreame Technology

Ditubuhkan pada tahun 2017, Dreame Technology ialah sebuah syarikat produk pengguna inovatif yang memfokuskan pada perkakas rumah pintar dengan visi untuk memperkasa kehidupan melalui teknologi. Ikuti kami di FacebookInstagram dan Twitter. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://global.dreametech.com/.

Source: Dreame Technology
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics New products/services Trade show news