![]() |
Pengambilalihan firma kejuruteraan telekomunikasi terkemuka mengukuhkan kehadiran UST dalam ruang rangkaian generasi seterusnya yang berkembang pesat
DALLAS dan PULAU PINANG, Malaysia, 1 September 2023 /PRNewswire/ -- UST, sebuah syarikat penyelesaian transformasi digital terkemuka, telah mengambil alih MobileComm, sebuah firma kejuruteraan telekomunikasi global dengan pengalaman lebih 21 tahun dalam perkhidmatan telekomunikasi dan kejuruteraan tanpa wayar. Pengambilalihan Mobilecomm yang berpangkalan di Dallas ini serta penyepaduan lebih 1300 pekerjanya akan mengukuhkan amalan telekomunikasi UST dengan ketara dan meletakkan syarikat ini untuk terus membina pertumbuhannya dalam sektor dinamik ini.
MobileComm diasaskan pada tahun 2002 dan beroperasi di seluruh AS, India dan Kanada. Pasukan pakarnya yang berpengalaman membawa rangkaian keupayaan yang pelbagai dalam kejuruteraan tanpa wayar. Selama 21 tahun, MobileComm telah menyokong beberapa Pembekal Perkhidmatan Komunikasi (CSP) terbesar untuk pelbagai inisiatif, termasuk pemodenan rangkaian tanpa wayar, pelancaran rangkaian 5G, peningkatan prestasi rangkaian, kejuruteraan RF, rangkaian selular persendirian dan Rangkaian Akses Radio Terbuka (Open RAN).
Apabila beban kerja telekomunikasi berpindah ke awan dan rangkaian terbuka diseragamkan, pengurusan rangkaian berbilang vendor, berbilang teknologi dan berbilang awan yang kompleks telah menjadi semakin kritikal untuk berjaya. Pengambilalihan strategik ini akan membolehkan UST menggabungkan pengalaman mendalamnya dalam awan serta pembangunan, keselamatan dan operasi (DevSecOps) dengan keupayaan kejuruteraan tanpa wayar MobileComm, menyediakan tawaran unik untuk pelanggan Pembekal Perkhidmatan Komunikasi (CSP). Tambahan pula, dengan menggabungkan kepakaran domain dalam vertikal utama lain dengan kepakaran kejuruteraan tanpa wayar Mobilecomm, UST boleh membawa kes penggunaan 5G (Seluler Persendirian) yang dipilih susun oleh industri, dan seterusnya memberikan peluang pengewangan baharu kepada CSP. Penambahan keupayaan ini pada bahagian telekomunikasi UST yang sudah kukuh meletakkan syarikat untuk memperdalam hubungan dengan pelanggan sedia ada sambil mengembangkan pangkalan pelanggan globalnya.
"Kami berbesar hati untuk mengumumkan pengambilalihan MobileComm. Kami percaya langkah strategik ini akan memperkasakan lagi UST untuk terus membangunkan rangkaian luas penyelesaian kami yang menarik dalam sektor telekomunikasi. Kami berada pada kedudukan yang lebih baik pada masa ini untuk memanfaatkan teknologi sedia ada dan perhubungan pelanggan kami untuk mengembangkan skop tawaran kami serta menyampaikan penyelesaian khas yang mempercepatkan transformasi digital. UST akan membina momentum ini dengan terus melabur dalam ruang kejuruteraan rangkaian," kata Aravind Nandanan, Pengurus Besar Telekomunikasi UST.
"UST telah memperoleh reputasi sebagai pemacu utama inovasi merentasi beberapa sektor, dan kami teruja untuk menyertainya di mana kami ingin memanfaatkan aset dan pengalaman MobileComm untuk terus membina kejayaan USTdalam industri telekomunikasi," kata Harvinder Cheema, Ketua Pegawai Eksekutif MobileComm.
Tentang MobileComm Professionals Inc
MobileComm ialah pendahulu global dalam melaksana dan memodenkan rangkaian tanpa wayar, meningkatkan piawaian prestasi, membina rangkaian selular Persendirian dan melaksanakan penyelesaian Rangkaian Akses Radio Terbuka. Kepakarannya memperkasakan pengendali rangkaian untuk mencipta pengalaman pelanggan yang luar biasa. Organisasi di seluruh dunia bergantung pada pakar rangkaian tanpa wayar MobileComm yang mahir dan platform dalaman yang didorong oleh pembelajaran mesin dan analisis ramalan, sekali gus mempercepatkan proses pelaksanaan dan mengurangkan potensi risiko. Di tengah-tengah MobileComm, sebuah pusat kecemerlangan mendorong penyelesaian yang tiada tandingan untuk reka bentuk rangkaian 5G, pelaksanaan dan pengoptimuman prestasi.
Hubungan Media: MobileComm
Sachin Swami
sachin.swami@mcpsinc.com
Tentang UST
Selama lebih 23 tahun, UST telah bekerjasama dengan syarikat terbaik di dunia untuk menghasilkan impak yang bermakna melalui transformasi. Dikuasakan oleh teknologi, diilhamkan oleh para pekerja dan diterajui oleh matlamat kami, kami bekerjasama dengan para pelanggan bermula daripada reka bentuk hingga operasi. Melalui pendekatan yang tangkas, kami mengenal pasti cabaran teras mereka dan mencipta penyelesaian baharu yang mampu merealisasikan visi mereka. Dengan kepakaran domain yang mendalam dan falsafah yang mampu dibuktikan di masa depan, kami meletakkan inovasi dan ketangkasan ke dalam organisasi pelanggan kami—memberikan nilai yang boleh diukur dan perubahan yang berkekalan di seluruh industri dan di seluruh dunia. Bersama-sama dengan lebih 30,000 orang pekerja di lebih 30 buah negara, kami berkembang untuk memberikan kesan tanpa had—menyentuh kehidupan berbilion-bilion manusia sepanjang proses yang terlibat. Sila kunjungi kami di www.UST.com
Hubungan Media, UST:
Tinu Cherian Abraham
+1 (949) 415-9857
Merrick Laravea
+1 (949) 416-6212
Neha Misri
+91-9284726602
Roshni Das K
+91 7736795557
media.relations@ust.com
Hubungan Media, AS:
S&C PR
+1-646.941.9139
media@scprgroup.com
Makovsky
ust@makovsky.com
Hubungan Media, UK:
FTI Consulting
UST@fticonsulting.com
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1422658/UST_Logo.jpg?p=medium600