Tumpuan pada penyelesaian pembayaran antarabangsa tersuai untuk landskap e-dagang berkembang pesat Thailand
BANGKOK, 1 September 2023 /PRNewswire/ -- LianLian Global akan menonjolkan keupayaannya yang terbukti dalam penyelesaian pembayaran antarabangsa bersepadu, menekankan prestasinya yang konsisten dalam tawaran produk, perkhidmatan, inovasi dan penjenamaan di Ekspo eBiz & Ekspo Pengeluar OEM 2023 di Bangkok mulai 31 Ogos hingga 2 September 2023.
Sebagai salah sebuah firma global terkemuka yang menawarkan perkhidmatan kepada organisasi-organisasi yang beroperasi rentas sempadan, jenama LianLian Global LianLian DigiTech mengumpul pengalaman dan kepakaran selama bertahun-tahun dalam pasaran Thailand.
Pada tahun 2019, subsidiari Thai LianLian menerima lesen pemprosesan pedagang dan kebenaran sebagai pemudah cara pembayaran daripada Bank of Thailand, bank pusat negara ini. Pencapaian tersebut menjadikan LianLian sebagai entiti milik asing penuh yang pertama mendapat kebenaran sedemikian di Thailand. Seterusnya, LianLian mendapat kelulusan untuk menjalankan kutipan pembayaran rentas sempadan dan perkhidmatan memperoleh pedagang di negara ini. Pada tahun 2021, LianLian melancarkan penyelesaian pembayaran bersepadu untuk pasaran tempatan. Penyelesaian tersebut direka bentuk untuk memenuhi keperluan kewangan organisasi-organisasi yang beroperasi di dalam dan luar Thailand dengan menyediakan pemprosesan pembayaran untuk transaksi dalam-kedai fizikal, pemprosesan kad kredit dan debit untuk transaksi dalam talian, berserta pembayaran domestik dan rentas sempadan yang lancar selain perkhidmatan pembayaran pihak ketiga. Penyelesaian tersebut digunakan oleh McDonald's dan Shopify, antara peneraju runcit dan e-dagang yang lain. Pada tahun 2023, LianLian Global memperkenalkan perkhidmatan pemindahan wang pantas berdenominasi baht untuk pengembara dan perkhidmatan akaun pedagang untuk perniagaan Thai.
Thailand, rakan dagangan ketiga terbesar China antara negara-negara ASEAN dan ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara selepas Indonesia, memiliki landskap ekonomi menggalakkan yang sudahpun matang untuk pengembangan e-dagang. Laporan daripada Thailand E-commerce Association mendedahkan bahawa sektor e-dagang negara ini melebihi AS$30 bilion dalam tahun 2022, dengan unjuran melebihi AS$100 bilion menjelang tahun 2025.
Thailand dan Indonesia berada di barisan hadapan ekonomi baru muncul, menarik pelaburan domestik dan antarabangsa yang signifikan. Selaras dengan strategi pengembangan globalnya, LianLian Global memperkukuh jejaknya dalam kedua-dua pasaran matang dan baru muncul luar negara, bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan yang inovatif, terjamin dan disesuaikan kepada syarikat-syarikat global yang tertumpu pada penyelesaian tempatan.