omniture

Dreame Perkenal Identiti Jenama Dinaik Taraf di IFA 2023, Mencerminkan Pengalaman Pelanggan Diperkaya

Dreame Technology
2023-09-02 10:00 58

SAN FRANCISCO, 2 September 2023 /PRNewswire/ -- Dreame Technology, sebuah syarikat teknologi yang berkembang pantas dan pengeluar terkemuka perkakas pembersihan rumah, mendedahkan identiti jenama baharunya di IFA 2023. Logo baharu mewakili identiti jenama Dreame iaitu untuk membina penyelesaian teknologi yang dapat membantu berjuta-juta keluarga mengejar impian mereka untuk mempermudah kehidupan mereka.

Dreame Unveils Upgraded Brand Identity at IFA 2023, Reflective of Enriched Customer Experience
Dreame Unveils Upgraded Brand Identity at IFA 2023, Reflective of Enriched Customer Experience

Berpandukan visi dan misi untuk memperbaharui pengalaman rumah, reka bentuk keseluruhan logo baharu merangkumi kesederhanaan dan kekuatan, dengan "lengkung senyuman" yang paling menonjol menembusi huruf A. Dreame berpandangan bahawa matlamat utama pembangunan teknologi adalah untuk membawakan kebahagiaan dan kebebasan kepada orang ramai pada peringkat fizikal atau rohani. Dreame Technology berharap dapat mendorong kemajuan masyarakat dan tamadun manusia melalui teknologi.

Bersama-sama logo baharu ialah slogan baharu yang menarik iaitu "All Dreams in One Dreame". Pesanan berkuasa ini menandakan misi jenama ini untuk mempermudah kehidupan pelanggan mereka melalui penyelesaian teknologi, bagi membolehkan mereka menumpukan lebih banyak masa dan tenaga untuk mengejar impian mereka dan dalam masa yang sama membantu mereka tinggal dalam ruang rumah impian mereka.

Dreame Technology berjaya menembusi halangan teknologi motor digital berkelajuan tinggi, bergantung pada latar belakang penyelidikan dan pembangunan (R&D) mendalam dan berpegang teguh pada prinsip "teknologi teras merupakan punca segala-galanya". Ketika ini, motor digital berkelajuan tinggi Dreame Technology telah mencapai tahap yang utama di dunia.

Dreame mengkhusus dalam mengaplikasikan teknologi motor berkelajuan tinggi kepada pelbagai aplikasi gaya hidup. Berdepan dengan pengguna massa, Dreame Technology menawarkan empat barisan produk, termasuk vakum robotik, vakum basah-dan-kering, vakum tanpa wayar dan produk penjagaan diri. Dreame mengambil kira pelbagai senario yang berbeza di berbagai-bagai wilayah bagi menjadikan kehidupan lebih mudah untuk berjuta-juta keluarga di seluruh dunia, meliputi lebih daripada 120 negara dan wilayah seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan Korea Selatan.

Dreame Technology aktif meneroka bidang robotik dengan cara yang lebih luas. Sejak dua tahun yang lalu, Dreame melancarkan anjing robot berkaki empat bionik dan robot penghantar makanan pintar. Kini, dengan pelancaran pembersih kolam robotik, Dreame Technology meningkatkan lagi saiz perniagaannya dalam industri robotik bernilai trilion dolar ini dan secara beransur-ansur menjadi sebuah syarikat teknologi global dengan susun atur tiga dimensi berbilang kategori.

Hao YU, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Dreame Technology, berkata: "Dreame Technology sedang meneroka ekologi robotik yang lebih luas, menumpukan perhatian pada aplikasi teknologi robotik untuk pelbagai industri seperti keluarga, perniagaan, pertanian, penjagaan kesihatan, pengangkutan dan sebagainya serta berkembang secara beransur-ansur ke arah ekologi robotik yang luas agar robot dapat menyediakan perkhidmatan kepada keluarga dan masyarakat secara lebih mendalam."

Latar Belakang Dreame Technology

Ditubuhkan pada tahun 2017, Dreame Technology ialah sebuah syarikat produk pengguna inovatif yang memfokuskan kepada perkakas pembersihan rumah pintar dengan visi untuk memperkasa kehidupan melalui teknologi. Ikuti kami di FacebookInstagram dan Twitter. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi https://global.dreametech.com/

 

 

 

 

Source: Dreame Technology
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics New products/services Trade show news