omniture

Deepak Ohri bakal Berundur daripada lebua Hotels and Resorts

lebua Hotels and Resorts
2023-09-04 08:00 44

Penginovasi hospitaliti berundur sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selepas 20 tahun untuk memulakan urus niaga baharu

BANGKOK, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, Deepak Ohri, eksekutif hospitaliti yang berwawasan, mengumumkan pengunduran beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif lebua Hotels and Resorts, jenama yang diasaskan dan ditubuhkan oleh beliau sebagai peneraju mewah di Asia Tenggara. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Ohri menumpukan kerjaya beliau–dan berjaya–untuk menjadikan lebua sebagai nama yang tersohor dalam bidang hospitaliti mewah global. Beliau akan terus berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif hingga akhir tahun ini.

Deepak Ohri to Depart lebua Hotels and Resorts
Deepak Ohri to Depart lebua Hotels and Resorts

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Deepak atas dedikasi dan sumbangan beliau kepada lebua," kata Narawadee Bualert, presiden lebua. "Sepanjang tempoh beliau memegang jawatan, lebua menjadi peneraju dalam hospitaliti mewah hasil daripada ketabahan dan naluri semula jadi beliau. Deepak menjadikan syarikat kami terkenal dan mendapat pujian seluruh dunia daripada tetamu mahupun pemerhati industri. Kami berharap dapat meneruskan legasi beliau dan mengharapkan yang terbaik untuk Deepak dalam usaha masa depan beliau."

Sepanjang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif lebua—diiktiraf sebagai jenama hospitaliti mewah ciptaan anak kelahiran yang pertama di Asia Tenggara—Ohri menetapkan standard industri yang baharu dan mencipta "destinasi vertikal" yang pertama. Dikenali di seluruh dunia atas konsep makanan-dan-minuman mewahnya dan perkhidmatan yang tiada tandingan. Ohri terus memecah sempadan melalui pembukaan restoran atas bumbung mewah tertinggi di dunia, Sirocco, di lebua Bangkok dan seterusnya membuka dua restoran unggulan tambahan, kedua-duanya dianugerahkan dua bintang Michelin.

Di bawah kepimpinan Ohri, lebua, kini memiliki lima hartanah di seluruh India, Thailand dan New Zealand, dinamakan sebagai Hotel Suite-Penuh Terkemuka Dunia oleh World Travel Award dan terus diberi penarafan sebagai antara 1 peratus teratas syarikat-syarikat di peringkat global bagi kepuasan pelanggan.

Ohri telahpun merancang langkah beliau yang seterusnya—jenama hospitaliti "hibrid" mewah yang akan dilancarkan di Amerika Syarikat. "Ia merupakan satu penghormatan dapat berkhidmat sebagai pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif lebua sejak 20 tahun yang lalu," kata Ohri. "Saya berasa bangga dengan apa yang telah kita capai dan tidak dapat melakukannya tanpa sokongan daripada seluruh pasukan. Saya teruja untuk bab yang seterusnya ini."

Sejak mencipta lebua pada tahun 2003, Ohri juga menjadi pemimpin dalam pengurusan dan hospitaliti mewah yang mana pandangan beliau mendapat permintaan di peringkat global. Ohri dinamakan sebagai salah seorang Eksekutif Paling Memberi Inspirasi Terbaik Global International Hospitality Institute dalam Pelancongan dan Hospitaliti serta salah seorang daripada 100 Individu Paling Berpengaruh dalam Hospitaliti Global. Beliau juga pernah mengajar di institusi-institusi pendidikan terkemuka termasuk Columbia University, NYU Stern Business School dan Harvard Business School. Di samping itu, Ohri berkhidmat sebagai Eksekutif Tamu bagi Keusahawanan dan Inovasi serta Pengerusi Lembaga Eksekutif di Pino Global Entrepreneurship Center dan juga Ahli Lembaga untuk CIBER (Center for International Business and Education) di Kolej Perniagaan, Florida International University.

Latar Belakang Deepak Ohri

Deepak Ohri ialah seorang individu berwawasan, pencetus perubahan, usahawan dan juga pemimpin pemikiran. Ohri mencipta lebua Hotels and Resorts, diiktiraf sebagai jenama hospitaliti mewah ciptaan anak kelahiran yang pertama di Asia Tenggara, dengan lima hartanah di seluruh India, Thailand dan New Zealand. Pandangan unik Ohri terhadap hospitaliti, memfokuskan pada hubungan emosi untuk tetamu, kini menjadi trend dalam seluruh industri ini. Ohri meningkatkan hospitaliti mewah dan memulakan kegilaan menjamu selera atas bumbung Bangkok dengan koleksi restoran mewah lebua, The Dome at lebua. Di bawah kepimpinan beliau, lebua dinamakan sebagai Hotel Suite-Penuh Terkemuka Dunia oleh World Travel Award dan terus diberi penarafan sebagai antara 1 peratus teratas syarikat-syarikat di peringkat global bagi kepuasan pelanggan. Di samping itu, International Hospitality Institute memilih Ohri sebagai salah seorang Eksekutif Paling Memberi Inspirasi Terbaik Global dalam Pelancongan dan Hospitaliti serta salah seorang daripada 100 Individu Paling Berpengaruh dalam Hospitaliti Global.

Ohri merupakan pengarang bagi A Bridge Not Too Far - Where Creativity Meets Innovation, yang mencatatkan kebangkitan Ohri daripada jalanan New Delhi yang sederhana namun penuh pendidikan hinggalah puncak perniagaan mewah global. Kepintaran dan pandangan Ohri dicari-cari di seluruh dunia dan beliau diiktiraf sebagai seorang usahawan yang memenangi anugerah, penceramah termasyhur dan diberi penghormatan oleh pelbagai organisasi antarabangsa atas kepimpinan berwawasan beliau.

Deepak Ohri ialah pengasas dan presiden Luxury Atelier Maison Happiness (LAMH), sebuah syarikat berpangkalan di AS yang mengkhusus dalam pengalaman mewah, pendidikan, perundingan serta penjenamaan.

Latar Belakang lebua

Lebua, sebuah kumpulan hospitaliti berpangkalan di Bangkok, mengambil pendekatan yang unik terhadap sektor perkhidmatan yang memanfaatkan tahap pertukaran yang lebih mendalam bersama tetamu dengan mencipta hubungan emosi. Koleksi penginapan Lebua yang memenangi anugerah termasuk Tower Club at lebua dan lebua at State Tower di Bangkok, dua hartanah megah di India (lebua Lucknow dan lebua Corbett) serta sebuah hartanah eksklusif di New Zealand (Lake Okareka Lodge by lebua).

The Dome at lebua ialah koleksi mengagumkan dengan restoran-restoran ikonik di atas hartanah Bangkok lebua, dengan pemandangan yang menakjubkan serta kaliber pencampuran minuman (mixology) dan hidangan yang menarik minat penggemar makanan dari serata dunia: Sirocco, Breeze, Mezzaluna dua-bintang-Michelin, Sky Bar, Flute, Alfresco 64, lebua No. 3, Pink dan Chef's Table.

Source: lebua Hotels and Resorts
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Hotels and Resorts Real Estate Retail Travel Personnel announcements