omniture

Medit Perkenal Penyelesaian Prostetik Imbas-untuk-Reka Bentuk Lancar pada Hari Inovasi Medit 2023

Medit
2023-09-04 08:00 95
  • Medit memperkenalkan penyelesaian prostetik imbas-untuk-reka bentuk revolusioner bagi memperkasa doktor gigi untuk mereka bentuk korona & jambatan gigi, inlai, splin dan gigi sementara dengan kejituan berpandukan AI.
  • Produk Medit berintegrasi secara lancar dengan teknologi pemfabrikatan 3D, menyambut era baharu penyelesaian prostetik imbas-untuk-reka bentuk.
  • Pemimpin Pendapat Utama (KOL) terkemuka dalam bidang pergigian akan berkongsi pandangan bagaimana pengimbas dan perisian inovatif daripada Medit dapat membentuk semula praktis pergigian.

SEOUL, Korea Selatan dan LONG BEACH, California, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- Medit (www.medit.com), penyedia yang terkemuka bagi pengimbas intraoral 3D dan penyelesaian pergigian digital, mengumumkan 'Hari Inovasi Medit 2023' pada 5 Oktober.

Medit
Medit

Hari Inovasi Medit 2023 ialah sebuah acara dalam talian percuma yang terbuka untuk semua doktor gigi dari seluruh dunia. Dengan pelancaran aplikasi Medit ClinicCAD yang akan datang, Medit berbangga membawakan perisian CAD pergigian lancar yang memperkasa doktor gigi untuk mereka bentuk dengan cekap korona & jambatan gigi, inlai serta gigi sementara. Penyelesaian imbas-untuk-reka bentuk yang inovatif berintegrasi dengan teknologi pemfabrikatan 3D termaju seperti pengisaran dan pencetakan 3D, menandakan langkah penting ke arah penyelesaian prostetik pergigian yang diperkemas.

Medit ClinicCAD mewakili perisian CAD pergigian yang mudah digunakan dan intuitif dikuasakan oleh enjin AI, bersedia untuk merevolusikan bagaimana doktor gigi beroperasi. Pergigian digital bukanlah masa depan yang jauh; penyelesaian komprehensif yang disediakan oleh Medit menunjukkan contoh intipati sebenar pergigian digital. Baru-baru ini, Medit juga memperkenalkan sistem pengimbasan serasi-Mac dan ClinicCAD menjadi satu-satunya perisian CAD pergigian serasi-Mac yang tersedia hari ini.

"Hari Inovasi Medit 2023 menandakan detik penting ketika kami bersiap sedia untuk memperkenalkan Medit ClinicCAD," ujar GB Ko, Ketua Pegawai Eksekutif Medit. "Pendedahan ini menunjukkan betapa komitednya kami untuk membantu doktor gigi dengan penyelesaian baharu yang menjadikan tugas mereka lebih mudah, lebih pantas dan meningkatkan penjagaan pesakit. Ia mencerminkan dorongan kami yang kuat untuk membentuk semula teknologi pergigian."

Acara berkenaan akan membawakan lima sesi ceramah yang diketuai oleh Pemimpin Pendapat Utama (KOL) dalam bidang pergigian dari serata dunia. Setiap KOL akan meneroka kelebihan menggunakan pengimbas dan perisian Medit, menjelaskan bagaimana doktor gigi dapat memperoleh manfaat daripada penyelesaian komprehesif daripada Medit.

"Hari Inovasi Medit 2023 menonjolkan komitmen kami untuk menggabungkan keupayaan AI dengan kepakaran pergigian," ujar Michael Lee, Ketua Pegawai Teknologi Medit. "Medit ClinicCAD, tumpuan acara ini, bukan sahaja merevolusikan reka bentuk, bahkan turut berintegrasi secara lancar dengan teknologi pemfabrikatan 3D. Penyepaduan ini merapatkan jurang antara imaginasi dan penciptaan, lalu memaparkan masa depan inovasi pergigian."

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila kunjungi halaman acara rasmi di https://info.medit.com/medit-innovation-day-2023/.

 

Source: Medit
Related Stocks:
Korea:261200
Keywords: Art Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Dentistry Entertainment Health Care/Hospital Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Future Events Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things