omniture

Tumpuan IFA 2023: Changhong Tingkatkan Pengalaman Pengguna dengan Teknologi Canggih untuk Perkakas Rumah

Changhong
2023-09-04 09:51 70

BERLIN, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- Changhong menjadi tumpuan utama bagi syarikat-syarikat gergasi elektronik pengguna China di IFA 2023, mendedahkan barisan perkakas rumah canggihnya yang terkini. Acara tersebut bermula di tapak pameran Messe Berlin pada 1 September.


Dianggap sebagai salah satu pameran perdagangan elektronik yang unggul di dunia, IFA menarik minat beribu-ribu firma teknologi yang terkemuka setiap tahun.

Tumpuan Produk: Mempelopori teknologi perkakas rumah bagi meningkatkan pengalaman pengguna


Changhong tekal menjadi peneraju dalam inovasi televisyen. Di IFA 2023, jenama peralatan pintar canggihnya, CHiQ, memperkenalkan barisan baharu TV OLED untuk pasaran antarabangsa. Televisyen tersebut mempunyai badan yang sangat nipis, paparan tanpa sempadan dan pelbagai pilihan tempat letak. Dengan kawalan cahaya setiap-piksel dan 10.7 bilion paparan warna, ia mencapai gamut warna DCI-P3 98.5% dan kadar segar semula 120Hz yang lancar, memastikan kedua-dua visual yang amat jelas dan kualiti bunyi yang unggul. Di samping itu, keluaran terkini Changhong di China, siri TV ARTIST, yang hanya setebal 24.9mm dan mengatasi pesaing tempatan sebanyak 10mm, membuat kemunculan sulungnya di IFA, menunjukkan estetika indah untuk rumah kontemporari.

Di samping itu, Changhong komited untuk meningkatkan platform TV pintarnya. Menjelang bulan Oktober, Eropah akan menyaksikan keluaran beberapa model TV CHiQ yang dikuasakan oleh Roku OS yang terkini.

Di IFA, CHiQ memperkenalkan siri peti sejuk dan mesin basuh Space Pro, direka bentuk dengan teknologi ultra-nipis yang canggih, menunaikan janji "saiz kompak, kapasiti yang mencukupi." Changhong turut mempamerkan pelbagai produk baharu, bermula daripada penyaman udara Eva dan pam haba hinggalah vakum robot cuci-sendiri, seraya menarik minat hadirin yang ketara.


Selain daripada penaiktarafan perkakasan, Changhong turut mendedahkan penyelesaian keselamatan data rumah pintar yang bertumpu pada perlindungan privasi isi rumah. Dengan memanfaatkan blok rantai dan alat inovatif yang lain, inisiatif ini mewujudkan rangka kerja aliran data yang andal untuk rumah pintar. Rangkaian tawaran ini menekankan komitmen Changhong terhadap kemajuan teknologi.

Dorongan Strategik Changhong: Memanfaatkan portfolio teknologi dan produk bagi menguasai pasaran global

Membangun berdasarkan kehebatan pembuatan dan pengaruh jenamanya, Changhong menyaksikan pertumbuhan yang mantap dalam sektor perkakas luar negaranya, terutamanya dalam pasaran-pasaran penting seperti benua Amerika, Asia-Pasifik dan Eropah. Syarikat gergasi elektronik pengguna ini turut mendapat momentum di wilayah-wilayah baharu seperti Timur Tengah dan Afrika. Dalam tujuh bulan pertama tahun 2023, jualan perkakas luar negara Changhong melonjak sebanyak lebih 30%, dengan televisyen, peti sejuk, mesin basuh dan penyaman udara kesemua mencapai angka jualan yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Tatkala Changhong berubah dan berkembang, ia menerokai terlebih dahulu ke dalam sektor-sektor yang sedang berkembang seperti tenaga boleh baharu yang mana ia mempunyai portfolio strategik yang teguh. Di IFA, Changhong mendedahkan pelbagai produk yang menjurus ke arah kelestarian dan tenaga boleh baharu, termasuk bateri ion-litium polimer. Dalam masa yang sama, spektrometer inframerah-dekat mudah alih yang dibangunkan sendiri oleh syarikat ini dan sensor pemantauan manusia membuat kemunculan sulung global.

Di IFA pada tahun ini, Changhong mempamerkan pencapaiannya secara berperingkat-peringkat berhubung evolusi daripada firma perkakas rumah klasik kepada syarikat teknologi moden. Menerima visi jangka panjang penting untuk kestabilan Changhong yang mampan dan inovasi tanpa henti dalam arena teknologi.

Source: Changhong
Related Stocks:
Shanghai:600839
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news