omniture

Menteri-menteri Kewangan ASEAN dan Gabenor Bank Pusat Komited Perkukuh Kolaborasi sebagai Pusat Pertumbuhan Dunia

Ministry of Finance of Republic of Indonesia
2023-09-04 10:06 53

JAKARTA, Indonesia, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- Indonesia menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan ASEAN dan Gabenor Bank Pusat (AFMGM) ke-10 pada 25 Ogos 2023 di Jakarta. Jawatan pengerusi ini bertujuan untuk mengharungi cabaran global pasca-COVID-19 dengan menggubal dasar kolektif bagi menangani kebimbangan yang kini dihadapi dan meneruskan usaha untuk menjamin pembangunan ekonomi jangka panjang rantau ini.

AFMGM memantau kemajuan Produk Boleh Serah Ekonomi Keutamaan (Priority Economic Deliverables, PED) dan menangani isu-isu semasa yang mendesak termasuk pemulihan dan kestabilan ekonomi (Pemulihan-Pembinaan Semula), rangkuman kewangan digital untuk pertumbuhan (Ekonomi Digital) dan penggalakan kewangan hijau (Kelestarian).

Di tengah-tengah ketidaktentuan global, ekonomi ASEAN menonjol dengan pertumbuhan 4.5% yang diunjurkan, melebihi purata global. Ia mengurus kadar faedah dan kadar pertukaran dengan baik, menunjukkan kebingkasan terhadap perubahan ekonomi global.

Perbincangan penting dalam AFMGM berkisarkan pengekalan momentum yang strategik di tengah-tengah ketegangan geopolitik, tekanan hutang dan cabaran kelestarian. Mengukuhkan penyelarasan dasar makroekonomi dan pengurusan risiko juga menjadi keutamaan serantau.

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani menekankan bahawa, "Mesyuarat ini menegaskan pentingnya untuk mengukuhkan campuran dasar makroekonomi di negara-negara ASEAN menggunakan semua instrumen bagi memastikan kestabilan ekonomi serantau. Kepentingan dasar yang diselaraskan dengan baik untuk mengatasi risiko-risiko sedia ada turut ditekankan."

Bagi menyokong pertumbuhan mampan dalam tempoh jangka panjang di ASEAN, AFMGM mengetengahkan usaha untuk meningkatkan pembiayaan infrastruktur serantau, menempatkan semula kedudukan ASEAN Infrastructure Fund (AIF) sebagai ASEAN Green Fund. Negara-negara anggota bersetuju unutk menyelaraskan pembiayaan AIF dengan Taksonomi ASEAN untuk Kewangan Mampan, meningkatkan proses AIF serta memulakan permodalan semula dan pengoptimuman modal sedia ada.

AFMGM turut menekankan untuk menggalakkan pembiayaan peralihan demi pencapaian ekonomi rendah-karbon di ASEAN. Mesyuarat tersebut membincangkan Taksonomi Kewangan Mampan ASEAN Versi 2, lantas mencerminkan usaha untuk peralihan yang adil, berpatutan dan teratur di rantau ini.

Proses Kewangan ASEAN (ASEAN Finance Process) 2023 meningkatkan kolaborasi rentas-sektor, inisiatif Kesihatan-Kewangan dan Sekuriti Makanan. Menteri-menteri Kewangan dan Kesihatan menumpukan perhatian pada pencegahan pandemik, kesiapsiagaan dan jurang pendanaan tindak balas, menggerakkan sumber-sumber seperti Dana Tindak Balas COVID-19 ASEAN. Bagi meningkatkan sekuriti makanan, ASEAN menyasarkan untuk menambah baik dasar makanan, kebolehcapaian, akses kewangan PKS dan kemudahan perdagangan.

Dari segi monetari, Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo, menonjolkan komitmen integrasi ASEAN melalui inisiatif Transaksi Mata Wang Tempatan (LCT) dan Ketersambungan Pembayaran Serantau (RPC), diendors di Sidang Kemuncak ASEAN Mei 2023.

Topik-topik berkaitan bank pusat yang lain termasuk mengoptimumkan dasar makroekonomi dan mewujudkan persekitaran untuk pertumbuhan, pendigitalan, pembaharuan struktur dan kewangan hijau. Sementara itu, perbincangan sekitar Rangka Kerja Transaksi Mata Wang Tempatan ASEAN dan pengembangan Ketersambungan Pembayaran Serantau bertujuan untuk memperkukuh integrasi ekonomi serantau.

Source: Ministry of Finance of Republic of Indonesia
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Trade show news Financial Technology