JAKARTA, Indonesia, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- GDS, pembangun dan pengendali yang terkemuka bagi pusat data berprestasi tinggi di Asia dengan kumpulan pelabur antarabangsa yang pelbagai, serta Indonesia Investment Authority (INA), dana kekayaan berdaulat Indonesia, mengumumkan perkongsian mereka untuk membangunkan dan meluaskan landskap pusat data di Indonesia. Kedua-dua entiti ini menyedari potensi Indonesia sebagai pasaran pusat data baru muncul dan berkongsi visi yang sama berhubung peranan penting yang dimainkan oleh pusat data sebagai asas dalam transformasi digital Indonesia.
Rakan-rakan kongsi ini merancang untuk membentuk satu usaha sama ekuiti, sebagai entiti untuk membangunkan platform pusat data seluruh negara. Projek pertama yang akan disiapkan ialah pembangunan kampus pusat data hiperskala yang sedang berjalan di Nongsa Digital Park (NDP), Batam, yang telah ditetapkan secara rasmi sebagai Zon Ekonomi Khas (SEZ) oleh kerajaan Indonesia. Dengan menerima penyelesaian Smart DC (Pusat Data) termaju GDS dan memberi penekanan tinggi untuk memanfaatkan sumber tenaga boleh baharu tempatan, kampus pusat data Batam yang akan datang berpotensi untuk menetapkan penanda aras industri untuk wilayah ini.
William Huang, Chairman and CEO of GDS (right) and Ridha Wirakusumah, CEO of INA (left) shaking hands at the signing ceremony
Perkongsian GDS-INA muncul pada detik penting tatkala industri pusat data mengalami pertumbuhan pesat, didorong oleh transformasi ekonomi digital, teknologi berpacukan-IoT, peralihan yang meluas kepada pengkomputeran awan dan pertambahan aplikasi AI yang dijangkakan. Kajin pasaran mengunjurkan bahawa kapasiti pasaran pusat data Indonesia diunjurkan berkembang daripada 514MW pada tahun 2023 kepada 1.41GW menjelang tahun 2029. Negara ini berusaha untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat ini terhadap pusat data, perkhidmatan untuk menarik pelaburan domestik dan antarabanga bagi mendorong Indonesia menuju ekonomi digital.
William Huang, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GDS berkata, "Indonesia muncul dengan pantas sebagai lokasi strategik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan kami terhadap perkhidmatan pusat data premium. Kami berbesar hati dapat menjadi pembangun dan pengendali pusat data pertama yang berganding bahu dengan INA, yang kami lihat sebagai sokongan kuat daripada Indonesia terhadap visi antarabangsa kami, kepakaran yang utama dalam pasaran dan pertumbuhan serantau yang pesat. Di GDS, kami komited untuk mencipta ekosistem bernilai-tambah dan mendorong pembangunan infrastruktur digital di Indonesia. Dengan mengintegrasikan projek sulung kami di Batam dengan projek-projek sinergistik di Singapura dan Johor, kami mencipta platform unik yang dikonfigurasi secara ideal untuk menawarkan perkhidmatan kepada ekonomi digital di Indonesia dan rantau Asia Tenggara. Kami berharap dapat memperluaskan platform ini selanjutnya ke Indonesia dengan kerjasama INA."
Ridha Wirakusumah, Ketua Pegawai Eksekutif INA, menyatakan, "Perkongsian kami dengan GDS adalah lebih daripada sekadar penyelarasan strategik – ia mencerminkan potensi digital Indonesia yang rancak. Kami mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mengorak langkah yang luar biasa dalam pembangunan infrastruktur digital yang aktif. Populasi belia, celik internet kami merupakan bukti kepada kesediaan dan potensi digital Indonesia. Kadar penembusan internet yang signifikan, digandingkan dengan kemunculan pelbagai platform digital, menandakan peluang yang luas di hadapan kami. Menyedari kepentingan pembangunan pusat data tempatan, kolaborasi kami dengan GDS bukan sahaja menyasarkan untuk meningkatkan infrastruktur digital kami, tetapi turut memberi penekanan yang kukuh untuk menyokong penyumberan setempat data dan meningkatkan ketersambungan data."
Perjalanan Indonesia menuju masa depan digital ditandai dengan ketaksamaan antara permintaan digital yang semakin meningkat, dengan peningkatan tahunan trafik data mudah alih negara ini sebanyak 40-50% [1] dan infrastruktur datanya yang agak kurang ditembusi. Penyedia perkhidmatan pusat data utama, seperti GDS menyedari potensi pasaran Indonesia melihatkan sentimen positif yang kukuh seputar pertumbuhan pusat data di Indonesia, didorong oleh permintaan terhadap aliran data yang lebih baik dan lebih pantas, satu peralihan perusahaan yang jelas ke arah penyedia pihak ketiga dan peningkatan keperluan infrastruktur.
Menyedari adanya jurang dalam landskap digital, INA menyelaraskan pelaburan langsung asing di seluruh Indonesia dengan aktif menggunakan pendekatan bersasar untuk meningkatkan kelebihan kompetitif Batam tatkala ia mendapat permintaan limpahan daripada Singapura. Strategi Singapura-Johor-Batam GDS benar-benar selari dengan pendekatan INA, memandangkan ia akan mengupayakan sambungan dengan kependaman rendah merentas pusat-pusat data saling sambung GDS di Indonesia, Singapura dan Malaysia, seterusnya mencipta penyelesaian perkhidmatan pusat data holistik yang menampung portfolio pelanggan GDS yang pelbagai untuk kedua-dua pelanggan tempatan dan antarabangsa. GDS berkedudukan baik untuk memanfaatkan kepakaran teknikalnya yang tiada tandingan dan mewujudkan rekod prestasi perkhidmatan bagi meningkatkan kelebihan daya saing Batam sebagai hab pusat data di dalam rantau ini.
Usaha ini merupakan pelaburan signifikan INA yang ketiga dalam sektor digital, salah satu daripada empat sektor keutamaannya. INA, satu-satunya dana berdaulat di Indonesia, dilancarkan pada lewat tahun 2020 dengan $5 bilion daripada kerajaan. Sebelum ini, INA mengambil bahagian dalam IPO Mitratel dan merupakan pemegang kepentingan terkenal bagi pemilik menara telekomunikasi terbesar Asia Tenggara. Di samping itu, melalui kerjasama dengan rakan-rakan kongsi seperti BlackRock, Allianz Global Investors dan Orion Capital Asia, INA menyokong Traveloka, platform perjalanan utama Asia Tenggara. Langkah strategik berkenaan menyerlahkan komitmen tidak berbelah bahagi INA untuk mendorong transformasi digital Indonesia.
GDS dan INA akan bersama-sama bekerjasama dengan erat bagi membangunkan kemudahan pusat data terbaik dalam kelas di seluruh negara ini, memenuhi keperluan penggunaan digital yang semakin berkembang dan meningkatkan landskap infrastruktur digital di Indonesia dan selanjutnya.
Latar Belakang GDS
GDS (NASDAQ: GDS; HKEX: 9698) ialah pembangun dan pengendali terkemuka bagi pusat-pusat data berprestasi tinggi di China dan Asia Tenggara. Kemudahan-kemudahannya terletak secara strategik di hab-hab ekonomi utama di mana permintaan terhadap perkhidmatan pusat data berprestasi tinggi tertumpu. Dengan rekod prestasi menjangkau 22 tahun, GDS berjaya menyampaikan perkhidmatan kepada beberapa pelanggan terbesar dan paling mendesak yang memerlukan penyelesaian pusat data sumber luar. GDS menawarkan perkhidmatan kepada lebih 840 pelanggan sebagai penyedia perkhidmatan pusat data neutral-pembawa terbesar di China. Dengan lebih 100 pusat data, GDS menawarkan perkhidmatan pusat data untuk meningkatkan pada skala hiper penyedia perkhidmatan awan, syarikat internet besar, institusi kewangan, pembawa telekomunikasi, penyedia perkhidmatan IT, serta sektor swasta besar dan juga syarikat multinasional. Menyedari adanya potensi untuk mencapai pertumbuhan di Asia, GDS menubuhkan ibu pejabat antarabangsanya di Singapura pada tahun 2021. Langkah ini membolehkan GDS membangunkan strategi Asia Tenggara yang strategik untuk menawarkan perkhidmatan dengan lebih baik kepada pelanggan dan menyumbang kepada ekosistem ekonomi digital wilayah ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai GDS, sila kunjungi http://www.gds-services.com.
Latar Belakang Indonesia Investment Authority (INA)
Indonesia Investment Authority ialah dana kekayaan berdaulat Indonesia yang dimandatkan untuk meningkatkan pelaburan bagi menyokong pembangunan mampan negara ini dan membina kekayaan untuk generasi-generasi masa depannya. INA menjalankan aktiviti pelaburan dan berkolaborasi dengan institusi-institusi pelaburan global dan domestik terkemuka dalam sektor-sektor yang mengukuhkan kelebihan Indonesia dan memberi pulangan optimum terlaras risiko. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.ina.go.id.