omniture

Presiden Hisense Group Fisher Yu Huraikan Sistem Teknikal "Skrin, Sistem Operasi dan Platform" di IFA 2023

Hisense
2023-09-04 10:46 196

Hisense memaparkan pendirian 'Go Tech, and Beyond' menampilkan rangkaian produk holistik dalam senario di rumah

BERLIN, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat elektronik dan perkakas pengguna global Hisense sebagai Rakan Kongsi Utama IFA membuat penampilan sulung ucaptama pada hari ini di IFA 2023, yang mana Fisher Yu, Presiden Hisense Group Holdings Co., Ltd. menyampaikan ucapan berkaitan tema "The Scenario-driven Future of Tech" ("Masa Depan Teknologi Berpacukan senario"). Beliau berjanji bahawa syarikat ini akan meneruskan pendekatan berpacukan senarionya untuk inovasinya dan memfokuskan pada pertumbuhan yang berkualiti tinggi di dalam dan di luar rumah serta mengumumkan bahawa Hisense akan menjadi rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™, yang akan menjadi kejohanan UEFA EURO ketiganya berturut-turut bersama-sama.

Fisher Yu, President of Hisense Group delivering the opening keynote at IFA 2023
Fisher Yu, President of Hisense Group delivering the opening keynote at IFA 2023

Hisense mencapai kejayaan yang luar biasa berkembang di peringkat antarabangsa, dengan perniagaan ini kini beroperasi di lebih 160 negara dan menjadi pengeluar TV kedua terbesar di seluruh dunia pada tahun 2022. Dengan menggunakan skrin untuk menghubungkan rangkaian bersepadu dan perkhidmatan awan serta menyediakan perkhidmatan diperibadikan melalui pendekatan berasaskan senario, Hisense mewujudkan sistem teknikal yang kukuh: "Skrin, Sistem Operasi dan Platform". Menuju ke hadapan, Hisense merancang untuk memperluaskan rangkaian skrinnya dan menambah baik sistem VIDAA OS dan platform ConnectLife secara berterusan. Ia juga berharap dapat mempertingkat perkhidmatan diperibadikan dan meningkatkan pengalaman pengguna keseluruhan.

Membentuk masa depan teknologi dengan mengutamakan orang ramai 

Di IFA pada tahun ini, Hisense mempersembahkan rangkaian produk kehidupan di rumah terasnya dan teknologi kehidupan terhubung yang inovatif di bawah tema "Go Tech, and Beyond" ("Menuju Teknologi dan Selanjutnya"), menampilkan pelancaran terkini dan kemajuan terbaru dalam portfolionya. Ini termasuk UX, U8, Laser TV, peti sejuk siri PureFlat dengan skrin besar pintar serta produk untuk memasak, mencuci pinggan mangkuk dan mencuci pakaian, berserta bagaimana kesemua ini akan dapat membantu pengguna dalam kehidupan harian mereka.

Hisense attends IFA 2023 under the theme of "Go Tech, and Beyond"
Hisense attends IFA 2023 under the theme of "Go Tech, and Beyond"

Hisense turut memanfaatkan masanya di IFA bagi menekankan teknologi inovatif yang ditawarkan olehnya dan menunjukkan kekuatan serta interaktiviti rangkaian produknya. Ia melakukan perkara ini dengan memfokuskan pada teknologi canggih, reka bentuk artistik dan susun atur melalui set dan senario gaya hidup berbeza, termasuk zon pengalaman permainan khusus menggunakan U7 TV dan galeri seni menggunakan Frame TV bagi memberi inspirasi kepada kediaman yang artistik. Selain daripada hal ini, reruai Hisense menempatkan trofi UEFA EURO 2024™, susulan pengumuman terlebih dahulu mengenai penajaan kejohanan itu.

Selain beberapa produknya yang terkini, turut dipamerkan ialah beberapa teknologi Hisense, termasuk kualiti gambar, VIDAA dan ConnectLife. ULED X Platform menerobos sempadan kualiti gambar ekoran inovasi yang mengujakan seperti sistem optik Hi-Light, cip set Hi-View Engine X dan komponen paparan skrin Obsidian yang canggih. VIDAA OS meninggikan standard untuk penstriman kandungan, menyampaikan nilai yang tiada tandingan dengan kandungan premium, ciri-ciri terunggul dan perkakasan cekap kos. ConnectLife memfokuskan kepada keperluan pengguna untuk kesihatan, kemudahan dan penjimatan tenaga, menyediakan kepada pengguna dengan pelbagai jenis senario dan perkhidmatan termasuk dapur pintar, tenaga pintar, perkhidmatan pintar, pembersihan udara pintar dan penjagaan pintar. Hisense juga membangunkan enjin Laser digital (LPU) generasi seterusnya menggunakan teknologi proprietari. Ia boleh mengawal cahaya dengan tepat pada skala nano, mencapai gamut warna luas dan pemulihan warna yang tepat.

Bagaimana mencari Hisense di IFA 2023

Hisense teruja untuk memaparkan bagaimana syarikat ini membentuk masa depan kehidupan di rumah, hiburan dan selanjutnya melalui inovasi dan menjemput semua untuk menyertai jenama ini di reruai mereka di IFA 2023.

IFA 2023 diadakan di Messe Berlin, Messedamm 22, 14055 Berlin, Jerman. Acara tersebut dibuka mulai jam 10 pagi - 6 petang, 1-5 September 2023. Anda boleh mengunjungi Hisense di Dewan 23a.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news