omniture

Keputusan kewangan untuk separuh pertama 2023 menunjukkan penghantaran terkumpul modul 210mm Trina Solar melebihi 75GW

Trina Solar Co., Ltd
2023-09-04 16:10 41

CHANGZHOU, China, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- Penghantaran modul oleh Trina Solar (688599.SH) yang berjumlah 27GW dalam separuh pertama tahun ini, menduduki tempat kedua di peringkat global manakala penghantaran terkumpul modul melebihi 150GW, dengan penghantaran modul 210mm melebihi 75GW, menurut syarikat ini dalam laporan kewangannya untuk tempoh diterbitkan pada 29 Ogos. Penyerahan penjejak dan rak condong tetap mencapai 3.3GW dan penghantaran oleh Trina Solar meningkat tiga kali ganda berbanding penghantaran dalam tempoh yang sama pada tahun lalu. Hasil Trina Solar diperoleh daripada produk PV, sistem PV dan tenaga pintar dalam enam bulan hingga 30 Jun yang berjumlah $7.13 bilion.

Agensi penyelidikan tenaga baharu bebas, TrendForce berkata penghantaran modul 210mm di seluruh dunia melebihi 150GW hingga penghujung Jun. Trina Solar menjadi peneraju bagi penghantaran modul 210mm dan terus menerajui industri ini dengan platform teknologi produk 210mm dan teknologi TOPCon jenis-n. Pada bulan Ogos, Trina Solar mengumumkan bahawa ia telah mula mengeluarkan modul siri Vertex N 700W+ secara besar-besaran.

Menjelang akhir tahun ini, kapasiti wafer jenis-n Trina Solar diramalkan mencapai 50GW, kapasiti modul 95GW dan kapasiti pengeluaran sel 75GW, termasuk 40GW sel jenis-n, kesemuanya dilengkapi dengan teknologi i-TOPCon Termaju jenis-n. Trina Solar mewujudkan susun atur bersepadu dalam kilang-kilang pembuatan di luar China, dengan kapasiti wafer, sel dan modul mencecah 6.5 GW bagi menyediakan penyerahan yang lancar demi memenuhi permintaan antarabangsa yang semakin meningkat.

Bagi menyampaikan lebih kemudahan dan nilai kepada pelanggan, Trina Solar memperkenalkan penyelesaian PV dan storan bersepadu generasi baharunya di peringkat global dalam bulan Mei. Menggabungkan modul, penjejak dan storan tenaga, penyelesaian ini menyediakan penyepaduan, keselamatan dan keandalan dalam sistem pengguna akhir.

Trina Storage Elementa didatangkan dengan teknologi bateri dalaman terkini dan reka bentuk inovatif daripada syarikat ini. Produk storan tenaga yang lebih bernilai dan lebih selamat disediakan untuk pembangunan projek, membantu mencapai operasi elektrik yang stabil dari segi bahagian penjanaan kuasa, bahagian grid dan bahagian pengguna.

Trina Solar telah diakreditasi oleh institusi-institusi antarabangsa atas teknologi yang canggih, produk andal dan prestasi kewangan yang kukuh. Syarikat ini kekal sebagai pengeluar modul PV Tahap 1 dalam Tinjauan Pasaran PV Global S3 2023 BloombergNEF. Ia mendapat skor 100% dalam Tinjauan Keupayaan Menjana Keuntungan (Bankability) BNEF sejak tujuh tahun yang lalu dan diberi penarafan AAA sebanyak lima kali berturut-turut dalam laporan Keupayaan Menjana Keuntungan PV ModuleTech PV Tech. RETC mengiktiraf Trina sebagai Pencapai Tinggi Keseluruhan selama empat tahun berturut-turut manakala PVEL memberi kedudukan kepadanya sebagai Pelaksana Terbaik selama sembilan tahun berturut-turut.

Sejak Trina Solar ditubuhkan pada tahun 1997 ia telah menyerahkan modul PV dan tenaga bersih kepada lebih 160 negara dan wilayah. Dengan misinya iaitu "Tenaga solar buat semua", Trina Solar komited untuk bekerjasama dengan pihak-pihak lain demi mencipta masa depan sifar-bersih.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities