omniture

Terokai China mesra-alam melalui lensa ekspatriat

People's Daily
2023-09-04 16:21 11

BEIJING, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- Laporan daripada People's Daily: 

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China telah mencipta keajaiban baik dalam pemuliharaan ekologi mahupun pembangunan hijau, lantas menggamit perhatian seluruh dunia. Ramai rakan asing yang menetap, bekerja, belajar atau mengunjungi China telah merakamkan pemandangan indah di sekeliling mereka melalui kamera mereka. Foto-foto ini merakamkan dengan jelas pencapaian tadbir urus ekologi dan pembangunan hijau China.


Gunung-ganang yang beralun, hutan buluh yang besar, air yang berkilauan... Imej kampung Zhongzhang di daerah Anji, wiayah Zhejiang, timur China, dirakam melalui lensa Peter Rich, penerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Afrika Selatan atas Kecemerlangan dalam Seni Bina, menyerlahkan ketenangan dan keindahan.

Rich tertarik dengan ciri-ciri mengagumkan yang indah apabia beliau pertama kali mengunjungi Anji. Sebagai tempat bermulanya falsafah Cina bahawa "perairan jernih dan gunung-ganang yang tumbuh subur merupakan aset ternilai," Anji menghargai landskapnya yang menghijau sebagai kekayaan terbesarnya.

"Setiap kali saya berkunjung ke Anji, saya mendapati diri saya terpesona dengan persekitaran ekologi, terasa terpisah jauh daripada hiruk-pikuk kota dan mendapat ketenangan dalaman," kata beliau.


Kampung Li'ao, di kaki bukti bahagian timur Gunung Siming, Ningbo, wilayah Zhejiang, lebih 300 isi rumah mempunyai panel solar yang dipasang di atas bumbung mereka, yang sentiasa berkilauan di bawah pancaran cahaya matahari. Projek solar ini dibina secara bersama oleh Ningbo Electric Power Supply Company of State Grid, kerajaan tempatan dan perusahaan fotovolta. Ia memberikan sejumlah elektrik percuma yang tertentu kepada penduduk kampung setiap tahun dan menjana pendapatan kolektif tambahan dengan menjual lebihan kuasa yang dijana olehnya.

Rogelio dari Brazil telah menetap dan bekerja di China selama lebih sedekad. Beliau memberitahu People's Daily bahawa beliau berasa gembira dengan keharmonian manusia-alam semula jadi apabila melihat imej yang dirakam oleh dron beliau. "Sejak lebih sepuluh tahun yang lalu, saya melihat persekitaran ekologi di sekeliling saya semakin bertambah baik, pemandangan menjadi semakin indah. Saya berharap lebih ramai orang dapat berkunjung ke China untuk melihat apa yang sedang berlaku di negara ini," kata beliau.


Foto ini menunjukkan bagaimana pemandangan alam semula jadi dan seni bina bandar digabungkan secara harmoni menjadi satu di Bandar Sains Guangzhou, wilayah Guangdong, selatan China. Pokok-pokok beringin sepanjang tebing sungai memberi teduhan yang dingin. Foto ini dirakam oleh Peter Helis, seorang warga Jerman yang bekerja untuk Zon Pembangunan Guangzhou, semasa berlari pada waktu pagi sepanjang sungai di bandar itu.

"Persekitaran yang indah di bandar itu membolehkan penduduk menjana semula tenaga mereka dengan lebih baik untuk bekerja dan menjalani kehidupan," kata Helis.


Telahpun menetap di Wilayah Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau selama hampir 20 tahun, Helis sangat biasa dengan perkembangan dan perubahan di sana. Dalam satu lagi karya beliau, yang dirakam di sebuah taman di daerah Huangpu, Guangzhou, seekor burung bulbul bermisai merah sedang menikmati buah beri mewah sebagai sarapan.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, China telah melakar pencapaian yang luar biasa dalam tadbir urus ekologi. Terdapat penambahbaikan yang besar dari segi kualiti air dan perlindungan terhadap habitat hidupan liar. Banyak burung datang ke Wilayah Teluk Besar pada musim luruh dan musim sejuk," kata Helis. Ketika ini beliau sedang mengusahakan promosi pelaburan global untuk Zon Pembangunan Guangzhou.

"Kerja dan kehidupan saya bertumpu di China. Saya berharap saya dapat terus bekerja di sini hingga saya bersara. Saya sayangkan China."


Di kampung Huangling, daerah Wuyuan, wilayah Jiangxi, timur China, kerajaan tempatan telah menggalakkan pembangunan pelancongan ekologi dengan memanfaatkan sumber ekologi dan kelebihan lain, memulakan langkah pada laluan pembangunan industri bersepadu. Huangling ialah sebuah kampung berbukit-bukau, maka penduduk kampung sering mengeringkan bijirin di atas bumbung. Tanaman beraneka jenis yang dikeringkan pada bakul penampi bulat menyerupai satu siri payung yang dibuka, mewujudkan pemandangan yang meriah dan menyenangkan.

Foto ini diambil oleh Sarah Mary De Meillon, seorang pelajar Afrika Selatan yang belajar di Kolej Bahasa dan Kebudayaan Cina, Huaqiao University. Warga Afrika Selatan yang ceria ini memberi nama Cina yang indah kepada diri beliau sendiri - "Huang Mei Gui," yang bermaksud mawar kuning. Beliau juga pernah berkunjung ke banyak tempat dengan pemandangan indah di China sebelum ini, seperti Tasik Huating di wilayah Anhui serta Tasik Yundang di Xiamen, wilayah Fujian.

"Perairan yang jernih dan gunung-ganang yang subur di China benar-benar indah! Saya benar-benar dapat merasakan usaha China dalam perlindungan dan tadbir urus persekitaran ekologi," kata beliau.


Foto menunjukkan padang yang menakjubkan dan indah di daerah Tekes, wilayah autonomi Ili Kazak, wilayah autonomi Uygur, Xinjiang, barat laut China. Foto ini diambil oleh Ng Pin Xiu, seorang pelajar Malaysia daripada Sekolah Kejuruteraan Awam, Central South University.


Pelajar-pelajar Cina dan asing daripada universiti-universiti di wilayah Fujian memetik daun teh di taman teh, Gunung Wuyi. Foto ini diambil oleh Alexander William, seorang pelajar Indonesia daripada Kolej Bahasa dan Kebudayaan Cina, Huaqiao University.


Foto ini menunjukkan pemandangan Gunung Salji Xiling yang indah di daerah Dayi, Chengdu, wilayah Sichuan, barat daya China. Ia diambil oleh Dhanushka N. Wanasinghe, seorang felow pasca-kedoktoran Sri Lanka dengan Kunming Institute of Botany, Chinese Academy of Sciences.

Source: People's Daily
Keywords: Travel