omniture

Percubaan Kali Ketiga Pasti Berjaya: Hisense Lanjutkan Perkongsian Strategik dengan UEFA Taja EURO 2024

Hisense
2023-09-04 16:19 65

BERLIN, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat elektronik dan perkakas pengguna global Hisense mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian sebagai penaja global UEFA EURO 2024™. Ini akan menjadi UEFA EURO ketiga berturut-turut Hisense akan menaja selepas menjadi rakan kongsi untuk dua edisi terdahulu dan penajaan FIFA World Cup 2022™ yang berjaya. Hisense akan turut mendapat hak penajaan untuk pusingan kelayakan UEFA Eropah pada tahun 2023-24 & 2025-26, perlawanan akhir Liga Negara-negara UEFA pada tahun 2025, UEFA U21 EURO 2025, Finalissima 2024 dan UEFA Futsal 2026 sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

Hisense extends its partnership with UEFA for EURO 2024
Hisense extends its partnership with UEFA for EURO 2024

Guy-Laurent Epstein, Pengarah Pemasaran UEFA menghargai pelanjutan perkongsian mereka oleh Hisense dan mengulas: "Saya teruja kerana Hisense memperbaharui komitmennya kepada sukan bola sepak Eropah sebagai Rakan Kongsi rasmi UEFA EURO 2024™, yang akan menjadi EURO ketiga berturut-turut bersama-sama. Teknologi mereka terus membantu menjadikan bola sepak lebih mudah diakses dan menyeronokkan kepada peminat seluruh dunia."

Pemasaran sukan terus menjadi elemen penting dalam pertumbuhan global Hisense serta membina pengiktirafan jenama di seluruh dunia. Hisense menyaksikan kesedaran jenama luar negara meningkat hampir dua kali ganda sejak lima tahun yang lalu.

Fisher Yu, President of Hisense Group, announcing the partnership with UEFA
Fisher Yu, President of Hisense Group, announcing the partnership with UEFA

Selepas pengumuman mengenai penajaan UEFA EURO 2024™ yang akan datang, Fisher Yu, Presiden Hisense Group Holdings Co., Ltd. turut menyatakan dalam kemunculan sulung ucaptama di IFA 2023, Hisense berupaya untuk berhubung bersama pengguna di serata dunia melalui penajaan sukan kami, sebagai cara yang hebat untuk membina kepercayaan terhadap jenama kami. Bagi meneruskan pembinaan jenama di peringkat global, Hisense akan menyediakan kepada peminat di seluruh dunia dengan pengalaman tontonan UEFA EURO 2024™ yang tiada tandingan menerusi teknologi kualiti imejnya yang canggih.

EURO CUP interactive zone at Hisense’s IFA booth
EURO CUP interactive zone at Hisense’s IFA booth

Bermula daripada TV Laser jimat tenaga hingga inisiatif perlindungan alam sekitar global, Hisense menumpukan perhatian untuk melabur dalam inovasi dan menyediakan produk yang lebih hijau kepada pengguna untuk senario kehidupan yang sihat.

Selama bertahun-tahun, Hisense sentiasa berusaha untuk menjalin hubungan mendalam bersama pengguna di serata dunia, tanpa mengira di mana mereka tinggal atau bahasa yang mereka tuturkan untuk memahami dengan lebih baik dan memenuhi keperluan individu lebih ramai pengguna, meningkatkan kualiti serta pengalaman kehidupan seharian.

Source: Hisense
Keywords: Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Contracts Licensing/marketing agreements