omniture

wire China 2023: Mengumpul Momentum Pacu Pembangunan Masa Depan Industri Wayar & Kabel

Messe Düsseldorf (Shanghai) Co., Ltd.
2023-09-04 16:36 27

SHANGHAI, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- Pameran Perdagangan Industri Wayar & Kabel Seluruh China - Antarabangsa (wire China 2023) ke-10, dianjurkan secara bersama oleh Messe Düsseldorf (Shanghai) Co., Ltd. dan Shanghai Electric Cable Research Institute Co., Ltd., dibuka secara besar-besaran di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai pada 4 September.

"Kecerdasan Digital + Rendah Karbon" mengaktifkan enjin pertumbuhan

Memfokuskan pada trend terkini seperti "Pembuatan Pintar", "Hijau dan Rendah Karbon", "Inovasi Digital" dan "Pembangunan Mampan", wire China 2023 menghimpunkan lebih daripada 900 pempamer domestik dan asing, dihampar dengan keluasan lebih 57,500m2, untuk mempamerkan inovasi, produk dan penyelesaian berkualiti untuk industri wayar dan kabel. Skop pameran meliputi pembuatan wayar dan kabel, mesin kemasan, pemprosesan kabel tambahan, bahan-bahan mentah dan tambahan untuk kabel (kabel optik), wayar dan kabel siap, teknologi pengukuran dan kawalan, kejuruteraan ujian dan bidang-bidang lain yang berkaitan.

Aktiviti-aktiviti berlangsung serentak bergilir-gilir mencetuskan gelombang kecerdasan baharu

Semasa pameran, pihak penganjur bekerjasama dengan agensi kerajaan, persatuan industri dan institusi kewangan bagi melancarkan beberapa forum dan persidangan profesional.

Tema wire China 2023 adalah "mengukuhkan rantaian industri, berkumpul untuk pembangunan pintar". Ia komited untuk meningkatkan pembangunan rantaian industri, melalui perbincangan mengenai trend ekonomi baharu dan corak pembangunan baharu, menganalisis status pembangunan industri wayar dan kabel tempatan dan antarabangsa, menerbitkan laporan mengenai daya saing perusahaan, mengatasi cabaran teknikal serta masalah sukar yang berkaitan dengan kabel.

Forum Teknologi Industri Belitan Wayar 2023, dengan tema "Kecekapan Tinggi, Kecerdasan, Perlindungan Alam Sekitar dan Inovasi" akan mengadakan perbincangan dan pertukaran mendalam mengenai topik-topik yang menjadi trend seperti "pembangunan teknikal wayar belitan rata untuk kenderaan elektrik, pembinaan kilang pintar dan protokol perlindungan alam sekitar yang semakin tegar," bagi menggalakkan pembangunan industri ini yang berkualiti tinggi.

Pihak penganjur telah menganjurkan dengan teliti beberapa persidangan dan aktiviti pertukaran teknikal bertema semasa wire China 2023. Pelbagai forum dengan tema-tema berbeza termasuk sub-forum Ekonomi Perindustrian, sub-forum Hijau dan Rendah-Karbon, sub-forum Pembuatan Pintar dan sub-forum Inovasi Digital dijadualkan. Tumpuan akan diberikan pada pendigitalan wayar & kabel serta kecerdasan dan pembangunan dengan cara yang mesra alam. Perusahaan terkenal dan pakar kanan daripada industri ini akan menyampaikan ucapan untuk berkongsi topik-topik berwawasan dan mencetuskan gelombang kecerdasan!"

Untuk butiran lanjut mengenai pameran tersebut, sila kunjungi laman web rasmi wire China: www.wirechina.net.

Source: Messe Düsseldorf (Shanghai) Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Mining/Metals Utilities New products/services Trade show news