omniture

Minggu Tenaga Lestari ASEAN Thailand 2023: Penyelesaian Tenaga Sehenti Sungrow Terangi Pasaran Solar C&I Baru Muncul di Asia Tenggara

Sungrow Power Supply Co., Ltd.
2023-09-05 09:01 56

BANGKOK, 5 September 2023  /PRNewswire/ -- Sungrow, pembekal penyongsang dan penyelesaian sistem storan tenaga global yang terkemuka, mendedahkan penyelesaian tenaga semua-senarionya yang terkini di Minggu Tenaga Lestari ASEAN Thailand 2023. Penyelesaian ini merangkumi aplikasi komersial dan industri serta kediaman berskala-utiliti. Komitmen Sungrow kepada inovasi teknologi yang berterusan bertujuan untuk meningkatkan sekuriti tenaga Asia Tenggara dan menggalakkan pempelbagaian holistik struktur tenaganya. Sungrow turut menandatangani perjanjian kerjasama yang strategik bersama pengedar MGS serta PI untuk bersama-sama membantu peralihan tenaga Thailand.


Ketika ini, bahan api fosil mendominasi landskap tenaga Asia Tenggara. Menerima tenaga boleh baharu akan menjadi amat penting dalam penyahkarbonan rantau ini. Menjelang tahun 2025, anggota-anggota ASEAN menyasarkan tenaga boleh baharu untuk membentuk 23% daripada bekalan tenaga utama, kapasiti tenaga baharu untuk mencecah 35% dan pengurangan sebanyak 30% dalam nisbah keamatan tenaga.

Sungrow memperkenalkan penyelesaian storan-solar bersepadu untuk projek berskala-utiliti bagi mempercepatkan peralihan tenaga

Sektor kuasa solar berskala-utiliti di Asia Tenggara mengalami pertumbuhan yang cukup besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Berdasarkan kepada pengalaman praktikal selama lebih daripada 26 tahun, Sungrow tekal memperbaharui produknya dan memperkenalkan sistem storan tenaga yang disejukkan oleh cecair PowerTitan berinovasi. Ia menawarkan teknologi storan solar dan tenaga boleh baharu bersepadu dengan lancar, lalu meningkatkan kecekapan penjanaan kuasa. Keserbagunaannya, keselamatan yang tinggi dan keupayaan untuk mencapai penyesuaian kepada pelbagai persekitaran yang rumit menjadikannya popular di seluruh dunia dan aplikasi PowerTitan dalam Projek Hibrid SPP Thailand, inisiatif kuasa storan-solar yang terbesar, mendapat pujian tinggi daripada pelanggan. Tambahan pula, produk unggulan pengubah keadaan yang baharu penyongsang modular "1+X" akan dilancarkan di Asia Tenggara bagi meningkatkan pembangunan solar tempatan.

Sungrow memperkenalkan penyelesaian C&I inovatif, komprehensif yang mengurangkan impak bocoran kuasa.

Kos tenaga elektrik yang semakin meningkat dan storan tenaga memacu penggunaan kuasa solar di taman perindustrian dan komersial di seluruh Asia Tenggara. Penyelesaian tenaga Sungrow yang terkini untuk sektor C&U mencakupi penyongsang, sistem storan tenaga, pengoptimum kuasa, pengecas EV dan platform iSolarCloud. Dengan menyediakan penyelesaian yang merangkumi semua, taman-taman ini dapat memanfaatkan tenaga bersih dan memastikan bekalan kuasa yang konsisten semasa bocoran kuasa. Versi platform iSolarCloud yang akan datang memperkasa pemilik loji untuk mengurus tenaga mereka dengan pintar dan mudah. Ini termasuk ciri-ciri seperti lokasi loji satu-klik, diagnosis kerosakan yang pantas, storan data yang selamat dan antara muka boleh disesuaikan, seterusnya meningkatkan kawalan operasi.

Satu pengenalan penting di Asia Tenggara ialah kemunculan sulung pengoptimum kuasa SP600S. Disesuaikan untuk memenuhi keperluan dasar Asia Tenggara dan faedah loji dalam tempoh jangka panjang, SP600S mengatasi produk yang serupa lantaran dwifungsiannya iaitu "pengoptimuman" dan "penutupan". Produk ini, diperakui oleh TÜV Rheinland dan CSA, telahpun diaplikasikan dalam perusahaan Thai.

Penyelesaian kediaman Sungrow bersedia untuk memenuhi permintaan yang melonjak

Selain daripada sokongan dasar, infrastruktur kuasa Asia Tenggara tetap mudah terjejas, khususnya di negara-negara kepulauan yang dicirikan oleh grid luar-grid, populasi pulau yang berselerak dan talian overhed bukan piawai. Penyelesaian solar kediaman menyumbang untuk menstabilkan penggunaan elektrik kediaman.

Penyelesaian kediaman Sungrow mencakupi penyongsang hibrid dan bateri, bagi memenuhi pelbagai keperluan keluarga. Menekankan aspek keselamatan tenaga solar di rumah, Sungrow melaksanakan perlindungan yang komprehensif terhadap kilat, kebakaran, kakisan dan kerosakan akibat air. Langkah-langkah ini dapat menjamin fungsian produk walaupun dalam persekitaran yang ekstrem. Tambahan pula, ciri-ciri seperti pengurangan hingar dan peralihan kuasa yang lancar menawarkan peluang kepada keluarga untuk menikmati tenaga elektrik bersih tanpa bimbang.


Michael Ruan, Pengarah Sungrow Asia Tenggara menyatakan, "Asia Tenggara sedang mengalami pertumbuhan tenaga boleh baharu yang pesat. Selama bertahun-tahun, Sungrow terlibat secara mendalam dalam pasaran ini dan meraih beberapa pencapaian di Asia Tenggara termasuk menyerahkan loji janakuasa storan-solar terbesar di rantau ini, projek atas bumbung untuk kilang-kilang Toyota Boshoku Group, Intel dan Bosch, projek PV 100 MW di Malaysia, projek PV 20MW di Myanmar, antara lain. Untuk terus mempermudah peralihan tenaga di rantau ini, Sungrow tetap komited kepada inovasi teknologi, menyediakan produk terkemuka dan perkhidmatan profesional serta terus bekerjasama dengan rakan kongsi bagi meningkatkan proposisi tenaga bersih dalam campuran tenaga rantau ini dan memastikan penggunaan tenaga elektrik yang mampan."

Latar Belakang Sungrow

Sungrow Power Supply Co., Ltd. ialah jenama penyongsang yang paling dipercayai dan boleh menjana keuntungan di dunia, dengan pangkalan pemasangan yang luas melebihi 405 GW di seluruh dunia setakat Jun 2023. Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Profesor Cao Renxian, Sungrow menerajui industri penyongsang solar dalam penyelidikan dan pembangunan, mempunyai pasukan R&D berdedikasi yang terbesar. Portfolio produk syarikat ini yang pelbagai termasuk penyelesaian penyongsang PV, sistem storan tenaga, penyelesaian loji PV terapung, penyelesaian pengecasan EV, penyelesaian pemanduan NEV dan sistem penghasilan hidrogen boleh baharu. Dengan kepakaran selama lebih 26 tahun dalam bidang PV, produk Sungrow memberi kuasa kepada lebih 150 negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai Sungrow, sila kunjungi www.sungrowpower.com.

 

Source: Sungrow Power Supply Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news