omniture

Casio bakal Lancar Komuniti Virtual G-SHOCK

CASIO COMPUTER CO., LTD.
2023-09-05 09:00 37

Mencipta Titik Sentuh Baharu untuk Pengguna dengan Pengagihan Terhad NFT Percuma untuk Penyertaan Acara

TOKYO, 5 September 2023  /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini permulaan komuniti pengguna yang interaktif menerusi pelancaran projek VIRTUAL G-SHOCK. Komuniti ini dibangunkan untuk berfungsi sebagai titik sentuhan antara barisan jam tangan kalis-hentakan G-SHOCK dan pengguna. Keluaran awal 15,000 G-SHOCK CREATOR PASS NFT (token tidak sepiawai) edisi terhad, yang membolehkan pemegang mengambil bahagian dalam acara-acara yang diadakan dalam komuniti VIRTUAL G-SHOCK akan diagihkan di peringkat global secara percuma melalui blok rantai Polygon* bermula pada 23 September 2023.
*1. Blok rantai untuk pengagihan NFT

G-SHOCK diperkenalkan buat julung kali pada tahun 1983 dengan struktur kalis-hentakan. Sejak itu, Casio mencapai kedudukan yang tiada tandingan untuk G-SHOCK sebagai jenama yang disukai di seluruh dunia, memperluaskan kumpulan pengguna melalui kolaborasi bersama tokoh-tokoh dalam bidang fesyen, sukan, seni, muzik dan arena kebudayaan yang lain.

Bagi memperluaskan lagi kumpulan pengguna, Casio menggunakan teknologi digital yang berkembang pesat seperti NFT dan metasemesta untuk komuniti mayanya, membuka peluang untuk projek kreatif bersama serta pengalaman serba baharu yang lain.

Langkah pertama untuk komuniti VIRTUAL G-SHOCK ialah pelancarannya pada Discord,*2 diikuti oleh pengagihan awal 15,000 G-SHOCK CREATOR PASS NFT edisi terhad secara percuma bermula pada 23 September. Pemegang pas juga akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam projek-projek kreatif bersama serta acara-acara lain yang diadakan dalam komuniti.
*2. Perkhidmatan komunikasi suara, video dan teks berpangkalan di AS

Projek-projek kreatif bersama termasuk Pertandingan Reka Bentuk Warna G-SHOCK CREATOR PASS yang akan menentukan reka bentuk pas (warna, bahan dan corak). Reka bentuk yang diserahkan akan diundi oleh ahli-ahli komuniti dan penyertaan yang berjaya akan menjadi reka bentuk untuk pas sebenar. Pelbagai projek akan datang juga sedang dibangunkan.

Projek ini hanyalah permulaan bagi pengalaman maya baharu yang akan disampaikan oleh Casio kepada pengguna G-SHOCK.

Laman Virtual G-SHOCK
https://casio.link/487nP0e

 

G-SHOCK CREATOR PASS
G-SHOCK CREATOR PASS

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD.
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services Blockchain