omniture

Pembersih Udara dan Air Coway Diiktiraf di IDEA 2023

Coway Co., Ltd.
2023-09-05 09:51 36

SEOUL, Korea Selatan, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," sekali lagi menunjukkan kepakaran reka bentuk yang luar biasa dengan memperoleh anugerah Perak dan Gangsa serta pencalonan Finalis di International Design Excellence Awards (IDEA) 2023.

Multi-Action Air Purifier 2 (AP-1523D), the Silver Awardee at IDEA 2023
Multi-Action Air Purifier 2 (AP-1523D), the Silver Awardee at IDEA 2023

Dihoskan setiap tahun oleh Industrial Designers Society of America (IDSA), IDEA ialah sebuah program anugerah reka bentuk yang amat berpengaruh di Amerika Utara. IDEA berfungsi sebagai platform untuk mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan reka bentuk, menganugerahi produk yang mempelopori cara baharu yang inovatif untuk menambah baik kehidupan harian.

Dalam edisi pada tahun ini, Coway mencapai kejayaan yang mengagumkan dengan memperoleh tiga anugerah: 'Multi-Action Air Purifier 2 (AP-1523D)' diberi penghormatan dengan anugerah Perak, 'Icon Max Free Water Purifier (CHP-4600N)' memperoleh anugerah Gangsa sementara 'Skin Plus Water Softener (BB-16/17A)' mendapat pengiktirafan penting sebagai Finalis.

Penerima anugerah Perak, Multi-Action Air Purifier 2 (AP-1523D) menerima pengiktirafan yang layak untuk reka bentuk bulat yang inovatif, dicirikan oleh apertur pusat yang meningkatkan kecekapan aliran udara. Elemen reka bentuk yang bijak membolehkan udara bersih mencapai jarak yang lebih jauh berbanding model terdahulu. Hasilnya, prestasi penulenan dan kecekapan keseluruhan telah mencapai peringkat baharu. Penunjuk kualiti udara masa sebenar, dipaparkan melalui kuartet lampu warna yang tersendiri, memberi gambaran keseluruhan yang intuitif kepada pengguna bagi kualiti udara dalam ruang kediaman mereka. Baru-baru ini, produk ini dilancarkan di Korea Selatan dan turut tersedia di Malaysia, yang mana ia dipasarkan di bawah nama 'Storm II Air Purifier.'

Menerima anugerah Gangsa, Icon Max Free Water Purifier (CHP-4600N), menonjol atas reka bentuk daya ciptanya, yang menghapuskan had ruang pemasangan. Menampilkan tangki air mudah tanggal, pengguna boleh menempatkan penulen air di tempat yang sesuai dan ruang terbaik mereka, dan bukannya dihadkan oleh kedekatan dengan paip air. Dengan dimensi 26-cm luas yang rapi dan reka bentuk minimalis yang ditakrifkan oleh garisan yang kemas, unit ini berharmoni dengan lancar bersama sebarang persekitaran. Di samping itu, pensterilan UV automatik meningkatkan kelayakan kebersihan, berserta nyahpasang yang lancar untuk pembersihan yang mudah. Produk ini kini tersedia di Jepun.

"Kami komited untuk mengenal pasti keperluan terkini pelanggan secara proaktif bagi menyampaikan produk dan pengalaman pengguna yang disesuaikan secara lancar dengan ruang hidup sebenar," ujar Hwang Jin-sang, Ketua Coway Design Center. "Dengan berpegang kepada pendekatan reka bentuk minimalis yang menghapuskan elemen yang tidak perlu, matlamat kami adalah untuk mengoptimumkan fungsian bawaan dalam produk kami dan meningkatkan nilai yang kami berikan kepada pelanggan dengan konsisten," tambah beliau.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards