omniture

Enjin Edge V2 Baharu TXOne Networks untuk Keselamatan Siber OT Menyampaikan Keupayaan Pertama dalam Industri untuk Penjanaan Peraturan Automatik, Mendayakan Segmentasi Rangkaian yang Mudah

TXOne Networks
2023-09-06 10:00 6

Di SEMICON Taiwan 2023, TXOne Networks akan mempamerkan enjin Edge V2 baharu, penyelesaian praktikal yang pertama dalam industri untuk mentakrifkan peraturan secara berkesan kos dalam segmen-segmen rangkaian OT bagi mengasingkan pelanggaran keselamatan dan melindungi operasi yang andal

TAIPEI, 6 September 2023 /PRNewswire/ -- TXOne Networks, peneraju bagi keselamatan siber industri, mengumumkan generasi kedua enjin Edge bagi menghapuskan penularan jangkitan rangkaian teknologi operasi (OT) dan melindungi operasi yang andal. Edge V2 merupakan penyelesaian industri yang pertama menyampaikan penjanaan peraturan automatik, mendayakan segmentasi rangkaian yang mudah dalam persekitaran OT berskala besar yang rumit.

TXOne Networks akan mempamerkan perkakas keselamatan OT dibina khas Edge dengan memanfaatkan enjin V2 baharu di Reruai P5322 bertempat di SEMICON Taiwan 2023, dijadualkan berlangsung pada 6-8 September di Taipei.

"Rangkaian penyelesaian Edge kami membantu menjamin keandalan, keselamatan dan ketersediaan proses industri dan infrastruktur dengan menyampaikan perlindungan aset OT yang proaktif dan menghapuskan tindakan berniat jahat pada peringkat penghasilan yang amat penting," kata Terence Liu, ketua pegawai eksekutif, TXOne Networks. "Pengenalan kepada keupayaan unik kami untuk penjanaan peraturan automatik pada Edge V2 merupakan satu penemuan penting untuk syarikat semikonduktor dan organisasi dalam sektor seperti pembuatan, minyak dan gas, automotif serta farmaseutikal. Edge V2 menghapuskan usaha selama berbulan-bulan untuk menyediakan persekitaran OT bagi segmentasi rangkaian yang berkesan untuk memastikan operasi berjalan sepanjang acara keselamatan siber."

Persekitaran OT biasanya merupakan rangkaian gergasi, pelbagai dan rata yang melaluinya kompromi satu peranti boleh disebarkan dengan cepat melalui rangkaian dalaman kepada semua peranti terhubung yang lain. Segmentasi rangkaian yang berkesan merupakan langkah penting yang pertama untuk mengawal dan mengurangkan kemudaratan kejadian keselamatan. Namun demikian, memandangkan setiap segmen rangkaian biasanya dicirikan oleh aplikasi, perisian dan perkakasan berbeza yang berfungsi bersama untuk menyelesaikan tugas OT tertentu, ia dahulunya memakan masa, intensif-buruh dan terlampau mahal untuk mentakrifkan beribu-ribu peraturan yang berpotensi sekitar apa yang dibenarkan oleh protokol dan isyarat rangkaian untuk dihantar merentas segmen tertentu sekiranya berlaku pelanggaran.

Enjin Edge v2 mendayakan segmentasi rangkaian yang mudah melalui penjanaan dan pembelajaran peraturan automatik. Penyelesaian TXOne Networks belajar daripada trafik komunikasi yang melalui rangkaian organisasi dan menghasilkan senarai kepercayaan protokol-OT yang disesuaikan untuk infrastruktur khusus itu. Edge V2 dilengkapi dengan reka bentuk keterlihatan rangkaian OT berorientasikan operasi dan mekanisme penggunaan dasar pintar-OT termaju. Penyelesaian ini turut menyampaikan penampungan maya sebaris demi perlindungan proaktif daripada kerentanan tanpa masa henti operasi, kefleksibelan faktor bentuk untuk membina postur pertahanan-mendalam serta analisis mendalam merentas rangkaian protokol rangkaian yang sangat besar.

Ketahui lebih lanjut mengenai Edge. Ikuti TXOne Networks pada BlogTwitter dan LinkedIn.

Latar Belakang TXOne Networks
TXOne Networks menawarkan penyelesaian keselamatan siber yang memastikan keandalan dan keselamatan sistem kawalan industri dan persekitaran teknologi operasi. TXOne Networks bekerjasama dengan kedua-dua pengeluar terkemuka dan pengendali infrastruktur kritikal untuk membangunkan pendekatan praktikal dan mesra operasi untuk pertahanan siber. TXOne Networks menawarkan kedua-dua produk berasaskan rangkaian dan berasaskan titik akhir untuk menjamin rangkaian OT dan peranti kritikal misi menggunakan pendekatan pertahanan mendalam pada masa sebenar.
www.txone.com

Source: TXOne Networks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications New products/services Trade show news