omniture

noco-noco dan 3DOM Alliance Group umumkan bateri dilengkapi dengan X-SEPA™ melebihi 2,000 kitaran pada 60℃ dalam ujian yang sedang berjalan

noco-noco
2023-09-06 22:06 176

SINGAPURA dan TOKYO, 6 September 2023 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian penyahkarbonan noco-noco Inc. (Nasdaq: NCNC, "noco-noco") dan 3DOM Alliance Group hari ini mengumumkan bahawa bateri ion-litium yang dilengkapi dengan pemisah X-SEPA proprietari dan elektrolit tahan suhu tinggi telah menjangkaui 2,000 kitaran di bawah keadaan 60°C dalam ujian hayat kitaran cas-nyahscas yang berterusan.

Figure 1. Comparison of charge-discharge cycle life at 60℃ (Source: 3DOM Alliance Group)
Figure 1. Comparison of charge-discharge cycle life at 60℃ (Source: 3DOM Alliance Group)

X-SEPA ialah teknologi pemisah revolusioner yang dibangunkan oleh 3DOM Alliance Group yang menyumbang kepada jangka hayat dan prestasi bateri yang dipertingkat. noco-noco memegang lesen eksklusif dan berusaha untuk mengkomersialkan teknologi ini, termasuk di Asia Tenggara yang mana negara-negara sedang mengalami kehangatan yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Suhu setinggi 60°C memendekkan jangka hayat bateri ion-litium konvensional dengan ketara. Bagi mengatasi isu ini, 3DOM Alliance Group menggunakan X-SEPA digabungkan dengan elektrolit tahan suhu tinggi yang mempunyai takat didih tinggi, untuk menyekat degradesi elektronik dengan berkesan.

Sebelum ini, integrasi elektrolit ini ke dalam bateri ion-litium konvensional menimbulkan cabaran terutamanya ekoran kelikatannya yang tinggi, yang mengakibatkannya tidak serasi dengan pemisah polipropilena tujuan-umum. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan apabila digabungkan dengan pemisah X-SEPA™ ekoran struktur sangat berliang X-SEPAdan kebolehbasahan kuat bahan poliimidanya dengan elektrolit organik.

Keputusan interim bagi ujian hayat kitaran cas-nyahcas yang sedang berjalan pada 60°C menunjukkan bahawa bateri yang dilengkapi dengan X-SEPA™ dan elektrolit tahan suhu tinggi menunjukkan pengekalan kapasiti lebih tinggi yang ketara berbanding bateri menggunakan elektrolit tujuan-umum dan pemisah selepas 2,000 kitaran. Jangka hayat dilanjutkan kira-kira sebanyak lima kali ganda apabila akhir-hayat bateri ditetapkan pada pengekalan kapasiti 80%, yang biasa untuk aplikasi kenderaan elektrik.

Ujian dalaman mengesahkan selanjutnya bahawa takat didih yang lebih tinggi bagi elektrolit tahan suhu tinggi, mengurangkan secara drastik bengkak dalam sel bateri berlamina apabila dipanaskan pada plat panas lebih 150°C. Ini dapat mengatasi isu kritikal yang timbul apabila peranti berkuasa bateri didedahkan kepada persekitaran suhu tinggi.

Keputusan terkini menunjukkan kemajuan signifikan memandangkan kira-kira 900 kitaran pada masa keputusan interim terdahulu diumumkan oleh 3DOM Alliance Inc. dan noco-noco pada April 2023.

Pakar-pakar teknikal daripada 3DOM Alliance Group akan membentangkan perincian kajian ini di Mesyuarat Musim Luruh 2023 Electrochemical Society of Japan yang akan diadakan di Kyushu University pada 11 dan 12 September 2023.

Masataka Matsumura, Ketua Pegawai Eksekutif noco-noco, mengulas, "Kami teruja mengenai penemuan penting ini dan berharap dapat mengesahkan potensi penuh teknologi ini semasa ujian berjalan. Kami percaya ia akan menjadi satu perubahan langkah dalam mempercepatkan pengelektrikan lestari, terutamanya di wilayah-wilayah dengan keperluan bateri yang tidak dipenuhi yang dapat menyampaikan prestasi lebih tinggi dan hayat lebih panjang walaupun dalam cuaca yang amat panas."

Latar Belakang noco-noco

noco-noco ialah penyedia penyelesaian penyahkarbonan yang berusaha untuk mempercepatkan transformasi global kepada ekonomi neutral-karbon. Menerusi X-SEPA™, teknologi pemisah bateri yang direka bentuk untuk prestasi tahan haba yang berpanjangan dan tinggi serta platform pemajakan neutral-karbon noco-noco, noco-noco berharap dapat memenuhi keperluan untuk penyelesaian tenaga yang bersih, mampu milik dan mampan. noco-noco Inc. membuat penampilan sulung Nasdaq pada Ogos 2023. Untuk maklumat lanjut mengenai noco-noco, kunjungi www.noco-noco.com

Latar Belakang 3DOM Alliance Group

Dipimpin oleh 3DOM Alliance Inc., yang berpangkalan di Tokyo, 3DOM Alliance Group berusaha untuk menyelesaikan masalah alam sekitar melalui penyelidikan dan pembangunan teknologi termaju dan model perniagaan yang menggalakkan penyahkarbonan dan pemuliharaan ekologi.

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan dalam pengertian seksyen 27A Akta Sekuriti A.S. 1933, sebagaimana yang dipinda ("Akta Sekuriti"), dan seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti A.S. 1934 ("Akta Bursa") yang berdasarkan kepercayaan dan andaian dan maklumat yang tersedia ketika ini untuk noco-noco. Dalam beberapa keadaan, anda boleh mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan dengan perkataan yang berikut: "boleh," "akan," "dapat,"  "hendak," "sepatutnya," "dijangka," "berniat," "merancang," "menjangka," "percaya," "menganggar," "meramalkan," "mengunjurkan," "berpotensi," "terus," "berterusan," "sasaran," "mencari" atau negatif atau jamak bagi perkataan-perkataan ini, atau ungkapan lain yang serupa yang merupakan ramalan atau menunjukkan peristiwa atau prospek masa depan, walaupun tidak semua kenyataan pandang ke hadapan mengandungi perkataan ini. Apa-apa kenyataan yang merujuk kepada jangkaan, unjuran atau ciri lain bagi peristiwa atau keadaan masa depan, pasaran di mana noco-noco beroperasi serta apa-apa maklumat berhubung keputusan operasi masa depan noco-noco yang berkemungkinan atau diandaikan, juga merupakan kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan ini melibatkan risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain yang mungkin menyebabkan keputusan sebenar, tahap aktiviti, prestasi atau pencapaian berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan pandang ke hadapan ini. Walaupun noco-noco percaya bahawa ia mempunyai asas yang munasabah untuk setiap kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam komunikasi ini, noco-noco memberi amaran kepada anda bahawa kenyataan ini adalah berdasarkan gabungan fakta dan faktor yang diketahui ketika ini dan unjuran masa depan, yang sememangnya tidak pasti. noco-noco tidak boleh memberi jaminan kepada anda bahawa kenyataan pandang ke hadapan dalam komunikasi ini akan terbukti tepat. Kenyataan pandang ke hadapan ini tertakluk kepada beberapa risiko dan ketidakpastian, termasuk, antara lain, impak pandemik COVID-19 global, hasil daripada sebarang litigasi berpotensi, prosiding kerajaan atau kawal selia dan risiko-risiko dan ketidakpastian lain. Mungkin terdapat risiko tambahan yang tidak diketahui oleh noco-noco ketika ini atau yang dipercayai oleh noco-noco ketika ini adalah tidak material yang juga boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada yang terkandung dalam kenyataan pandang ke hadapan. Memandangkan ketidaktentuan yang ketara dalam kenyataan pandang ke hadapan ini, anda tidak seharusnya menganggap kenyataan ini sebagai representasi atau jaminan oleh noco-noco dan pengarah, pegawai atau pekerja masing-masing atau mana-mana orang lain yang mana noco-noco akan mencapai objektif dan rancangan mereka dalam mana-mana tempoh masa tertentu, atau sama sekali. Kenyataan pandang ke hadapan dalam siaran akhbar ini mewakili pandangan noco-noco setakat tarikh komunikasi ini. Peristiwa dan perkembangan seterusnya boleh menyebabkan pandangan tersebut berubah. Walau bagaimanapun, walaupun noco-noco boleh mengemas kini kenyataan pandang ke hadapan ini pada masa depan, tiada niat semasa untuk berbuat demikian, kecuali setakat yang diperlukan oleh undang-undang yang terpakai. Justeru itu, anda seharusnya tidak bergantung pada kenyataan pandang ke hadapan ini sebagai mewakili pandangan noco-noco pada mana-mana tarikh selepas tarikh komunikasi ini.

Source: noco-noco
Related Stocks:
NASDAQ:NCNC
Keywords: Oil/Energy Utilities