omniture

SANY Heavy Industry Lapor Keputusan Kewangan: Peningkatan 35.87% dalam Hasil Jualan Antarabangsa

SANY Group
2023-09-08 08:44 100

CHANGSHA, China, 8 September 2023 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera berat global yang terkemuka SANY Heavy Industry ("SANY") melaporkan keputusan kewangan separuh pertama 2023nya pada 30 Ogos. Hasil kendaliannya menurun sebanyak 0.38% kepada 39.496 bilion yuan (AS$ 5.44 bilion), manakala keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat-syarikat yang disenaraikan meningkat sebanyak 29.07% kepada 3.4 bilion yuan (AS$ 468.3 juta). Aliran tunai bersih daripada aktiviti perniagaan adalah sebanyak 402 juta yuan (AS$ 55.37 juta).

Dalam Suku Kedua 2023, pendapatan kendalian SANY mencecah 21.709 bilion yuan (AS$ 2.99 bilion), satu peningkatan 10.93% berbanding tahun sebelumnya; keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham syarikat-syarikat yang disenaraikan mencapai 1.888 bilion yuan (AS$ 260 juta), meningkat 80.81% berbanding tahun sebelumnya.

The half-year 2023 in numbers
The half-year 2023 in numbers

Pertumbuhan besar dalam pasaran luar negara dengan kelebihan kompetitif diperkukuh 

SANY meningkatkan daya saing antarabangsanya dan mencapai lonjakan pertumbuhan prestasi yang bersejarah – hasil jualan antarabangsa dalam separuh pertama 2023 berjumlah 22.466 bilion yuan (AS$ 3.09 bilion), satu peningkatan mendadak sebanyak 35.87% berbanding tahun sebelumnya kepada 56.88% daripada hasil kendalian keseluruhan.

Tatkala SANY terus mengembangkan komposisi perniagaan globalnya, syarikat ini memperluaskan skop strategi globalisasinya. SANY kini beroperasi di lebih 180 negara dan wilayah, dengan Eropah dan Amerika Utara menunjukkan pertumbuhan terpantas. Produk-produk berikut mencapai peningkatan jualan paling ketara di luar negara dalam separuh pertama tahun 2023:

  • Jentera pengorek: 9.957 bilion yuan (AS$ 1.37 bilion), meningkat 31.79%
  • Jentera konkrit: 4.508 bilion yuan (AS$ 620.91 juta), meningkat 13.74%
  • Jentera pengangkat: 3.763 bilion yuan (AS$ 518.3 juta), meningkat 57.68%
  • Jentera jalan raya dan banyak lagi: 4.238 bilion yuan (AS$ 583.72 juta), meningkat 61.21%

Kilang-kilang pembuatan pintar SANY di Indonesia, India dan A.S. meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran luar negara dengan aplikasi lebih daripada 100 teknologi pembuatan canggih serta pengurusan pengeluaran dalam talian yang dicapai melalui sistem digital.

Hala tuju strategik ke arah matlamat "dwi karbon" dan pembangunan mampan 

SANY melabur sebanyak 2.875 bilion yuan (AS$ 395.86 juta) ke dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada separuh pertama tahun 2023 yang menumpukan pada strategi-strategi globalisasi, pendigitalan dan penyahkarbonan. Syarikat ini memajukan pembangunan pengelektrikan untuk membawakan produk elektrik dengan penggunaan rendah yang berkualiti tinggi, seterusnya menerajui trend industri rendah karbon.

Selain daripada mengurus lebih 20 teknologi pengelektrikan utama pada separuh pertama tahun 2023, SANY melancarkan lebih daripada 130 produk baharu, termasuk rig gerudi berputar elektrik pertama dunia, pam konkrit 710S generasi baharu, kren rangkak teleskopik elektrik pertama dunia SCE800TB-EV, kren trak 200-tan tanan terbesar dan trak pencampur hidrogen pertama dengan sistem sel bahan api yang dibangunkan sendiri.

"SANY yakin akan pertumbuhan dalam pasaran luar negara dan akan terus memajukan hala tuju strategik kami, terutamanya meningkatkan pelaburan dalam R&D dengan komitmen yang teguh kepada matlamat pembangunan mampan untuk menerajui industri ini ke arah pembangunan yang berkualiti tinggi dan pintar," kata Xiang Wenbo, pengerusi bergilir SANY Group dan pengerusi SANY Heavy Industry.

Untuk maklumat lanjut mengenai SANY Group, sila kunjungi www.sanyglobal.com atau ikuti kami di Facebook atau YouTube.

 

Source: SANY Group
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Mining/Metals Oil/Energy Utilities Earnings