omniture

Xinhua Silk Road: Guangzhou Selatan China bakal mengadakan persidangan mengenai pelaburan iklim global, pembinaan sistem pembiayaan

Xinhua Silk Road
2023-09-08 08:43 39

BEIJING, 8 September 2023 /PRNewswire/ -- Persidangan Pelaburan dan Pembiayaan Iklim Antarabangsa Pearl Bay 2023 bakal diadakan di Daerah Nansha, Guangzhou, ibu kota Wilayah Guangdong, selatan China pada 13-15 September.


Bertemakan "pembiayaan iklim demi dunia lebih baik", persidangan itu menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan kepada sektor hijau, rendah-karbon dengan mencipta sistem perkhidmatan pembiayaan antarabangsa yang pelbagai dan menggalakkan selanjutnya pembangunan industri-industri yang berkaitan dengan perubahan iklim di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau.

Persidangan itu merancang untuk menyediakan tempat utama di Nansha dan sub-tempat luar negara di Singapura, Paris Perancis dan Dubai UAE. 

Wakil-wakil daripada kerajaan, organisasi antarabangsa, institusi kewangan dan kumpulan pemikir akan terlibat dalam perbincangan berkisarkan topik seperti "membina Jalur dan Jalan hijau", "membiayai inovasi teknologi rendah-karbon yang memperkasa", "amalan China dalam pelaburan dan pembiayaan iklim" serta "mencipta pusat pelaburan dan pembiayaan peringkat antarabangsa."

Persidangan berkenaan akan turut menganjurkan aktiviti-aktiviti pertukaran budaya seperti lawatan, persembahan dron dan "Nansha Night" serta "Pearl Bay Night", menyediakan platform untuk dialog antara kerajaan dan perniagaan untuk bersama-sama mencari laluan baharu demi pembangunan hijau, rendah-karbon.

Di samping itu, satu siri aktiviti juga akan dilancarkan seperti pengumpulan projek tindak balas perubahan iklim global, laporan pembiayaan iklim dan pembangunan industri serta penubuhan pusat pelaburan dan pembiayaan iklim untuk memaparkan amalan China dalam pelaburan dan pembiayaan iklim serta menunjukkan tindakan China dalam bertindak balas kepada isu perubahan iklim.

Diperhatikan bahawa persidangan itu dihoskan secara bersama oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Guangdong, Xinhua News Agency serta Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar dan dilaksanakan oleh Kerajaan Rakyat Bandar Guangzhou, Xinhua News Agency Cawangan Guangdong serta China Economic Information Service.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/335940.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Publishing/Information Service Environmental Issues Trade show news Future Events Cision Influencer List - ESG