omniture

Unilumin terangi FIBA 2023 dengan 600 meter persegi paparan LED

Unilumin Group., Ltd.
2023-09-08 08:57 15

MANILA, Filipina, TOKYO dan JAKARTA, Indonesia, 8 September 2023 /PRNewswire/ -- Piala Dunia Bola Keranjang FIBA 2023 bermula di Filipina, Jepun dan Indonesia pada 25 Ogos.

Unilumin Sports
Unilumin Sports

Sebagai pembekal LED rasmi FIBA, Unilumin menyediakan sejumlah 600 meter persegi paparan perimeter dan penyelesaian bersepadu untuk lima arena pertandingan termasuk Stadium Filipina, Stadium Araneta, Mall of Asia Complex, Stadium Indonesia dan Stadium Okinawa.

Ketika stadium-stadium menjalani penaiktarafan digital, paparan LED profesional menjadi penting untuk memaparkan maklumat dan siaran langsung. Paparan perimeter LED boleh menggantikan sempadan stadium tradisional serta memenuhi keperluan maklumat pertandingan dan paparan pengiklanan komersial.

Di dalam arena, paparan LED Unilumin menampilkan teknologi HDR yang menghasilkan semula imej realistik pertandingan sukan dan frekuensi segar semula yang amat tinggi bagi membolehkan imej jelas semasa rakaman kamera. Berbanding dengan paparan LED konvensional, paparan perimeter mengguna pakai reka bentuk anti-perlanggaran dengan topeng lembut bagi mengelakkan kecederaan kepada pemain, sekali gus memastikan operasi yang normal di bawah impak intensiti yang tinggi. Kesemua paparan LED yang digunakan di arena memenuhi syarat-syarat keselamatan FIBA yang ketat.

FIBA dan Unilumin menikmati perkongsian yang berjaya sejak tahun 2019 apabila Unilumin dilantik sebagai pembekal LED jangka panjang rasmi untuk pertandingan antarabangsa peringkat tinggi FIBA. Dalam tempoh lima tahun kolaborasi, Unilumin bukan sahaja menyediakan produk LED profesional dan penyelesaian bersepadu untuk Piala Dunia Bola Keranjang FIBA 2019 di China, EuroBasket 2022 dan Piala Dunia Bola Keranjang FIBA 2023, syarikat ini turut berkolaborasi dengan FIBA untuk membangunkan siri paparan LED yang disesuaikan untuk permainan bola keranjang, bertujuan untuk menyampaikan pengalaman audio-visual berkualiti terbaik kepada khalayak global.

Tiger Lin, pengerusi Unilumin Group berkata: "Sebagai Pembekal Global Rasmi untuk FIBA, Unilumin Sports berbesar hati membantu FIBA untuk menyampaikan acara bola keranjang yang berkualiti tinggi kepada para peminat di serata dunia. Penyelesaian Metasight bersepadu Unilumin membawakan pengalaman audio-visual terunggul kepada peminat dan saya berharap kami terus mengukuhkan kerjasama kami bersama FIBA dan menyumbang lebih kegemerlapan kepada industri sukan."

Unilumin, sebuah syarikat berpangkalan di China yang ditubuhkan pada tahun 2004, ialah pembekal paparan LED, produk lampu dan penyelesaian Metasight yang terkemuka di dunia. Dalam sektor sukan, Unilumin menawarkan rangkaian produk LED komprehensif yang disesuaikan untuk pelbagai sukan termasuk bola keranjang, bola sepak, renang, bola tampar dan tenis, antara lain.

Unilumin Sports
Unilumin Sports

 

Unilumin Sports
Unilumin Sports

 

 

 

Source: Unilumin Group., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300232
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports