omniture

SIBIONICS Lancar Penemuan Ulung SIBIO KS1 CKM untuk Pemantauan Tahap Keton

SIBIONICS
2023-09-08 09:20 43

SHENZHEN, China, 8 September 2023 /PRNewswire/ -- SIBIONICS, peneraju bagi elektronik pengguna bio-boleh pakai, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Sistem Pemantauan Keton Berterusan (CKM) SIBIO KS1, peranti boleh pakai biometrik terbaru daripada syarikat ini yang direka bentuk untuk mengukur tahap keton. Mempunyai pensijilan CE untuk biosensor boleh pakai bagi memantau penjagaan kesihatan, KS1 ialah sensor dan pemancar semua-dalam-satu pertama di dunia yang menyediakan fungsi pemantauan masa sebenar kepada pengamal diet keton. Kini, individu yang mengamalkan diet ketogenik atau terlibat dalam aktiviti fizikal akan dapat memantau nilai keton tanpa henti selama 14 hari.


KS1 ialah bio-boleh pakai pengguna yang direka bentuk dengan sensor 14-hari yang menyediakan fungsi pemantauan 24/7. Kemudian, pengguna akan dapat membaca dan memahami nilai keton tubuh mereka bagi memantau kesihatan mereka dengan lebih baik dan menyesuaikan gaya hidup dan pilihan makanan mereka sewajarnya. Maklum balas yang diberikan oleh KS1 dibuat setiap lima minit melalui sambungan Bluetooth dan boleh dibaca pada aplikasi mudah alih oleh pemakai.

"Tujuan membangunkan SIBIO KS1 CKM adalah untuk memperluaskan teknologi penderiaan biometrik SIBIONICS terdahulu yang telahpun dikuasai untuk menyediakan keupayaan pemantauan berkualiti lebih tinggi dan lebih tepat. Memandangkan tahap keton darah merupakan salah satu penunjuk penting yang diberi lebih perhatian oleh individu-individu yang mengamalkan gaya hidup dan mempunyai keperluan pemakanan tertentu pada masa kini, KS1 merupakan langkah logik yang seterusnya untuk R&D di SIBIONICS. Dengan penemuan ulung ini, tahap keton darah kini boleh dipantau dengan cara yang lebih visual supaya individu dapat mengelakkan ketosis berlebihan yang boleh membawa kepada asidosis," kata Alfred Hu, Naib Presiden Kanan SIBIONICS.

Direka bentuk untuk kemudahan penggunaan oleh pemakai setiap hari yang mungkin tidak mempunyai pengalaman terdahulu dalam membaca biopenanda dan menilai data mereka, SIBIO KS1 CKM tidak memerlukan tusukan jari dan sebaliknya menggunakan sensor hipodermik invasif minimum yang tidak menyakitkan. Pengetahuan kesihatan dan pemakanan kini mudah diakses agar individu boleh menentukan tahap keton mereka dengan cepat dan berkesan. Ciri kalis air IPX8 juga bermakna KS1 boleh dipakai semasa berenang, mandi atau bersenam tanpa menimbulkan sebarang kerosakan atau pincang tugas.

SIBIONICS telahpun mengumumkan ketersediaan percubaan percuma SIBIO KS1 CKM. Mereka yang berminat untuk merasai manfaat KS1 boleh mengunjungi laman web: https://www.sibiosensor.com/pages/free-trial?spm=..index.header_1.1 untuk mendaftar percubaan tersebut. Di samping itu, satu lagi teknologi teras syarikat ini, Sistem Pemantauan Glukosa Berterusan (CGM), yang bakal memperoleh pensijilan CE, akan dilancarkan dalam masa terdekat. Nantikan perkembangan terkini yang selanjutnya daripada SIBIONICS.

HUBUNGI: Sandra Zhang, zy.zhang@sibionics.com

Source: SIBIONICS
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Mobile Entertainment New products/services