omniture

Ampace Bakal Membuat Kemunculan Sulungnya di Pameran Perdagangan Motosikal Antarabangsa China, Mempelopori Era Baharu dalam Kuasa E-motosikal

Xiamen Ampace Technology Limited
2023-09-09 01:58 30

CHONGQING, China, 9 September 2023 /PRNewswire/ -- Pada 15 September, Xiamen Ampace Technology Limited (selepas ini dirujuk sebagai "Ampace"), sebuah syarikat perintis yang memfokuskan pada kajian dan inovasi bateri litium termaju, bersedia membuat kemunculan sulungnya di Pameran Perdagangan Motosikal Antarabangsa China ke-21. Ampace bersiap sedia untuk mendedahkan barisan bahan revolusioner dan produk bateri litium termaju yang dicipta dengan teliti untuk E-motosikal. Dengan empat penemuan teknologi yang penting - "kuasa terunggul, keselamatan terunggul, pengecasan pantas dan sambungan selari berbilang-pek" - Ampace menumpukan perhatian untuk mempersembahkan penyelesaian yang inovatif bagi menangani cabaran dari segi kuasa, jarak dan keselamatan yang timbul daripada trend pengelektrikan motosikal yang semakin berkembang pesat, untuk berada di barisan hadapan dalam menerajui dorongan menuju era baharu perejangan E-motosikal.

Ampace Product Launch Information
Ampace Product Launch Information

Tatkala industri automotif beralih ke arah pengelektrikan, trend menuju motosikal elektrik juga menjadi semakin jelas. Sebagai respons kepada cabaran teknikal yang biasa dalam industri ini, termasuk keserasian, keselamatan, kuasa dan jangka hayat panjang, Ampace memanfaatkan pengalamannya yang luas dalam kajian dan inovasi bateri litium berkualiti tinggi untuk membangunkan sistem bahan yang penting dan produk bateri yang disesuaikan untuk E-motosikal.

Pengenalan kepada inovasi bateri litium perintis tidak lama lagi, direka bentuk khusus untuk E-motosikal, menandakan kemunculan teknologi bateri generasi seterusnya. Perkembangan ini menjadi bab yang penting dalam usaha berterusan Ampace untuk menerajui peralihan global daripada bahan api tradisional kepada kuasa elektrik dalam lingkungan penukaran tenaga.

Selain daripada memperkenalkan produk baharu yang inovatif, Ampace bersedia untuk mengetengahkan pendekatannya bagi menangani rintangan teknologi yang dihadapi oleh perusahaan mikro-kenderaan. Syarikat ini memfokuskan untuk mendemonstrasikan strategi pengurusan kitar hayat penuh yang melibatkan empat teknologi menonjol: "kuasa terunggul, keselamatan terunggul, pengecasan pantas dan sambungan selari berbilang-pek".

Sebagai usaha sama antara dua syarikat gergasi bateri litium global yang terkemuka, iaitu Contemporary Amperex Technology Limited (CATL) dan Amperex Technology Limited (ATL), Ampace mewarisi kepakaran teknologi bateri litium termaju selama lebih daripada dua puluh tahun daripada syarikat-syarikat induknya.

Dalam lingkungan aplikasi mikro-kenderaan, Ampace berbeza dalam tiga domain penting. Penyelesaian E-motosikal menawarkan pengalaman kepada penunggang yang melangkaui pengalaman kereta sport. Wajar diingatkan bahawa Ampace tekal berada di kedudukan teratas dalam pasaran bateri litium E-motosikal. Penyelesaian E-skuter memberi sokongan yang boleh diharapkan untuk keperluan berulang-alik jarak dekat penduduk. Sebaliknya, penyelesaian saling-tukar-bateri bandar menyampaikan produk bateri litium yang kuat, sangat selamat dan tahan lama kepada operator saling-tukar-bateri global.

HUBUNGI: 
Janice Ye
yeqq@ampacetech.com 

 

 

 

Source: Xiamen Ampace Technology Limited
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities New products/services Trade show news