omniture

Forum Komunikasi Pintar Antarabangsa China 2023 Membina Kesepakatan Antarabangsa dan Mempermudah Inovasi Media

CCTV.com
2023-09-09 15:45 58

WUXI, China, 9 September 2023 /PRNewswire/ -- Forum Komunikasi Pintar Antarabangsa China 2023, dihoskan oleh China Media Group dan Kerajaan Rakyat Wilayah Jiangsu, berlangsung di Wuxi, Jiangsu pada 7 hingga 9 September.

China International Intelligent Communication Forum 2023
China International Intelligent Communication Forum 2023

Forum ini telahpun diadakan sebanyak dua kali sejak tahun 2021, membina platform termaju untuk pertukaran antarabangsa dan kerjasama dalam komunikasi pintar. Bertemakan "Perjalanan Baharu menuju Ketersambungan Tanpa Sempadan", forum pada tahun ni menghimpunkan bekas orang kenamaan politik, wakil daripada organisasi antarabangsa, duta ke China serta wakil media Cina dan asing, pakar, cendekiawan dan juga usahawan. Mereka berkongsi pandangan dan pencapaian berhubung trend pembangunan komunikasi pintar, tanggungjawab media dalam era kecerdasan dan sebagainya.

Para peserta forum melibatkan pemimpin berkaitan daripada China Media Group dan Kerajaan Rakyat Wilayah Jiangsu, pegawai berkaitan daripada Kerajaan Rakyat Perbandaran Wuxi, Lin Shangli, Presiden Renmin University of China, Matteo Renzi, bekas perdana menteri Itali, Erik Solheim, Bekas Penolong Setiausaha Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu dan Presiden EU-Asia Centre, Shahbaz Khan, Wakil Pejabat Serantau Berbilang Sektor UNESCO bagi Asia Timur dan John Collins, Ahli Akademik Cambridge University. Mereka menghadiri forum ini secara bersemuka atau melalui pautan video dan menyampaikan ucapan. Semasa forum ini, China Media Group membuat pelancaran besar-besaran "CMG Algorithm".

Wakil-wakil dalam kalangan anak muda di dalam dan luar negara dijemput untuk sesi dialog meja-bulat, bagi mencari penyelesaian dari perspektif pelbagai budaya melalui perbincangan, yang bertumpu sekitar peluang dan cabaran baharu yang dihadapi oleh generasi muda dalam era media pintar.

Tiga sub-forum mengenai "Teknologi Pintar", "Penggunaan Pintar" dan "Budaya Pintar" diadakan, bersama-sama satu siri aktiviti seperti "Siaran Langsung Global 'Wuxi ke Persada Dunia'", "Perjalanan Selebriti Internet ke Wuxi" dan "Lawatan Duta Wuxi".

Wuxi, bandar penganjur, telah lama terkenal sebagai "Mutiara Berkilauan Tasik Taihu dan Tanah Makmur Wilayah Jiangnan". Dengan lebih 3,000 tahun rekod yang dicatatkan, Wuxi merupakan salah satu tempat lahir budaya Wu dan menjadi tempat bermulanya industri dan perdagangan negara pada abad ke-20. Dalam tahun-tahun kebelakangan, Wuxi telah menggunakan forum ini sebagai satu peluang untuk membangunkan industri media pintar dan menggunakan pencapaian kerjasama.

Source: CCTV.com
Keywords: Entertainment Publishing/Information Service Trade show news Future Events