omniture

Tao Bin memperkenalkan Smart Robotic Barista di Malaysia, mengubah industri minuman tempatan

Tao Bin
2023-09-09 16:30 10

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 September 2023 /PRNewswire/ -- Tao Bin, fenomena minuman di Thailand, telah membuat kemasukan pertama mereka di Malaysia, iaitu Smart Robotic Barista.

Dari kanan Ketua Pejabat Eksekutif Tao Bin Sdn Bhd, En Johnson Fung dan Ketua Pegawai Teknologi En Moti Utam di sebelah Mesin Barista Robotik Pintar yang baru dilancarkan - TaoBin
Dari kanan Ketua Pejabat Eksekutif Tao Bin Sdn Bhd, En Johnson Fung dan Ketua Pegawai Teknologi En Moti Utam di sebelah Mesin Barista Robotik Pintar yang baru dilancarkan - TaoBin

Berbeza dengan mesin minuman layan diri yang sedia ada di pasaran, mesin ini menawarkan 180 pilihan minuman, berkualiti barista, dibancuh sempurna dengan menggunakan bahan bermutu seperti biji kopi Arabica dari Ethiopia dan susu segar khas dari New Zealand. Pengguna dapat menikmati minuman dengan masa yang diperlukan dalam 60 ke 150 saat sahaja.

Pengguna juga boleh memilih pelbagai jenis selekesi minuman seperti air soda, smoothie, protein shake, kopi dan teh, sama ada panas atau ais. Mesin ini turut memenuhi citarasa dan keutamaan diet individu yang prihatin tentang kesihatan. Pengguna diberi pilihan untuk menyesuaikan tahap manis minuman mereka, bermula dari tanpa gula hingga 100% gula. Selain itu, syarikat Tao Bin sangat berkomitmen terhadap kelestarian alam. Kesemua cawan, penutup, dan straw diperbuat daripada bahan kitar semula Polipropilena (PP#5).

Mesin Smart Robotic Barista ini dilengkapi skrin sentuh definisi tinggi terkini, dan diintegrasikan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI), dan Internet Pelbagai Benda (IoT).

"Teknologi IoT dapat mengumpulkan data pembelian masa sebenar, mencatat penggunaan bahan, serta memastikan bahan-bahan sentiasa tersedia dan diukur secara konsisten. Pembayaran boleh dibuat dengan mudah melalui pilihan e-wallet seperti DuitNow QR" kata Ketua Pegawai Teknologi dan Operasi, Moti Utam.

Syarikat tersebut memperkenalkan mesin Smart Robotic Barista kepada para tetamu dan orang awam pada majlis pelancaran "Tao Bin Has Landed" di Publika Shopping Gallery pada 9 dan 10 September. Mereka yang hadir dapat merasai peluang menggunakan mesin tersebut yang didatangkan dengan 180 pilihan menu, serta menyaksikan bagaimana mesin ini mencipta minuman dengan ketepatan dan kelajuan. 

Semenjak Jun 2023, Tao Bin Sdn Bhd telah meluaskan penempatan mereka di kawasan Lembah Klang, dengan menempatkan lebih 30 unit mesin di lokasi strategik seperti pusat beli-belah utama, universiti, hospital, pejabat peribadi, dan kondominium. Antaranya ialah Sunway College, Hospital Thomson, Universiti Mahsa, Universiti Nottingham, MITEC, Lalaport GMB, 3 Damansara, dan MyKart@Tropicana Gardens Mall. Pulau Pinang adalah lokasi kedua penempatan mesin berkenaan dan 4 unit mesin sudah mula beroperasi bermula Ogos 2023. Syarikat ini turut menyasarkan 250 unit mesin ditempatkan di lokasi tumpuan awam sehingga akhir tahun ini.  Lokasi sasaran jangka panjang seterusnya adalah di bandar dan negeri lain seperti Seremban, Melaka, dan Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif Tao Bin Sdn Bhd, Johnson Fung berkata, Tao Bin berazam untuk menyasarkan sehingga 250 unit mesin menjelang akhir tahun dan berharap mesin Smart Robotic Barista dan minuman yang kami tawarkan akan menjadi pilihan rakyat Malaysia.  

Pulau Pinang adalah lokasi kedua penempatan mesin berkenaan dan 8 unit mesin sudah mula beroperasi bermula Ogos 2023. Antara lokasinya ialah Kompleks Bukit Jambul, The One Academy Penang, 1st Avenue Mall, Megamal Pinang, Butterworth Bus Terminal, dan Prangin Mall. Lokasi sasaran jangka panjang seterusnya adalah di bandar dan negeri lain seperti Seremban, Melaka, dan Johor. 

Pemasangan Smart Robotic Barista ini adalah sangat mudah, ia hanya memerlukan ruang 1 meter persegi dan soket kuasa standard 13A untuk operasi. Syarikat Tao Bin turut membekalkan sendiri mesin dengan air osmosis berbalik (RO Water) untuk menjamin kualiti dan konsistensi minuman di semua lokasi.

Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat Tao Bin dan mesin Smart Robotic Barista, sila layari laman web di https://www.taobinmalaysia.com/ atau hubungi +603 7620 8883

Source: Tao Bin
Keywords: Beverages Computer/Electronics Non-Alcoholic Beverages Retail Corporate Expansion New products/services Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things