omniture

Malaysia bakal menjadi Tuan Rumah WEPACK ASEAN 2023 November ini

RX (China) Investment Co., Ltd.
2023-09-11 10:00 112

SHANGHAI, 11 September 2023 /PRNewswire/ -- WEPACK ASEAN 2023, acara industri yang utama untuk pasaran pembungkusan dan pencetakan Asia Tenggara, bakal diadakan di Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur mulai 22-24 November 2023. Ekspo tersebut menggabungkan enam pameran, setiap satu meliputi segmen yang penting dalam sektor ini: Corrugated ASEAN 2023, FoldingCarton ASEAN 2023, DPrint ASEAN 2023, Paper ASEAN 2023, Food Pack & Tech ASEAN 2023 dan PACKCON ASEAN 2023.

WEPACK ASEAN 11.22-24 in Malaysia
WEPACK ASEAN 11.22-24 in Malaysia

Enam pameran ulung menyatukan peneraju global untuk kolaborasi industri pembungkusan

Dengan peralihan yang strategik dalam pembuatan global, kumpulan pengguna yang semakin berkembang di Asia Tenggara memacu pertumbuhan yang signifikan dalam pembuatan merentas rantau ini. Hari ini, Asia Tenggara menjadi salah satu hab ekonomi yang paling rancak dan cerah masa depannya di dunia. Hasilnya, terdapat permintaan yang semakin melambung tinggi di seluruh rantau ini untuk teknologi pembungkusan, peralatan dan pekerja mahir. Pandangan jauh yang strategik, memfokuskan pada kecekapan dan kualiti, adalah sangat penting. WEPACK ASEAN 2023 bersiap sedia untuk menyediakan platform pemadanan perdagangan ulung untuk lebih 200 peserta pameran terkenal di seluruh dunia dan lebih 4,000 pengunjung profesional dari Malaysia, Vietnam, Thailand, Indonesia, India, Filipina, Myanmar, Laos, Kemboja, Singapura dan selanjutnya.

20 Tahun Sumber Industri Pembungkusan Global, Menghimpunkan Lebih 200 Peserta Pameran Terkenal Seluruh Dunia 

RX mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun menganjurkan pameran-pameran profesional dalam pasaran pembungkusan global. Menyedari adanya peluang yang semakin berkembang di Asia Tenggara, mereka memperkenalkan buat julung kalinya pameran ulung mereka, WEPACK ASEAN di rantau ini pada tahun ini. Langkah ini bertujuan untuk memenuhi permintaan pemproses pembungkusan Asia Tenggara terhadap peralatan dan bahan-bahan pembungkusan berkualiti terbaik dan untuk merapatkan jurang sedia ada untuk platform perolehan yang komprehensif di kawasan ini. 

Pembahagian acara ini kepada enam segmen membolehkan pameran dipilih susun diadakan untuk pembangunan produk termaju, disesuaikan mengikut nuansa tersendiri dalam industri pembungkusan dan pencetakan Asia Tenggara. Menjadi sorotan, Corrugated ASEAN, mengambil inspirasi daripada SinoCorrugated, sebuah acara dengan legasi selama lebih 20 tahun menggabungkan sumber dan kepakaran dalam sektor pembungkusan berombak dan kertas. Dalam edisi Malaysia ini, lebih daripada 100 pembuat kotak berombak berwarna dan peralatan kertas mentah antarabangsa yang terkemuka akan mempamerkan produk mereka, lalu menempatkan WEPACK ASEAN sebagai sebuah acara industri yang amat diperlukan untuk pihak berkepentingan dalam bidang pencetakan dan pembungkusan Asia Tenggara.

Memaparkan Acara Selari: Mempermudah Perkaitan Perniagaan

Seiring dengan WEPACK ASEAN, pihak penganjur akan menjadi hos untuk forum sidang kemuncak industri. Agendanya mencakupi teknologi canggih dan trend pembangunan dalam sektor pembungkusan, khususnya berkenaan karton dan kotak berwarna. Para hadirin akan memperoleh pemahaman daripada kajian kes pembungkusan yang berjaya di seluruh Asia dan di peringkat global serta gambaran keseluruhan amalan pengurusan perniagaan yang komprehensif, bermula daripada kawalan kos dan operasi hingga penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan strategi pemasaran. Sidang kemuncak ini berjanji untuk menarik minat pemimpin-pemimpin daripada firma-firma Asia Tenggara yang terkenal, bersama-sama wakil-wakil daripada syarikat-syarikat pembungkusan bersaiz sederhana serta kecil-kecilan dan persatuan-persatuan industri, kesemuanya bersemangat untuk sentiasa mengambil tahu tentang kemajuan industri global dan menanggapi trend pasaran yang terkini.

Jelajah WEPACK ASEAN: Lawati Syarikat Pembungkusan Cemerlang Tempatan

Semasa menghadiri WEPACK ASEAN, anda akan berpeluang melawat syarikat-syarikat dan kilang-kilang pembungkusan terkemuka di Malaysia. Anda akan berupaya mendapat pemahaman yang komprehensif tentang falsafah pengurusan, operasi pasaran dan perspektif pembangunan syarikat-syarikat pembungkusan kertas tempatan. Ia merupakan satu peluang penting untuk perkongsian ilmu dan pertukaran pengalaman yang luas.

Jumpa anda di Malaysia

WEPACK ASEAN 2023 akan berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur, Malaysia, mulai 22-24 November 2023. Prapendaftaran kini dibuka di laman web, sila dapatkan tiket percuma anda lebih awal.

Source: RX (China) Investment Co., Ltd.
Related Stocks:
NYSE:RELX
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers Retail Trade show news General Manufacturing