omniture

CGTN: Wilayah timur laut China majukan penggiatan semula melalui inovasi teknologi

CGTN
2023-09-11 11:11 66

BEIJING, 11 September 2023 /PRNewswire/ -- "Kami mempunyai keyakinan penuh dan harapan terhadap penggiatan semula timur laut yang komprehensif dalam era baharu," kata Presiden China Xi Jinping semasa satu lawatan pemeriksaan di wilayah timur laut China pada Ogos tahun lalu.

Sejak Kongres Kebangsaan Parti Komunis China (CPC) ke-18, Xi telah melakukan beberapa lawatan ke wilayah timur laut dan menganjurkan beberapa simposium yang membincangkan tentang penggiatan semula wilayah berkenaan yang komprehensif, menggambarkan kepentingan yang diletakkan oleh presiden China ke atas kawasan itu.

Kawasan timur laut, mencakupi wilayah Liaoning, Jilin dan Heilongjiang telah mencapai kemajuan yang besar ke arah penggiatan semula ekonomi, satu pencapaian yang diluluskan oleh Xi pada hari Jumaat semasa lawatan yang lain di Wilayah Heilongjiang. Beliau turut menegaskan keperluan untuk memajukan lagi inovasi teknologi yang merupakan kunci untuk menggalakkan industri-industri yang penting di wilayah itu.

Dibangunkan berdasarkan asas perindustrian sedia ada wilayah berkenaan, ia perlu bersungguh-sungguh memajukan pembangunan pembuatan termaju yang berkualiti tinggi, mempercepatkan penaiktarafan industri-industri tradisional dan memanfaatkan kuasa augmentatif inovasi teknologi yang melibatkan pengoptimuman yang berterusan terhadap struktur ekonomi dan perindustrian, kata Xi.

Wilayah berkenaan mempunyai kluster industri-industri strategik yang amat penting untuk kedua-dua ekonomi dan keselamatan negara. Ia menawarkan ruang yang besar untuk pembangunan dan mempunyai potensi yang amat besar, lalu menyumbang dengan aktif kepada pewujudan ekosistem perindustrian kontemporari yang cepat dan cekap.

Bahagian industri-industri teknologi-tinggi yang semakin meningkat dalam rangka kerja ekonomi dalaman wilayah tersebut menunjukkan tanda-tanda kebangkitan semula yang cerah masa depannya di wilayah berkenaan. Dalam separuh pertama tahun ini, output bernilai tambah bagi pembuatan berteknologi tinggi dalam sektor perindustrian Heilongjiang meningkat sebanyak 18 peratus berbanding tahun sebelumnya, melebihi purata negara sebanyak 16.3 mata peratusan. Sementara itu, sektor pembuatan farmaseutikal menyaksikan 15.7 peratus pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya dalam output bernilai tambah, manakala sektor aeroangkasa dan pembuatan peralatan mencatatkan peningkatan 24.2 peratus yang luar biasa.

Trend ini menandakan bahawa transformasi industri memasuki fasa pertumbuhan yang dipercepatkan dengan kapasiti untuk melahirkan pelbagai pemangkin yang segar demi kemajuan. Dalam pada itu, permulaan beberapa projek baharu di tiga wilayah itu menandakan respons positif kepada pengembangan akses pasaran kerajaan yang selari dengan ucapan Xi pada hari Jumaat.

"Kita harus menyelaraskan perdagangan, pelaburan, pengangkutan dan pembinaan platform dengan lebih baik, meneroka dengan berani dan mempelopori aspek-aspek seperti akses pasaran, mobiliti faktor dan keterbukaan institusi serta mencipta corak keterbukaan baharu yang komprehensif untuk dunia luar," kata Xi.

Di Shenyang, ibu kota Liaoning, lebih 730 projek bernilai lebih daripada 100 juta yuan ($13.6 juta) dilancarkan dalam separuh pertama tahun ini, menandakan peningkatan 14.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. Khususnya, syarikat-syarikat gergasi antarabangsa dan domestik seperti BMW dan EVE Energy memperhebat kehadiran mereka di bandar perindustrian itu, memfokuskan pada sektor kenderaan elektrik dan meluaskan pelaburan mereka. Jumlah pelaburan daripada syarikat-syarikat mencecah berpuluh-puluh bilion yuan.

Di Jilin, kemajuan pembinaan beberapa "projek-mega" yang memfokuskan pada tenaga baharu dan pemulihan ekologi turut dipercepatkan. Dari Januari hingga Julai, wilayah tersebut menarik 233 projek bernilai lebih daripada 1 bilion yuan, mewakili pertumbuhan pelaburan sebanyak 23.7 peratus.

Wilayah timur laut turut dikenali sebagai hab pertanian di China, yang menurut Xi harus menjadi asas bagi menjamin sekuriti makanan negara ini.

Wilayah itu perlu memberi keutamaan yang lebih besar kepada pembangunan teknologi pertanian dan dalam masa yang sama menggalakkan pertanian berpacukan teknologi, pertanian mesra alam, pertanian berkualiti dan pertanian berjenama, kata beliau.

Di Daerah Lishu, yang pernah dikunjungi oleh Xi, merupakan contoh pembangunan pertanian berpacukan teknologi wilayah berkenaan diperlihatkan sepenuhnya. Terletak di Jiling, tapak bijirin komoditi yang utama, daerah itu mengubah pembajakan tradisional menjadi suatu proses yang memulihara tanah hitam secara menyeluruh, yang merupakan kunci kepada pengeluaran bijirin wilayah berkenaan. Sejak tiga tahun yang lalu, kawasan-kawasan pembajakan di bawah "model Lishu" meningkat dua kali ganda kepada 3 juta mu (200,000 hektar), lalu menyumbang kepada output pertanian sebanyak 81.6 bilion jin (40 juta tan) di Jilin dalam tahun 2022, satu pencapaian tinggi mencatat rekod.

https://news.cgtn.com/news/2023-09-08/China-s-northeast-region-to-advance-revitalization-via-tech-innovation-1mVZp8F42jK/index. html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion