omniture

SAROOP ROSHI RAIH GELARAN MISS WORLD MALAYSIA 2023; GALA AMAL "BEAUTY WITH A PURPOSE" KUMPUL RM192,000 UNTUK PENERIMA DANA AMAL

HyperLive Entertainment
2023-09-11 11:36 33

KOTA KINABALU, Malaysia, 8 September 2023  /PRNewswire/ -- Saroop Roshi, seorang pelajar psikologi tahun akhir yang berusia 25 tahun dari Perak, muncul sebagai pemenang dan meraih gelaran Miss World Malaysia 2023 yang menjadi idaman.

Kemenangan Saroop adalah lebih daripada sekadar detik yang paling besar; ia menandakan suatu perayaan ke atas usaha dan dedikasi beliau. Ganjaran sebanyak RM15,000, ditaja dengan murah hati oleh LYC Group, mengiktiraf perjalanan luar biasa beliau. Beliau selanjutnya dihadiahkan dengan barang kemas yang indah bernilai RM25,000, hadiah ditaja oleh CERES Jewels.

Pemenang tempat kedua dan tempat ketiga, masing-masing Natalie Ang dari Pulau Pinang dan Shu Wen Chai dari Sabah meraihkegemilangan mereka. Vaishanavi dari Selangor mendapat gelaran Puteri Ketiga, manakala Ellesha Meschille dari Sabah dan Adlyn Jane Andrew dari Selangor dinamakan Puteri Keempat dan Kelima.

Perjalanan Saroop Roshi untuk meraih gelaran itu diiringi oleh suatu perjuangan yang mulia. Komitmen beliau kepada program pencegahan bunuh diri dan advokasi untuk kesihatan mental pada platform media sosial beliau dapat dihayati oleh khalayak.

Intipati utama Festival Kecantikan Miss World Malaysia 2023 terletak pada komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk mengusahakan inisiatif sosial bermakna yang memberi impak positif kepada keluarga yang tidak beruntung dan individu kurang bernasib baik. Pengiktirafan oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menekankan peranan penting acara ini dalam memupuk perubahan sosial yang positif.

Pada terasnya, inisiatif ini merupakan bukti kepada tindakan yang kolektif. Pasukan penganjur berkolaborasi dengan organisasi-organisasi yang disegani, termasuk Yayasan Nur Jauhar, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas (wad Onkologi dan Talasemia) dan Persatuan Penjagaan Paliatif Kota Kinabalu, untuk memulakan satu misiamal. Festival ini berperanan sebagai komitmen yang teguh untuk menawarkan ketenangan dan kelegaan kepada mereka yang menghadapi kesusahan.

Malam Gala Amal dan Anugerah Miss World Malaysia 2023, diadakan di Pacific Sutera Hotel sehari selepas Malam Pertandingan Miss World Malaysia 2023, memancarkan aura belas ihsan. Tetamu Kehormat acara tersebut, YB Phoong Jin Zhe diwakili oleh En. Amos Thien Tze Tin, Setiausaha Perhubungan Awam kepada Menteri MIDE Sabah. Tokoh-tokoh disegani yang hadir terdiri daripada YB Datuk Hj Al Hambra Tun Juhar, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Puan Julia Morley CBE, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Miss World Organization dan Miss World 2022 Karolina Bielawska.

Suatu tindakan mengharukan yang membangkitkan semangat acara tersebut dilakukan apabila pasukan penganjur menaja dengan bermurah hati iPad kepada lapan orang kanak-kanak berani yang sedang bertarung dengan penyakit kanser. Perbuatan ini bertujuan untuk menyemai harapan dan memberi kekuatan yang baru kepada mereka. Jumlah keseluruhan yang dikumpul untuk semua penerima dana amal adalahRM192,000 yang mengagumkan, satu bukti impak kolektif daripada hati yang prihatin.

Sepanjang minggu Festival itu, Finalis Miss World Malaysia 2023, dengan kerjasama Tavan Welfare and Entrepreneurship Association Sabah, memulakan satu perjalanan penuh kasih sayang ke Bukit Kokol. Menelusuri landskap berceranggah menggunakan kenderaan pacuan empat roda, konvoi seramai 40 orang tiba di Kampung Tombongon. Pengalaman secara langsung ini bertujuan untuk memperkasa belia, memupuk nilai kehidupan yang memberi inspirasi kepada perubahan masyarakat yang positif.

Ekspedisi berkenaan berubah menjadi sesuatu yang amat memilukan apabila para peserta mencurahkan kasih sayang dan belas kasihan kepada keluarga miskin dan warga emas yang tinggal bersendirian. Paparan daya tahan yang luar biasa disaksikan apabila Finalis mengharungi sungai, rupa bumi beralun dan melintasi jambatan gantung yang separuh rosak. Penghantaran pakej makanan keperluan, termasuk beras, tepung dan mee kering kepada warga emas kampung menekankan impak mendalam daripada misi ini.

Dr. Sean Wong PBM, Ketua Pegawai Eksekutif HyperLive Entertainment dan Pengarah Kebangsaan Miss World Malaysia, berkata: "Kami percaya bahawa kecantikan sejati melangkaui sifat luaran dan menemui intipatinya dalam tindakan yang dihayati dengan empati dan perubahan. Finalis Miss World Malaysia 2023 kami memaparkan contoh kepercayaan ini, menunjukkan bahawa bukan sahaja keanggunan luaran mereka tetapi juga kecantikan yang terpancar dari dalaman seseorang. Dedikasi mereka untuk memperkasa komuniti dan berdiri bersama-sama mereka yang kurang bernasib baik merupakan bukti kuasa transformatif rasa belas ihsan. Ayuh kita terus meningkatkan kehidupan mereka yang memerlukan, menyokong perubahan dan memberi inspirasi kepada belia Malaysia untuk menerima potensi mereka sebagai kekuatan untu melakukan kebaikan. Kolaborasi kami bersama Lembaga Pelancongan Sabah mengukuhkan komitmen kami untuk memajukan Pelancongan Sabah melalui acara-acara kami."

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, merupakan Tetamu Kehormat Malam PertandinganMiss World Malaysia 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah. Diwakili oleh YB Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Ketua Menteri memuji dedikasi nekad acara berkenaan terhadap pendekatan yang didorong oleh tujuan. Dalam pengakuan beliau, beliau menekankan evolusi pertandingan ratu cantik daripada pertunjukan kecantikan semata-mata kepada platform dengan hasrat mendalam serta potensi untuk membawa perubahan masyarakat yang positif.

Kemenangan dan kejayaan menyeluruh Saroop dalam Festival Kecantikan Miss World Malaysia 2023 tidak mungkin dikecapi tanpa usaha kolaboratif daripada rakan kongsi serta penyokong. FTAG Group, LYC Healthcare Berhad dan Cynosure, antara lain, memberi sumbangan yang amat diperlukan kepada perjalanan pemerkasaan dan transformasi yang positif ini. Komitmen acara tersebut terhadap perubahan bermakna diperkukuh oleh gabungan rakan usaha sama. Setiap penyumbang memainkan peranan penting dalam menterjemahkan visi menjadi suatu kenyataan yang luar biasa. Festival berkenaan dapat dijayakan dan dipersembahkan bersama olehWSG Group, Airworld Travel & Tours, De Glamz Academy dan Regas Premium Sabah. Sutera Harbour Resorts yang disegani melanjutkan peranan mereka sebagai Hotel Rasmi, sementara Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah menyandang peranan khusus sebagai rakan kongsi tempat acara rasmi. Sokongan iQIYI sebagai rakan kongsi siaran rasmi dan penglibatan Winecellars sebagai penajaminuman memperkayakan lagi pengalaman festival berkenaan.

Ketika Saroop Roshi menggalas peranan beliau sebagai Miss World Malaysia 2023, beliau mewujudkan intipati kecantikan yang melangkaui sifat luaran, memperjuangkan usaha yang meningkatkan dan memperkasa kehidupan. Acara-acara Miss World Malaysia berperanan sebagai bukti potensi tindakan kolektif untuk mencipta impak yang berkekalan.

Latar Belakang HyperLive Entertainment

HyperLive Entertainment ialah sebuah syarikat media kreatif menggunakan teknologi yang mengkhusus dalam penghasilan dan pengedaran kandungan media yang interaktif dan menghiburkan bagi mencipta nilai jenama dan harta intelek digital. HyperLive.tv ialah platform televisyen khas berlesen yang menggabungkan acara muzik, hiburan dan gaya hidup dengan ciri-ciri amat interaktif yang membawakan pengalaman menonton yang eksklusif serta menarik. HyperLive Entertainment merupakan pemegang lesen rasmi Miss World di Singapura dan Malaysia.

Untuk pertanyaan media dan maklumat lanjut, sila hubungi:

En. Eric Goh
Pengarah Urusan
Fantastic Golden Sdn Bhd
ericgoh@fantasticgolden.com 

Cik Adelyne Fung
Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan
HyperLive Entertainment Pte Ltd
adelyne.fung@hyperlive.tv

Source: HyperLive Entertainment
Keywords: Art Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Awards