omniture

FXGT.COM BAWAKAN PERDAGANGAN LEBIH PINTAR KE ASIA

FXGT.COM
2023-09-11 16:00 10

KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 September 2023 /PRNewswire/ -- Dalam pasaran Forex yang amat kompetitif di Asia yang mana semua orang tercari-cari penetap trend yang seterusnya, FXGT.com memimpin laluan perdagangan lebih pintar. Dianugerahkan 'Broker Terbaik Tahun 2023' baru-baru ini oleh AtoZ Markets, FXGT.com membuat perubahan yang besar sebagai platform terkenal yang merevolusikan pengalaman perdagangan di Asia.

Baru-baru ini, FXGT.com dijenamakan semula dengan identiti baharu yang jelas, menampilkan laman web mesra pengguna serba baharu yang mencerminkan misi broker yang diperluas untuk melakukan inovasi, memberi inspirasi dan meningkatkan pengalaman pedagang. Ketua Pegawai Pemasaran Constantinos Pavlides berkata 'Kami dengan bangganya mendedahkan jenama diperbaharui kami yang menandakan pencapaian penting dalam evolusi kami sebagai broker inovatif di Asia.'

Kedudukan 'Sebarang Perdagangan, Sebarang Strategi' ('Any Trade, Any Strategy') FXGT.com memberi kebebasan kepada pedagang untuk memilih jalan dan masa depan mereka sendiri.

Pertandingan Perdagangan Rasmi Pertama FXGT.com di Malaysia

Broker tersebut juga mengumumkan baru-baru ini pertandingan perdagangannya yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara, dengan kumpulan hadiah bernilai $35,000. Para pedagang dari Asia akan bersaing antara satu sama lain untuk berpeluang menjadi salah satu daripada 50 pemenang, yang akan mencapai kedudukan Pulangan Pelaburan (ROI) serta Keuntungan dan Kerugian (PnL) tertinggi. Kumpulan hadiah akan diagihkan dan dikreditkan terus ke akaun dagangan langsung pemenang-pemenang sebagai baki.

Pendaftaran dibuka pada 4 hingga 18 September. Pertandingan berlangsung mulai 20 September hingga 10 Oktober.

Kepercayaan dan Keselamatan

FXGT.com ialah broker dikawal selia penuh yang dilesenkan oleh FSA (Lembaga Perkhidmatan Kewangan Seychelles), FSCA (Lembaga Kelakuan Sektor Kewangan), VFSC (Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Vanuatu), serta CySEC (Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus).

Sebagai broker forex dan CFD dalam talian yang memenangi anugerah, FXGT.com memberi keyakinan dan kebolehpercayaan yang lebih besar kepada industri ini. Jenama ini dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan di seluruh dunia, mempunyai reputasi untuk memastikan perlindungan dan keselamatan dana yang kukuh dengan mengasingkan dana pelanggan.

Pilihan Perdagangan Terunggul

FXGT.com menetapkan standard untuk perdagangan lebih pintar dengan menawarkan pilihan luas lima akaun berbeza, setiap satunya sesuai dengan keperluan tertentu jenis dan gaya pedagang yang berbeza. Akaun 'ECN' mereka ideal untuk berdagang dengan spread mentah merentas semua kelas aset, sementara akaun 'PRO' mereka memenuhi keperluan pedagang yang paling mendesak yang mencari spread yang sangat rendah, dengan bayaran komisen dan swap sifar. Akaun 'Mini' ideal untuk pedagang baharu yang ingin berdagang dengan lot mikro manakala 'Standard+' disediakan untuk mereka yang ingin memperdagangkan pelbagai aset dengan promosi serta ganjaran hebat.

Pengalaman Perdagangan Lancar

FXGT.com menyediakan kepada pedagang dengan pelbagai jenis instrumen, bersama-sama keadaan perdagangan yang unggul, alat kajian pasaran untuk pandangan bermaklumat, berserta bonus untuk meningkatkan dagangan mereka. Mereka terus meningkatkan tawaran produk mereka, dengan pusat sumber yang komprehensif, kalendar ekonomi masa sebenar, eBuku bermaklumat dan glosari pedagang yang terperinci.

Merebut Peluang Perdagangan

Pedagang boleh berdagang dengan lebih pintar berbanding sebelum ini, dengan FXGT.com membawakan peluang pasaran yang lebih besar dalam forex, CFD, logam, saham, indeks dan tenaga.

Kefleksibelan Platform Perdagangan

FXGT.com menyediakan pelaksanaan yang pantas dan andal pada kedua-dua platform dagangan MT4 dan MT5, agar pedagang boleh menikmati kefleksibelan dan pilihan bagaimana untuk mengakses pasaran dunia. MT4 ialah salah satu platform dagangan paling popular di dunia, dengan antara muka mesra pengguna yang sesuai untuk pedagang daripada semua peringkat pengalaman, manakala MT5 menampilkan kelajuan pelaksanaan pesanan yang dipertingkat, keupayaan ujian balik termaju dan kedalaman pasaran yang lebih besar.

Alatan Pintar

FXGT.com menawarkan kepada pedagang dengan Kit Alat Pedagang Termaju MT5 inovatif, menampilkan alat-alat analisis, pelaksanaan dan utiliti yang direka bentuk untuk mengoptimumkan strategi pedagang. Kit Alat itu membolehkan pedagang Asia berdagang dengan lebih pintar dan dengan kecekapan lebih tinggi, bermula daripada mengurus risiko hingga memaksimumkan keuntungan berpotensi.

Untuk maklumat lanjut mengenai platform cemerlang kami sila kunjungi: FXGT.com

Source: FXGT.COM
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Awards Financial Technology