omniture

Jenama Yili Joyday sebagai Rakan Kongsi Ais Krim Global untuk FIBA Basketball World Cup 2023

Yili Group
2023-09-11 20:56 42

JAKARTA, Indonesia dan MANILA, Filipina, 11 September 2023 /PRNewswire/ -- FIBA Basketball World Cup 2023 bermula secara rasmi pada hari Jumaat, 25 Ogos. Kejohanan tersebut berlangsung di Manila (Filipina), Jakarta (Indonesia) dan Okinawa (Jepun) mulai 25 Ogos hingga 10 September. Jenama ais krim Yili, Joyday merupakan rakan kongsi ais krim global rasmi bagi acara itu, menandakan perkongsian pertama antara Yili dan FIBA untuk FIBA Basketball World Cup 2023 bagi memberi sokongan demi kesihatan pengguna global.

Yili’s brand Joyday selected as the official ice cream partner for the FIBA Basketball World Cup 2023
Yili’s brand Joyday selected as the official ice cream partner for the FIBA Basketball World Cup 2023

Sepanjang kejohanan itu, Joyday mengadakan pelbagai aktiviti untuk peminat bola keranjang, termasuk persembahan separuh masa, permainan menembak bola keranjang dan cabaran menggali ais di Indonesia Arena dan Senayan Park Mall (Spark) di Jakarta. Joyday juga menawarkan ais krim dengan pelbagai perisa di tempat acara FIBA Basketball World Cup 2023, bagi menyediakan pengalaman penonton yang unik dan menyeronokkan kepada khalayak.

Joyday turut menawarkan produknya kepada penonton di Manila di Mall of Asia Arena, Philippines. Eric, seorang peminat bola keranjang tempatan, berkata ini merupakan kali pertama beliau menikmati Joyday di Filipina. Eric seronok menikmati ais krim Joyday apabila melawat Indonesia dan berharap agar lebih ramai warga Filipina dapat turut mencuba ais krim Joyday.

Joyday at the event venue of the FIBA Basketball World Cup 2023 in Indonesia and the Philippines
Joyday at the event venue of the FIBA Basketball World Cup 2023 in Indonesia and the Philippines

Joyday merupakan jenama ais krim pertama Yili yang dilancarkan di Asia Tenggara pada tahun 2018. Pada tahun 2021, fasa pertama pangkalan pengeluaran tenusu Indonesia Yili mula beroperasi secara rasmi yang meningkatkan kapasiti pengeluaran untuk Joyday. Setelah selesai fasa kedua, pangkalan pengeluaran tersebut bakal menjadi kilang ais krim terbesar di negara ini dengan kapasiti pengeluaran harian sebanyak 4 juta produk ais krim.

Selama bertahun-tahun, Joyday mendapat populariti dalam kalangan pengguna Indonesia. Ia telah memenangi Indonesia Best Brand Choice Award pada tahun 2021 serta 2022 dan kini menjadi jenama ais krim keempat terbesar dalam pasaran tempatan. Jaringan jualan Joyday kini meliputi Indonesia dan pasaran-pasaran sekitar seperti Singapura, Malaysia, Vietnam, Filipina, Myanmar, Kemboja dan New Zealand.

Yili dan Joyday komited untuk menyumbang kembali kepada masyarakat setempat di Asia Tenggara. Mereka melancarkan lebih daripada 20 projek CSR termasuk yang berkaitan dengan bantuan bencana alam, sokongan untuk anak muda, sokongan dan bantuan COVID-19, pemuliharaan biodiversiti dan sokongan untuk PKS. Projek-projek berkenaan telah memberi manfaat kepada lebih daripada sejuta penduduk tempatan.

Kolaborasi antara Yili dan FIBA dijangka menyumbang kepada kemajuan sukan bola keranjang serta promosi sukan dan galakan kepada gaya hidup yang sihat. Memandang ke hadapan, Yili akan terus menyokong acara-acara sukan pada semua peringkat.

 

 

 

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Food/Beverages Sporting Events Sports