omniture

J&T Express Sambut Lapan Tahun Pengembangan Merentas 13 Pasaran, Terus Melabur dalam Pendigitalan dan Pembangunan Mampan

J&T Express
2023-09-12 14:54 50

SHANGHAI, 12 September 2023 /PRNewswire/ -- J&T Express, pengendali perkhidmatan logistik bersepadu global telah berjanji untuk memperkukuh pelaburannya dalam pendigitan, kecerdasan buatan dan pembangunan mampan ketika syarikat ini menyambut ulang tahun kelapannya baru-baru ini. Sebagai jenama penghantaran ekspres nombor satu di Asia Tenggara dan jenama berkembang terpantas yang terkemuka di China, J&T Express akan terus memanfaatkan pelaburan ini bagi memacu selanjutnya pertumbuhan perniagaannya, meningkatkan kecekapan operasi serta kepuasan khidmat pelanggan, sambil menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan sosial.

Ditubuhkan pada tahun 2015, jaringan J&T Express kini mencakupi tiga belas negara. Ia merupakan jenama penghantaran ekspres nombor satu di Asia Tenggara mengikut volum bungkusan pada tahun 2022. Dari suku keempat tahun 2020 hingga penghujung tahun 2022, J&T Express merupakan penyedia kurier utama yang berkembang paling pantas di China, mempunyai jaringan yang meliputi lebih 98% daripada semua wilayah dan daerah di negara ini. Tambahan pula, J&T Express merupakan pengendali penghantaran ekspres Asia pertama mengikut skala yang telah berkembang ke Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir.

Platform teknologi dibangunkan sendiri memperkasa pertumbuhan pesat

Sejak penubuhan, J&T Express komited untuk membina infrastruktur teknologi bersepadu yang berupaya untuk memperkasa operasi globalnya. Syarikat ini telah mereka bentuk sistem JMS, rangka kerja teknologi sejagat yang mencakupi pelbagai jenis fungsian kritikal.

Melalui sistem JMS, J&T Express berupaya untuk membina dan terus menaik taraf sistem pendigitalan alamat dalam setiap pasaran, memperuntukkan sumber pengangkutan dan rangkaian, menjejak dan memantau kitaran hayat penuh bungkusan, memastikan khidmat pelanggan yang berkualiti tinggi serta menyediakan kepada penaja serantau dan rakan kongsi rangkaian dengan alat andal yang mudah digunakan untuk mengurus operasi tempatan.

Khususnya, sistem JMS juga amat fleksibel dan adaptif, membolehkan penyetempatan yang pantas dalam pasaran baharu, biasanya melengkapkan persediaan platform dalam tiga bulan. Pada Mei 2023, J&T Express mencapai volum puncak harian sebanyak lebih 630,000 bungkusan di Brazil, lalu menjadikan syarikat ini terpantas antara rakan setara tempatan yang utama di Brazil untuk berbuat demikian.

Melangkah ke hadapan, J&T Express akan terus mengoptimumkan sistem JMSnya, mengintegrasikan dan menambah baik sistem pengurusan rangkaian, pengisihan automatik, pengurusan data dan platform-platform teknikal yang lain, lalu menjamin transformasi digital yang berjaya bagi proses perniagaan menyeluruh syarikat ini. Memanfaatkan inovasi teknologinya dalam bidang AI dan pembelajaran mesin, J&T Express akan terus mengukuhkan ketepatan dan kecekapan operasi logistiknya, seterusnya meningkatkan kualiti perkhidmatan secara keseluruhan.

Komitmen kepada Kelestarian Alam Sekitar dan Kebajikan Sosial 

Tatkala perniagaannya terus berkembang, J&T Express tetap komited untuk mengurangkan impak alam sekitar pada setiap peringkat aktiviti perniagaannya. Komitmen ini termasuk bertindak balas dengan aktif kepada perubahan iklim dan memulakan beberapa program kebajikan sosial, sambil menyumbang kembali kepada masyarakat dan menggalakkan kelestarian.

Pada tahun 2022, J&T Express menggunakan lebih 150 traktor berkuasa LNG di seluruh China dan melengkapi kenderaan garis angkut dengan sistem GPS termaju yang disokong oleh teknologi GIS, bagi membolehkan syarikat memantau anomali dalam proses pengangkutan, mengoptimumkan perancangan laluan garis angkut dan meningkatkan kecekapan tenaga yang dapat mengurangkan emisi karbon dioksida dengan berkesan sebanyak 20% berbanding traktor diesel tradisional.

Tambahan pula, J&T Express telah melaksanakan pelbagai inisiatif mesra alam sepanjang proses penghantarannya termasuk promosi waybil elektronik, "pita tipis", beg pemindahan boleh guna semula dan kotak bungkusan boleh guna semula. Syarikat ini mula mengguna pakai kotak bungkusan boleh guna semula di China pada April 2021. Lebih 20 juta beg sedemikian dibenamkan dengan cip RFID bagi tujuan penjejakan laluan dan status diperkenalkan pada penghujung Jun 2023. Setiap penggunaan beg transit boleh guna semula didayakan RFID kami dapat mengurangkan emisi karbon sebanyak 169 gram. Setakat Jun 2023, beg transit boleh guna semula J&T Express digunakan sebanyak lebih 733 juta kali, mengurangkan emisi karbon sebanyak lebih 1,200,000 tan.

J&T Express memanfaatkan kekuatan perniagaannya untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat setempat dalam setiap pasaran yang diuruskannya. Di China, J&T Express melancarkan lebih daripada 100 laluan khas luar bandar untuk mempermudah penghantaran produk pertanian bagi merangsang penggiatan semula luar bandar; di Vietnam, ia memudahkan pertumbuhan industri kraftangan tradisional tempatan dan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana melalui perkongsian perniagaan, latihan serta pameran penajaan; di Filipina, ia sering terlibat dalam usaha bantuan bencana semasa banjir, kebakaran, gempa bumi dan lain-lain; di Singapura, ia berkolaborasi dengan NGO tempatan bagi mengagihkan bekalan penting kepada pekerja asing dan anak-anak mereka semasa pandemik.

Sambil memastikan keselamatan dan penghantaran setiap pakej tepat pada masanya, J&T Express berusaha untuk membawa nilai kepada pekerjanya, pengguna, rakan kongsi serta masyarakat setempat dengan menjalin hubungan yang selamat, cekap dan mampan.

Latar Belakang J&T Express

J&T Express ialah penyedia perkhidmatan logistik global dengan perniagaan penghantaran ekspres yang terkemuka di Asia Tenggara dan China, pasaran yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2015, jaringan J&T Express mencakupi tiga belas negara termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir. Dengan berpegang teguh pada misi "berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan", J&T Express komited untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian logistik bersepadu melalui infrastruktur pintar dan jaringan logistik digital, sebagai sebahagian daripada strategi globalnya untuk menghubungkan dunia dengan kecekapan lebih tinggi dan membawa faedah-faedah logistik buat semua.

Source: J&T Express
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation Artificial Intelligence Supply Chain/Logistics Cision Influencer List - ESG