omniture

VIRNECT dan CelcomDigi tandatangani MoU bangunkan pembelajaran dan pendidikan Metasemesta industri berasaskan pengalaman

VIRNECT
2023-09-12 15:02 20

SEOUL, Korea Selatan, 12 September 2023 /PRNewswire/ -- CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) dan VIRNECT (438700: KOSDAQ), sebuah syarikat teknologi berpangkalan di Korea yang mengkhusus dalam pembangunan dan pengkomersialan penyelesaian realiti lanjutan (XR) industri, telahpun menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka pembangunan pembelajaran dan pendidikan berasaskan pengalaman menggunakan metasemesta, untuk universiti-universiti Malaysia.

[from left] Tim Ha, CEO of VIRNECT, Minister of Communications and Digital of Malaysia, YB Fahmi Fadzil, and Datuk Idham Nawawi, CEO of CelcomDigi, sealed a Memorandum of Understanding (MoU) to explore the development of experiential learning and education using Metaverse, for multiple Malaysian universities.
[from left] Tim Ha, CEO of VIRNECT, Minister of Communications and Digital of Malaysia, YB Fahmi Fadzil, and Datuk Idham Nawawi, CEO of CelcomDigi, sealed a Memorandum of Understanding (MoU) to explore the development of experiential learning and education using Metaverse, for multiple Malaysian universities.

Di bawah MoU berkenaan, kedua-dua organisasi akan berkolaborasi untuk mencipta bersama program pembelajaran maya industri yang diperbaharui menggunakan metasemesta dan penyelesaian berasaskan AI. Menggunakan platform Metasemesta merentas pelbagai segmen pembelajaran, pelajar akan dilatih dengan kaedah pembelajaran dan pendidikan imersif yang akan berpotensi memberi manfaat kepada perusahaan seperti keselamatan siber, penjagaan kesihatan, robotik serta kejuruteraan minyak dan gas.

CelcomDigi, melalui Pusat Inovasinya, bercita-cita tinggi untuk membina ekosistem inovasi negara yang paling memberi inspirasi dengan berganding bahu bersama VIRNECT dan XRA, rakan kongsi tempatan dan pasukan sokongan VIRNECT di Malaysia, bagi menyampaikan inisiatif strategik yang memanfaatkan keupayaan metasemesta yang canggih dan penyelesaian teknologi berasaskan AI ke institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Kolaborasi berkenaan bertujuan untuk melahirkan para siswazah sedia-industri yang mahir dengan aplikasi metasemesta, lalu membina masyarakat digital Malaysia melalui penyelesaian dan teknologi canggih. Para siswazah tempatan akan didayakan dengan peluang untuk memanfaatkan keupayaan metasemesta dan mencapai transformasi melangkaui program pengetahuan dan pembelajaran tradisional, seterusnya mempercepatkan pembangunan bakat masa depan Malaysia dengan pertumbuhan digital berasaskan AI.

Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan ditandatangan di Westin Chosun Hotel pada 8 September 2023, oleh Datuk Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Berhad dan Tim Ha, Ketua Pegawai Eksekutif VIRNECT. Majlis penandatanganan disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, YB Fahmi Fadzil.

Mengulas tentang kolaborasi berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi Datuk Idham Nawawi berkata, "Kami komited untuk membawa inovasi terbaik yang akan memberi manfaat besar kepada pembangunan industri-industri Malaysia dengan memanfaatkan nilai-nilai sebenar teknologi 5G. Kami berasa teruja untuk berkolaborasi dengan VIRNECT, pakar teknologi XR industri yang terkemuka, demi pembangunan dan penciptaan bersama pembelajaran dan pendidikan berasaskan pengalaman menggunakan penyelesaian Metasemesta. Kolaborasi yang strategik ini menekankan kedudukan kami bagi memanfaatkan metasemesta, 5G dan teknologi AI untuk berpotensi mewujudkan penyelesaian digital yang inovatif dan produktif untuk perusahaan-perusahaan Malaysia, seterusnya memacu ekosistem digital Malaysia menuju era baharu kepimpinan digital."

Pengedar Asia Tenggara VIRNECT, XRA, memainkan peranan penting untuk menyetempatkan teknologi canggih di Malaysia dan dalam pakatan ini, syarikat ini akan terus menyebarkan akses kepada teknologi. Havene Liew, Presiden XRA, berasa "teruja untuk bekerjasama dengan VIRNECT dan CelcomDigi bagi menyebarkan teknologi XR di Malaysia. Melalui kolaborasi ini, kami menyasarkan untuk mensosialisasikan kuasa XR di seluruh negara ini, bagi membolehkannya untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan inovasi."

Tim Ha, Ketua Pegawai Eksekutif VIRNECT, meraikan kolaborasi berkenaan: "Kami amat bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan kongsi seperti CelcomDigi dan XRA yang berkongsi minat dengan kami untuk memajukan teknologi bagi meningkatkan cara organisasi bekerja, belajar dan berkomunikasi," kata beliau. "Syarikat perindustrian Korea Selatan yang terkemuka memanfaatkan teknologi XR untuk meningkatkan pemahaman data dan kolaborasi. Sebagai penetap trend global, kejayaan mereka memberi ruang untuk kemajuan yang serupa di Malaysia, menjanjikan peningkatan produktiviti dan inovasi merentas industri."

[From Left] Havene Liew, President of XRA, Tim Ha, Chief Executive Officer of VIRNECT,  YB Fahmi Fadzil, Minister of Communications and Digital of Malaysia, Datuk Idham Nawawi, CEO of CelcomDigi, T. Kugan, Chief Innovation Officer of CelcomDigi and Joachim Rajaram, Chief Corporate Affairs Officer of CelcomDigi.
[From Left] Havene Liew, President of XRA, Tim Ha, Chief Executive Officer of VIRNECT, YB Fahmi Fadzil, Minister of Communications and Digital of Malaysia, Datuk Idham Nawawi, CEO of CelcomDigi, T. Kugan, Chief Innovation Officer of CelcomDigi and Joachim Rajaram, Chief Corporate Affairs Officer of CelcomDigi.

 

Source: VIRNECT
Keywords: Education