KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 September 2023 /PRNewswire/ -- Jackery, peneraju global dalam penyelesaian kuasa mudah alih inovatif dan tenaga luar hijau, dengan bangganya mengumumkan kemasukannya ke pasaran Malaysia, yang merupakan negara pertama di Asia Tenggara di mana syarikat ini memulakan operasinya. Ini hanya permulaan bagi aspirasi global Jackery. Dalam pandangan ke hadapan, Jackery berhasrat untuk memasuki lebih banyak pasaran dengan tujuan membawa penyelesaian tenaga bersih dan hijau kepada dunia
Penjana Solar Jackery: Lestari, selamat dan mudah alih
Penjana Solar Jackery, terdiri daripada stesen janakuasa mudah alih dan panel solar, menawarkan pilihan hijau yang baharu kepada mereka yang memerlukan. Dilengkapi dengan Penjana Solar, pelanggan berupaya menjadi mampu diri melalui bekalan elektrik gelung tertutup. Sama ada untuk riadah luar, sandaran rumah, kerja profesional atau aplikasi industri, rangkaian produk Jackery menjamin bekalan kuasa yang lancar untuk pelbagai jenis peranti. Bermula daripada telefon pintar dan komputer riba kepada peti sejuk dan peralatan memasak elektrik, tawaran Jackery dapat memenuhi keperluan kuasa yang pelbagai. Jackery telah mencapai kejayaan yang luar biasa, menjual lebih 3 juta unit di seluruh dunia dan muncul sebagai peneraju global dari segi jualan dan bahagian pasaran.
Jackery: Pelopor bagi Penjana Solar
Jackery ialah jenama terkemuka Penjana Solar dunia yang berkepakaran selama 11 tahun. Tambahan pula, kejayaannya telahpun diiktiraf oleh lebih 200 media dan organisasi terunggul termasuk The New York Times, CNN dan Forbes. Tahun lalu, Forbes menggelar penjana solar Jackery sebagai "Apple bagi peranti kuasa mudah alih."
Dengan misi untuk "Membawakan Tenaga Hijau kepada Semua", Jackery komited untuk menyediakan penyelesaian tenaga bersih untuk kehidupan luar dan kecemasan sambil mengurangkan jejak karbon dan impak terhadap alam sekitar. Syarikat ini menerima penentusahan jejak karbon daripada TÜV SÜD untuk berbilang produk panel solar dan kuasa mudah alih, satu pencapaian yang luar biasa dalam industri penjana solar. Di samping itu, usaha Jackery untuk mencapai inovasi yang mampan diiktiraf menerusi SEAL Sustainable Product Award bagi tahun 2023 yang berprestij. Syarikat ini juga terlibat dengan aktif dalam inisiatif pemeliharaan alam sekitar, bekerjasama dengan organisasi-organisasi seperti National Forest Foundation (NFF), Nature and Biodiversity Conservation Union (NABU) dan World Wildlife Fund (WWF).
Memperkasa Peralihan Tenaga Malaysia
Jackery akan berorientasikan kepada matlamat operasi jangka panjang dan menjalin kerjasama yang erat bersama kumpulan pengguna tempatan. Melalui kerjasama yang ekstensif bersama penjual runcit perkakas rumah digital tempatan, produk luar dan penjual runcit besar yang lain, syarikat ini merancang untuk membina rangkaian jualan saluran yang kukuh; dan melalui sistem perkhidmatan selepas-jualan yang meluas akan menyasarkan pengembangan pasaran yang selanjutnya.
Dengan menyediakan Penjana Solar hijau, selamat dan mudah alih, Jackery bukan sahaja dapat menyokong keseronokan rakyat Malaysia terhadap gaya hidup luar, tetapi juga berfungsi sebagai kuasa sandaran kecemasan untuk rumah.
Pelanggan di Malaysia kini boleh membeli produk-produk klasik terpilih: stesen janakuasa mudah alih Explorer 1000 Pro, 500, 240 dan Panel Solar 100W SolarSaga daripada penjual runcit luar talian peralatan digital dan produk luar mulai 15 September. Keempat-empat produk ini berharga RM 4399, 2099, 1199 dan 1199.
Ketahui lebih lanjut mengenai Jackery https://my.jackery.com/
Latar Belakang Jackery
Jackery, penyedia penyelesaian kuasa mudah alih inovatif dan tenaga luar hijau yang terkemuka di dunia yang ditubuhkan di California pada tahun 2012, ialah jenama penjana solar global paling laris terjual yang ditubuhkan dengan misi untuk menawarkan tenaga hijau kepada semua. Jackery melancarkan stesen janakuasa mudah alih luar yang pertama di dunia pada tahun 2016 dan membangunkan panel solar mudah alih pertama di dunia pada tahun 2018. Jackery telah menjual lebih 3 juta unit di peringkat global sejak tahun 2018 dan diiktiraf oleh lebih 200 media dan organisasi berdaftar di seluruh dunia serta menerima 58 anugerah reka bentuk antarabangsa yang berprestij.