omniture

Korean Society of Ginseng sahkan kesan pengambilan ginseng merah dalam pencegahan dan penambahbaikan demensia

The Korean Society of Ginseng
2023-09-12 17:00 59

- Melalui kajian "Penjelasan Mekanisme Pencegahan dan Penambahbaikan Demensia oleh Ginseng Merah"

SEOUL, Korea Selatan, 12 September 2023 /PRNewswire/ -- Melalui kajian yang berterusan, rahsia ginseng, herba ubatan wakilan Korea, didedahkan, dan menunjukkan keberkesanannya. Baru-baru ini, kajian-kajian yang menunjukkan kesan-kesan pengambilan ginseng merah yang konsisten dalam menambah baik gejala demensia dan fungsi kognitif telahpun diumumkan satu demi satu, lalu menarik perhatian.

Persidangan akademik musim bunga Korean Society of Ginseng pada tahun 2023 menyaksikan Institute for Alzheimer's & Dementia Research Konyang University dan Natural Products Research Institute Korea Ginseng Corporation mendedahkan mekanisme yang menjadikan sebatian ginsenosida dalam ginseng mengurangkan gangguan kognitif dalam penyakit Alzheimer. Pasukan penyelidikan membahagikan sejumlah 18 ekor tikus kepada tiga kumpulan (kumpulan normal, tikus diinduksikan dengan penyakit Alzheimer dan tikus diinduksikan dengan penyakit Alzheimer diberikan sebatian ginsenosida) untuk menganalisis perubahan dalam protein dan metabolit otak. Keputusan menunjukkan bahawa perubahan protein menyebabkan kerosakan pada sinaps otak (persimpangan antara sel saraf) dan mitokondria dalam kumpulan diinduksikan dengan penyakit Alzheimer dipulihkan ke paras kumpulan normal melalui pemberian sebatian ginsenosida.

Selanjutnya, sebuah pasukan penyelidikan di Jabatan Psikiatri daripada Sacred Heart Hospital Dongtan Hallym University mengesahkan bahawa pengambilan ginseng secara berkala dapat membantu mencegah kemerosotan kognitif yang disebabkan oleh penyakit Alzheimer. Pasukan tersebut menjalankan kajian pencerapan mengenai hubungan antara ginseng dan fungsi kognitif, menyasarkan 160 individu berumur 65 hingga 90 tahun yang tidak mengalami demensia. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kumpulan yang memakan ginseng mempamerkan skor ingatan episodik (EMS) yang lebih tinggi. Dalam kalangan individu tanpa mutasi gen E4 Apolipoprotein yang meningkatkan risiko penyakit Alzheimer mula-lewat, pengambilan ginseng Korea didapati berkesan dalam menambah baik EMS. Terutamanya, mereka yang telah memakan ginseng selama lebih daripada 5 tahun menunjukkan kesan yang lebih ketara dalam mencegah kemerosotan fungsi-fungsi kognitif yang berkaitan dengan penyakit Alzheimer peringkat awal.

Keputusan kajian ini menunjukkan utiliti berpotensi ginseng sebagai calon untuk mencegah dan menambah baik keadaan seperti demensia dan gangguan kognitif ringan. Di samping itu, penemuan ini memberi penjelasan tentang mengapa ginseng telahpun dihargai sebagai makanan tambahan kesihatan yang terbaik selama berabad-abad, menjadi kegemaran ramai orang dan menjamin kedudukannya sebagai item ekport negara yang berharga dan hadiah premium yang mewakili Korea.

Red ginseng created by steaming and drying Korean ginseng, by JUNG KWAN JANG
Red ginseng created by steaming and drying Korean ginseng, by JUNG KWAN JANG

 

 

Source: The Korean Society of Ginseng
Related Stocks:
Korea:033780 OTC:KTCIY
Keywords: Education Food/Beverages Health Care/Hospital Higher Education Medical/Pharmaceuticals Survey, Polls & Research