omniture

Atap.co's Designer Home Roadshow 2023: Pameran Reka Bentuk Rumah di Starhill Gallery, Kuala Lumpur

Atap.co
2023-09-12 20:15 14

KUALA LUMPUR, Malaysia, 12 September 2023 /PRNewswire/ -- Atap.co, merupakan platform terkemuka Malaysia yang menghubungkan pemilik rumah dengan pereka hiasan dalaman, telah mengakhiri Pameran Rekabentuk Rumah yang dinanti-nantikan dengan jayanya. Pameran yang berlangsung selama empat hari telah diadakan pada 24 hingga 27 Ogos 2023  bertempat di Starhill, Kuala Lumpur. Pameran tersebut berhasil menghubungkan pemilik rumah, pereka hiasan dalaman dan jenama barangan kediaman rumah yang terkemuka di seluruh Malaysia.

Designer Roadshow Atap.co di Starhill Gallery, Kuala Lumpur, dari 24 hingga 27 Ogos 2023.
Designer Roadshow Atap.co di Starhill Gallery, Kuala Lumpur, dari 24 hingga 27 Ogos 2023.

Majlis perasmian menampilkan jenama-jenama tempatan dalam barangan kediaman rumah dan sekaligus memberi peluang kepada 40 pereka hiasan dalaman yang menyertai pameran tersebut untuk melihat produk premium mereka secara terus. Ini merupakan inisiatif baru Atap dalam menghubungkan pereka bentuk hiasan dalaman professional dengan pemilik rumah. 

Pameran tersebut membawa beberapa jenama yang dikenali yang masing-masing mempunyai tawaran tersendiri. TEKNI Furniture, lambang mutu kerja Eropah, diiktiraf kerana pemilihan reka bentuk perabot Eropah yang tulen. Rugsea, pengeluar permaidani moden dan kontemporari, menawarkan koleksi lebih 1000 permaidani tersendiri yang melambangkan kehidupan mewah. Sejak 1994, Signature Kitchen telah diiktiraf untuk peralatan dapurnya yang berkualiti tinggi. Atlas Sound & Vision memperkenalkan pembesar suara Devialet dari Perancis, yang terkenal dengan inovasi dan kecemerlangan dalam inovasi audio kepada para tetamu. Big Bath Bespoke sebagai spesialis utama bagi bilik air di Malaysia, manakala INTRIX One Tap, menghasilkan inovasi yang luar biasa iaitu paip pelbagai guna yang boleh diminum secara terus yang pertama di Malaysia. Justeru itu, enam jenama ikonik ini menunjukkan bagaimana gaya dan fungsi dapat disatukan dalam sebuah rumah.

Antara segmen utama pameran ini adalah perkongsian oleh pereka hiasan dalaman yang berlangsung selama dua hari pada hujung minggu. Panel yang terkenal termasuk Shini Raman dari VSQ Interiors, Kashfi Emir dari Studio Three, Ansel Low dari Doubble Interior, dan Lee Sin dari Lee Sin Artisan. Perkongsian hari pertama, "Di Sebalik Tabir - Kunci Rahsia Reka Bentuk Rumah," dikongsi oleh Shini Raman dan Kashfi Emir, berdasarkan kepada pengalaman reka bentuk mereka yang luas dan tips di sebalik proses reka bentuk dan renovasi Malaysia.

Pada hari berikutnya, Ansel Low dan Lee Sin berkongsi petua dan teknik dalam mentransfomasi sebuah ruang menjadi rumah. Segmen ini menekankan kepentingan menggunakan pendekatan holistik ketika merancang hiasan dalaman rumah.

Semasa pameran berlangsung, pemilik rumah yang terpilih diberi peluang untuk mendapatkan konsultasi secara terus dari panel pereka hiasan dalaman tempatan. Selain dari sesi tersebut, pelbagai aktiviti interaktif dijalankan, seperti cabutan bertuah, papan idea komuniti dan mesin gashapon yang mengandungi baucar diskaun istimewa daripada jenama-jenama yang hadir.

Pameran Rekabentuk Rumah Atap.co bertujuan untuk mencipta peluang kepada pereka hiasan dalaman tempatan dan jenama hiasan barangan rumah yang terkemuka untuk berhubung dengan pemilik rumah. Pameran jenama dan siri perkongsian yang dianjurkan adalah untuk memberi pemahaman yang lebih baik berkenaan tren rekabentuk dan perkembangan terkini dalam ruang rumah dan gaya hidup.

Berminat untuk menyertai program Atap yang seterusnya? Klik di sini untuk pendaftaran Atap Design Award2023.

Tentang Atap.co:
Atap.co adalah platform utama di Malaysia yang menghubungkan pemilik rumah dengan pereka hiasan dalaman. Dengan misi untuk menjadikan rumah berkonsepkan reka bentuk yang lebih mudah diakses oleh setiap pemilik rumah di Malaysia, Atap.co terus membuka jalan dalam merevolusi landskap reka bentuk dalaman tempatan.

Source: Atap.co
Keywords: Art Furniture & Furnishings Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news