KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 September 2023 /PRNewswire/ -- FETC International, peneraju global bagi penyelesaian pengangkutan yang inovatif, bersedia untuk mempamerkan penyelesaian MLFF RFID didayakan AI yang terkenalnya dan Sistem Mod Duo ETC RFID 5G perintis di Smart Nation Expo 2023 yang berprestij. Acara tersebut, terkenal kerana fokusnya pada teknologi digital yang memacu pembangunan bandar pintar, akan menyediakan platform ideal kepada FETC International bagi menunjukkan komitmennya untuk merevolusikan industri ini.
FETC International telah berada di barisan hadapan dalam mempelopori teknologi ITS dan penyertaan pada tahun ini menandakan satu lagi kejayaan penting dalam perjalanannya. Selain daripada Penyelesaian MLFF berasaskan RFID yang dilaksanakan secara meluas, sistem tol generasi seterusnya daripada syarikat ini, yang mana teknologi 5G- V2X wujud bersama RFID MLFF, berpotensi untuk mentakrifkan semula landskap ITS, menjadikannya lebih pintar, lebih selamat dan terhubung lancar. Mengintegrasikan data yang dikumpul daripada platform IOT awam, stesen cuaca mikro, unit tepi jalan peta dan 5G ke dalam penyelesaian MLFF RFID sedia ada, FETC International dapat menawarkan maklumat peribadi yang holistik dan pada masa sebenar termasuk lokasi, bayaran tol, cuaca, keadaan lalu lintas serta amaran keselamatan dalam masa terdekat.
Sebaliknya, pengendali jalan raya tol boleh mendapat manfaat daripada penyelesaian ini untuk penjadualan penyelenggaraan peralatan, penghantaran kakitangan O&M, amaran untuk ramalan cuaca buruk dan kitaran hayat peralatan. Syarikat di Taiwan ini telahpun menggunakan penyelesaian ini bagi menyelenggara operasi sistem, memastikan kesinambungan perniagaan dan mencapai keselamatan jalan raya dan kakitangan semasa musim taufan atau apabila menghadapi ribut petir yang serius.
Di Ekspo itu, pengunjung boleh mengharapkan untuk menyaksikan demonstrasi langsung Sistem Mod Duo ETC RFID 5G FETC International. Pakar-pakar syarikat ini akan bersedia untuk membimbing hadirin melalui paparan interaktif, menjelaskan bagaimana inovasi ini dapat memperkemas kutipan tol, mengurangkan kesesakan, menjadikan pengalaman perjalanan lebih selamat dan menyumbang kepada pembangunan bandar-bandar yang lebih pintar.
"FETC International teruja menjadi sebahagian daripada Smart Nation Expo 2023 yang membolehkan kami mempamerkan penyelesaian tol kami yang canggih," kata Richard Wu, Naib Presiden. "Kami percaya bahawa inovasi baharu mempunyai potensi yang amat besar untuk mengubah cara kutipan tol dilaksanakan, menjadikannya lebih cekap, selamat dan selari dengan keperluan negara pintar yang semakin berkembang."
Maklumat Reruai :
Tarikh Ekspo:19-21 September 2023
Waktu Lawatan:10.00 am. - 6.00 pm.
MITEC Dewan 8 Aras 2 No. 8155 (dalam Pavilion Taipei Baharu)
Reruai : FETC International mengadakan pameran bersama MOXA
Tema : Malaysia Digital/Negara Pintar Dikuasakan oleh MLFF & V2X
Latar Belakang FETC International
FETC International ialah pengupaya perkhidmatan tol pintar dan penyedia perkhidmatan ITS yang terkemuka di dunia. Ia merupakan subsidiari milik penuh syarikat induknya, Far Eastern Electronic Toll Collection Company (FETC) di Taiwan, pakar ETC, Lebuh Raya Pintar dan Bandar Pintar yang mendapat anugerah peringkat global dengan pengalaman selama lebih dua dekad dalam perancangan, pelaksanaan dan operasi. FETC International menyasarkan untuk bekerjasama dengan rakan kongsi kami bagi mempercepatkan transformasi digital melalui pemindahan lancar perkhidmatan tol kepada lebuh raya pintar dan bandar pintar melalui teknologi terkini termasuk RFID, AI ANPR, 5G dan Pengkomputeran Awan, dsb.
Kunjungi www.fetci.com untuk mengetahui lebih lanjut.