omniture

91% doktor di Asia Tenggara sertai pembelajaran digital walaupun masyarakat kembali ke interaksi bersemuka - Docquity

Docquity
2023-09-13 11:00 123
  • Tinjauan Docquity menunjukkan bahawa kehadiran doktor di acara pembelajaran digital adalah lebih tinggi berbanding acara bersemuka (pada 3.9 berbanding 3.0 kali sebulan)
  • Walaupun dua kohort pembelajaran telah muncul - pelajar dominan digital dan pelajar dominan bersemuka, kedua-dua kumpulan mengambil bahagian dalam pembelajaran digital  tetapi memaparkan tingkah laku penglibatan yang unik

SINGAPURA, 13 September 2023 /PRNewswire/ -- Meskipun dengan kembalinya masyarakat kepada interaksi secara bersemuka, 91.1% daripada doktor Asia Tenggara terus mengambil bahagian dalam acara pembelajaran digital, menurut Docquity Pulse Check 2023: Decoding a Doctor's Learning and Engagement Habits yang baru diterbitkan. Kajian tersebut menunjukkan bahawa doktor-doktor di rantau ini menghadiri acara pembelajaran digital rantau ini pada kadar yang lebih tinggi (3.9 kali setiap bulan) berbanding acara bersemuka (3.0 kali sebulan).

Sebagai rangkaian digital terbesar Asia Tenggara dengan lebih daripada 400,000 doktor, yang menghubungkan dua daripada setiap tiga doktor di rantau ini, Docquity mendapat pemahaman tentang amalan dan keutamaan pembelajaran doktor, interaksi sesama rakan setara dan  keterlibatan  syarikat-syarikat farmaseutikal serta peranti perubatan.

Berdasarkan  tinjauan yang  bermula pada Mac hingga Mei 2023 yang melibatkan  lebih 2,500 doktor am dan doktor pakar di seluruh Asia Tenggara, kajian tersebut mendapati bahawa dua kohort pembelajaran doktor yang tersendiri telahpun muncul — pelajar dominan digital dan pelajar dominan bersemuka. Walau bagaimanapun, kedua-dua kohort tidak menunjukkan keutamaan dalam talian atau luar talian secara eksklusif, memandangkan pelajar bersemuka menghadiri bilangan sesi aplikasi Docquity yang sama dengan rakan dominan digital mereka,  tetapi mereka meluangkan  lebih kurang masa bagi setiap sesi, manakala pelajar digital adalah lebih fleksibel merentas saluran-saluran penglibatan industri yang berbeza.

"Penyelesaian digital terus menjadi cara yang menarik untuk para doktor menangani kekangan sistem kesihatan legasi di Asia Tenggara, termasuk halangan akses dan sumber," kata Indranil Roychowdhury, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Docquity. "Tinjauan 2023 kami menunjukkan bahawa daripada memikirkan tentang gaya pembelajaran dan penglibatan doktor sama ada digital sepenuhnya atau secara bersemuka sepenuhnya, industri penjagaan kesihatan perlu menerima  penggabungan kedua-dua format yang bermakna dan penggunaan digital yang memberi kesan bagi mencapai kedua-dua kohort pembelajaran dengan berkesan."

Amalan digital, pembelajaran dan kolaborasi meringankan cabaran penjagaan kesihatan

Dengan nisbah doktor-pesakit di Asia kekal di bawah purata OECD[1], 75.2% daripada doktor Asia Tenggara menjangkakan peningkatan teleperundingan yang berterusan pada tahun akan datang.

Docquity mendapati bahawa pertumbuhan penjagaan kesihatan digital juga selaras dengan tabiat belajar doktor. Sebagai contoh, apabila diberi pilihan dalam konteks pembelajaran hibrid, kebanyakan doktor di rantau ini (65.9%) memilih untuk mengambil bahagian secara digital. Memandangkan doktor berdepan dengan jadual yang sangat padat, lebih daripada separuh (52.9%) cenderung ke arah pembelajaran digital lantaran kemudahan kandungan atas-permintaan.

Rangkaian rakan-setara digital juga penting dalam mengurangkan tekanan tempat kerja penjagaan kesihatan yang tegang. Docquity mendapati bahawa para doktor di rantau ini berinteraksi dengan doktor-doktor lain setiap hari atau lebih, dengan 48.4% daripada hubungan ini berlaku secara maya. Walaupun membincangkan hal ehwal pesakit menjadi pemacu utama (60.4%) untuk interaksi sesama rakan setara, sokongan sosial (20.4%) juga tinggi dalam senarai.

Jangkauan industri yang berkesan harus menggabungkan digital dan secara bersemuka

Kajian Docquity menyatakan bahawa gaya pembelajaran menawarkan petunjuk kepada industri penjagaan kesihatan tentang saluran penglibatan industri pilihan doktor. Sama seperti bilangan sesi aplikasi Docquity yang sama bagi kedua-dua kohort pembelajaran menunjukkan bagaimana keutamaan adalah tidak saling eksklusif, penglibatan industri oleh doktor turut memperlihatkan nuansa yang ketara. Walaupun pelajar bersemuka menunjukkan 80.6% berat sebelah terhadap interaksi bersemuka dengan wakil industri, pelajar digital menunjukkan kefleksibelan yang lebih besar antara penglibatan dalam talian (56.9%) dan luar talian (43.1%).

Para doktor melihat penglibatan merentas saluran-saluran ini sebagai bermanfaat umumnya, memberi penilaian 7.1 daripada 10, dengan kebanyakan berkata mereka berinteraksi dengan wakil industri melalui saluran digital sekurang-kurangnya 50% daripada masa itu.

"Keputusan tinjauan menunjukkan bahawa penjagaan kesihatan didigitalkan secara tak berbalik," tambah Roychowdhury. "Bahagian pasaran yang besar bagi keutamaan doktor digital dan bernuansa menonjolkan peluang yang kukuh untuk syarikat-syarikat industri meningkatkan kualiti interaksi doktor dengan memaksimumkan jangkauan dalam talian, bagi melengkapkan peruntukan strategik penglibatan luar talian."

Berikut merupakan petikan penemuan penting daripada Docquity Pulse Check 2023:


Untuk penerangan yang lebih terperinci tentang pandangan tinjauan berkisarkan tema-tema utama iaitu tabiat belajar doktor, interaksi sesama rakan setara dan peluang untuk penglibatan industri, dapatkan laporan penuh di sini. Bab-bab negara disediakan dalam Lampiran.

Latar Belakang Docquity, https://docquity.com/

Docquity ialah komuniti dipercayai yang terbesar di Asia Tenggara merangkumi golongan profesional penjagaan kesihatan yang disahkan. Visi kami adalah untuk menghubungkan golongan profesional penjagaan kesihatan bagi membina kehidupan yang lebih sihat di serata dunia secara meluas. Docquity membantu golongan profesional penjagaan kesihatan belajar, berhubung dan berkembang, serta bekerjasama dengan syarikat-syarikat untuk mendekati dan mendidik golongan profesional penjagaan kesihatan serta memberi pemahaman terhadapnya.

Docquity memiliki lebih daripada 400,000 HCP pada platform ini dan pejabat di India, Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Taiwan.

[1] OECD. (2022). Health at a Glance Asia/Pacific 2022. OECD iLibrary 

Source: Docquity
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital