omniture

Hisense Bawakan Pengalaman Pawagam Rumah Berpacukan-Senario kepada Pengguna

Hisense
2023-09-13 14:06 206

QINGDAO, China, 13 September 2023 /PRNewswire/ -- Hisense, syarikat elektronik pengguna dan perkakas bertaraf global mempamerkan konsepsi berpacukan senario dan bertumpukan penggunanya dalam inovasi produk di pameran perdagangan terbesar dunia IFA 2023 dan mendemonstrasikan barisan TV Laser terkininya untuk membawa pengalaman sinematik rumah generasi seterusnya kepada pengguna seluruh dunia.

TV Laser TriChroma Utama L9H


TV Laser L9H Hisense yang utama dilengkapi dengan skrin bersaiz super 100 inci atau 120 inci. Membawa Dolby Vision dan Dolby Amos, TV ini akan membawa pengalaman visual dan audio imersif ke ruang tamu dan akan membawa hiburan rumah ke peringkat baharu. Ia menawarkan 107% daripada set spesifikasi warna BT.2020, menjadikannya lebih luas berbanding gamut warna yang diperlukan untuk HDR. Sumber cahaya laser membolehkan prestasi gambar yang lebih seakan-akan hidup dan reka bentuknya yang selesa pada mata membawakan tontonan yang selesa ke ruang tamu anda. Awal bulan ini, TV Laser L9H diiktiraf sebagai Pemenang Pertunjukan Terbaik (Best of Show) di CEDIA EXPO 2023.

Pawagam Laser PL1H


Dengan penekanan yang semakin meningkat pada keserbagunaan dan menampung pelbagai pengalaman pawagam rumah, Pawagam Laser PL1H menawarkan keserbagunaan dari segi saiz gambar, mencakupi 80 hingga 120 inci dan menawarkan pilihan kepada pengguna untuk memilih skrin pilihan mereka. Dengan resolusi 4K, Dolby Vision, HDR10, Kecerahan 2200 Lumen, berserta skrin ALR, ia memastikan pengalaman tontonan yang cerah, jelas dan berwarna-warni serta benar-benar mencipta semula dunia dengan warna, kedalaman dan perincian yang luar biasa. Dengan penyelesaian hiburan ini, setiap bilik boleh ditukar menjadi pawagam.

Projektor Mini C1


Projektor Mini Laser Hisense ialah pintu masuk ke pawagam rumah mudah alih, pintar dan fleksibel yang mengasyikkan pelanggan dalam dunia dengan kecantikan visual pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Dengan paparan berjulat daripada 65 hingga 300 inci dan pensijilan Dolby Vision yang pertama untuk projektor kecil di dunia, model C1, yang mewakili kemuncak keupayaannya, menawarkan halwa mata visual. Sistem pembesar suara terbina dalam unik JBL menyampaikan kualiti bunyi terunggul bagi meningkatkan pengalaman bunyi.

Hisense bermatlamat untuk memberi pilihan pengalaman TV skrin besar terbaik ke rumah pengguna. Berdasarkan kepada teknologi revolusioner dalam TV Laser, diterajui oleh TV Laser 8K Hisense dan susun atur komprehensif teknologi paparan dan perkakas rumah pintar, kini Hisense mengambil pendekatan berpacukan senario untuk setiap produk yang dihasilkan, dengan kesemua ini dibuat dan dinaik taraf bagi memenuhi keperluan pengguna untuk produk dan perkhidmatan yang lebih pintar dan mesra pengguna, membawakan penyelesaian paparan terbaik serta pengalaman tontonan yang luar biasa kepada kehidupan pengguna.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Television Trade show news